.:: Followers ::.

Peringatan dalam Al-Quran : WTC & TSUNAMI

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥



22 Sya'ban 1433h telah menutup tirai, ingin saya imbaskan kembali 1 peristiwa pada 22 haribulan, dan setiap peristiwa itu telah tercatat dalam Al-quran.
Masih ingatkan kalian tentang peristiwa runtuhnya bangunan WTC di amerika? peristiwa tersebut berlaku pada 11 september, bersamaan haribulan 22 jamadilakhir. Hari ini, haribulan 22 .

22:25 "Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan)."

57:22-"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."








Saya ambil contoh lain. Tsunami, masih ingat lagi peristiwa tsunami pada 26 Disember, bersamaan 14 Zulkaedah. iaitu haibukan 14.

29;14-"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka)."

23:41-"Akhirnya mereka dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, dengan benar lagi adil, lalu Kami jadikan mereka sebagai sampah sarap (yang dihanyutkan oleh banjir). Maka kebinasaanlah kesudahannya bagi kaum yang zalim itu."


Al-quran ini ada cara untuk mengenalpasti setiap peristiwa, samaada isra( sebelum) atau mikraj(selepas). Setiap satunya telah di tetapkan Allah.

11:1-"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."


Sebab tu kita kena ambil pengajaran. Allah suruh kita baca quran untuk kita faham dan ambil pelajaran. kalau baca tak faham dan tiada pengajaran maka kita langgar kata-kata Allah.

54:22-"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?"

Dan jika mereka menjadikan kitab ini rujukan harian, pastinya mereka tak kan mendekati laut pada 14 zulkaedah dan tak kan keluar rumah pada 22 jamadilakhir, kerana Al-quran ini menceritakan hal sebelum dan selepas.

BAGAIMANA DENGAN KITA??

#Lepas ni boleh try cari peristiwa lain dan rujuk Al-quran. Pati kata-kata Allah itu Benar.











~~Jaga Aurat, Mata Lelaki Itu X-RAY.~~

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥


Perkongsian Usrah belajar memahami dan mengkaji terjemahan Al-quran. Pengakuan dari seorang RIJAL (lelaki) yang nampak beriman pada Zahirnya. Harap begitu juga pada imannya. InsyaALLAH.

Saya : ..kita boleh andaikan bahawa,nanti lepas mati, bahagian yang cepat reput bagi wanita adalah "MULUT" dan lelaki adalah "MATA".

RIJAL : (terdiam dan saling berpandangan).. ye, perkara itu memang perlu di akui dan saya mengaku.

Renungkan sahabat. Pengakuan jujur dari seorang rijal yang beriman, insyaALLAH. Tapi, bagaimana pula dengan lelaki yang ragu-ragu imannya? Agaknya,lebih dari itu. mungkin...Nauzubillah. Ada tak rijal lain yang nak mengaku? Sila mengaku, dan moga dapat memberi kesedaran kepada kaum Nisa.

Mata lelaki ibarat X-RAY. Mereka boleh scan seluruh tubuh wanita dengan hanya melihat satu bahagian daripada anggota-anggota badan wanita.. Begitulah "hebatnya" mata lelaki. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.

Dan saya pernah berdiri di belakang seorang Nisa (perempuan), berpakaian kurang sOpan dan sendat. 2 orang rijal memandangnya dari atas ke bawah. Nisa itu kelihatannya tidak selesa dan beristighfar.. Astaghfirullaahal 'azhiim.

tahu ke apa maknanya istighfar tu? maksudnya "AKU MOHON AMPUN KEPADA ALLAH YANG MAHA AGUNG"...dan apa tindakan Nisa selepas itu? Allahualam.

Muhasabah.~ Masih belum terlambat duhai NIsa' KU..















Jangan Di Tangguh TaubatMU!

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥




Renungan dan Peringatan buat sahabat! ayuh bergerak menuju Rahmat ALLAH. Orang yang di beri akal bukan hanya sekadar berakal, tapi di beri akal untuk berfikir. dan orang yang berakal sentiasa inginkan peringatan. orang-orang yang berakal, akan segera beringat dan insaf apabila d ingatkan kepadanya tentang ayat-ayat Allah. 
( 14:52 )



















Jangan Kufur Nikmat ALLAH

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥



Allah suruh kita "IQRA", So, mari kita BACA apa yang ALLAH nak sampaikan hari ni.

15 SYABAAN1433~

Bila susah, kita ingat ALLAH, merayu,berdoa, bertaubat, menangis-nangis, tapi bila ALLAH bagi nikmat Kesenangan, ada kita nak ingat DIA? kalau ada Alhamdulillah, tapi rasanya sudah fitrah manusia begitu. Bila senang pasti Ingatannya pada ALLAH tak sekuat ingatannya semasa susah.

Sebenarnya ALLAH dah tahu dah sifat keji kita ni dari awal-awal lagi.

89:15 "Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

41: 51 "Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar"

44:15 "Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar)."


Nikmat ALLAH itu hanyalah UJIAN:

64:15 "Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar"

83 :15 "Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.

67;15 "Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
"

Semua ini adalah kata-kata ALLAH dalam QalamNYA (AL-QURAN)

69:51 "Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya)."

Dan ALLAH itu pemberi amaran yang nyata :

51:51 "Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata".

"Manusia itu tidur, apabila dia mati,barulah dia tersedar"- saidina Ali

SEMOGA ALLAH JADIKAN KITA HAMBA-HAMBA YANG BERSYUKUR









Saling Menjaga- It is only a matter of time....♥

    Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥



Saling menjaga. ♥. InsyaALLAH. Pasti Kemanisannya tersangat la HEBAT! Believe iT, believe ALLAH. Allah has already written the names of your spouse for you. What you need to work on is your relationship with ALLAH S.W.T. HE will send him or her to you when you are ready. It is only a matter of time....♥










Israj Dan Mikraj

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥

Sahabat semua! Malam ni israj Mikraj (27 RejaB)

PERISTIWA Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya:

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al Israa’: 1)

Antara pengajaran terpenting yang diperolehi daripada perjalanan Israk dan Mikraj ialah tentang SOLAT. Solat merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.



Allah SWT telah memfardukan solat ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman supaya ia menjadi penghubung dengan hadrat-Nya, peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima kali. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?” Sahabat menjawab, “Tidak ada suatu kotoran pun yang tinggal”. Sabda Baginda SAW, “Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan. (riwayat al Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi pengajaran yang terdapat dalam peristiwa Israk dan Mikraj terutamanya beberapa keistimewaan yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW bagi menunjukkan kepada kita tentang ketinggian martabat Baginda SAW.

Semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang celik mata hati sehingga kita dapat menghayati hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa agung, Israk dan Mikraj








Kasih sayang Nabi

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥






Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setiap Nabi mempunyai doa mustajab (doa yang pasti diperkenankan). Kerana itu, para Nabi segera memanfaatkan doanya itu, tetapi aku akan ku manfaatkan nanti untuk membela umat ku di hari kiamat. Insya Allah doaku itu akan mencapai setiap umat ku yang mati dengan tidak menyekutukan Allah."


Kasih sayang Nabi pada kita tiada tolok bandingnya. Banyakkan Selawat dan Salam keatas baginda semoga Rasulullah kenal, cam kita umatnya diakhirat kelak.









Kelebihan Surah Al-Kahfi

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥


Sahabat semua, esok hari jumaat. Jom baca surah Al kahfi. Surah ini banyak kelebihannya, kalau tak mampu habiskan sekaligus, baca lah sikit-sikit. Malam ni baca sikit, pagi esok sikit dan petang sikit. Kalau tak mampu juga, bacalah sesudah solat fardhu, surah ini ada 110 ayat. 22 ayat setiap selepas solat.



antara kelebihan surah ini :

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah.” (Riwayat Al-Baihaqi dari Abi Said al-Khudri)

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan Surah al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal.” (Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tirmizi daripada Qatadah)

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada Surah al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal.” (Riwayat Muslim dan An-Nasai)

Daripada Muaz Ibnu Anas al-Juhari, daripada bapanya, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca dari Surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (Riwayat Ahmad)

Daripada Umar berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (Riwayat Ibnu Katsir)

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang; dan 70,000 Malaikat memohon rahmat kepada Allah s.w.t. hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah s.w.t. dari terkena wabak penyakit demam panas atau ta’un; penyakit sopak; dan dijauhkan dari fitnah Dajjal.”


Jom sama-sama beramal :)










solat sunat gerhana

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥ 

sahabat Ku semua! kalau anda Free, ayuh solat sunat gerhana! Jom.

Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.

Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.



Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”

Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat

Jangan Guna kalimah "SHADAQALLAHUL 'AZHIM" sebarangan


Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥


PERINGATAN : Jangan Guna kalimah "SHADAQALLAHUL 'AZHIM" sebarangan. Ramai juga yang mengamalkan selepas habis belajar dalam kelas, TAK BOLEH. ilmu yang kita dapat memang dari ALLAH tapi ,anda yakin ke ilmu dalam buku itu dari Allah? kalimah Alhamdulillah adalah lebih sesuai apabila habis melakukan sesuatu perkara.

saya tidak melarang tapi ini sekadar ingatan bersama :)

Rasulullah s.a.w tak pernah mengakhiri bacaan Quran dengan sebutan "shadaqallahul ‘azhim". namun ianya bukan menjadi satu kesalahan jika ia dilakukan kerana maksudnya ialah "Benarlah firman Allah yang maha Agung".. Yang menjadi persoalan kalimah ini selalu disalahgunakan oleh sesetengah orang terutama golongan remaja setelah tamat berbuat sesuatu perkara..

"Maksud penambahan kalimah "Sadaqa Allah Al-Azim" - apabila selesai membaca Al-Quran bukanlah asalnya didalam syara'. Adalah elok ditinggalkannya bagi menturuti Nabi saw dan para sahabat. Akan tetapi jika seseorang itu melakukan kadang-kadang (Ahyaanan) tanpa sebarang niat, ia tidaklah memudharatkan. Sesungguhnya Allah bercakap benar bagi setiap perkara, Maha Suci dan Maha Tinggi Allah. Tetapi jika menjadikan ia sebagai habit/adab/kelakuan (menjadikan ia sebagai suatu kewajipan -pent) setiap kali seseorang itu membaca Al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh orang ramai pada masa kini, tidak lah ada asas untuknya sebagaimana yang dikatakan sebelum ini"

rujukan:

Majmu' Fatawaa wa Maqaalat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz bin Baaz - 9. Riyad : Dar Al-Watan, 2000. ms 342

~syahirul.com~

PERINGATAN : kalimah Alhamdulillah adalah lebih sesuai apabila habis melakukan sesuatu perkara

ini adalah sunnah Nabi s.a.w yang sudah dilalaikan oleh orang ramai :

Setelah selesai membaca al Qur’an dianjurkan untuk mengucapkan bacaan berikut, ini tasbih kifarah:

"Subhanakallahumma wa bihamdika laa ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaika."


ertinya: maha suci Engkau ya Allah sambil memuji-Mu. Tiada sesembahan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu

Banyak orang mengganti bacaan yang sesuai sunah Nabi di atas dengan bacaan tashdiq dengan ucapan Shadaqallahul ‘azhim yang tidak ada dalilnya. Lagi baik kalau berdoa memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang di rejam.

(gambar hiasan : moga dapat membantu)

ilmu-ilmu ALLAH itu amat luas,

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥

Sememangnya ilmu-ilmu ALLAH itu amat luas, carilah ia kerana ia akan menjadi 'Nur' dalam kehidupan kita. DIA memberi ilmu kepada setiap hamba-Nya sama ada disedari ataupun tidak.

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta terhukum. Kalau harta itu akan berkurang apabila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan.(Sayidina Ali bin Abi Thalib)

"kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". Surah Al-Kahfi: 109

Hidup tanpa ilmu Islam umpama badan tanpa roh. Jiwa manusia boleh mati disebabkan kekeringan ilmu agama. Akhirnya yang berjalan itu hanyalah makhluk manusia tanpa perasaan, hati dan arah tuju yang jelas.

Asifah Jiddan jika saya pernah terkurang dalam perkongsian ilmu dan terlebih dalam percakapan/pertuturan/penulisan. Selamat Berjuang sahabat-sahabiah sekalian . Buat lah sesuatu kerana ALLAH. Ma`assalaamah, doakan saya. Jazakumullahu khairan.


FAKTA MENGENAI HADITH PALSU DI BULAN REJAB




WASPADALAH TERHADAP PARA PENDUSTA ATAS NAMA NABI DGN HADITS HADITS PALSU.

FAKTA MENGENAI HADITH PALSU DI BULAN REJAB.

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥ 

Hadith Rasulullah, “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah HADITH PALSU yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)

Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99)

Mengenai fadilat puasa bulan Rejab juga, kita perlu selidiki dan teliti sebaik2nya, kerana ini melibatkan soal agama yang suci.Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu (palsu)

Di sini juga dikongsikan, hadis dhaif dan palsu yang ada di dalam fadilat bulan Rejab.

Hadith hadith fadilat Rejab yang palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.

-Hadith sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadith ini Mawdhu'.

Ini adalah antara puasa sunat yang dilakukan Rasulullah saw.

Setiap bulan Nabi saw pasti akan berpuasa. Puasa sunat Isnin-Khamis, puasa hari2 putih (tanggal 13, 14, dan 15). Tapi khusus Nabi memilih hari-hari tertentu dalam bulan Rejab tidak ada. (Imam Ibn Taymiyah, Majmu' Fatawa: 25/290)

~Sham Kamikaze~




Tiga imam Hadits : Imam An Nawawi, Imam As Suyuti & Imam Ibnu Hajar Al Asqalani, Mereka berkata: "Hadits2 yg berkaitan dgn Keutamaan & Amalan amalan Bulan Rajab & Sya'ban, Jangankan Shahih, Dha'ifpun Tidak Ada, ARTINYA SEMUANYA MAUDHU'(PALSU)"

Dari Samurah bin Jundub dari Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda: “Brgsiapa yg menceritakan satu hadits dariku, padahal dia tahu bhw hadits itu dusta, maka dia termasuk salah seorang dari dua pendusta". (HR. Ahmad (V/20), Muslim (I/7) dan Ibnu Majah (no. 39))

Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Bersabda, "Barang siapa yg BERAMAL BUKAN diatas PETUNJUK kami (RASULULLAH), maka amalan tsb TERTOLAK". (Muttafaqun 'alaihi)

Wallahu a'lam bish showab...

"Sayyidul Istighfar"

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥ 

Hari Selasa ni bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.

Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam.. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.

"Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tidak ada Ilah yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkaulah yang telah menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu, aku ada dalam perjanjian-Mu dan janji-Mu, dengan segenap kemampuanku, aku berlindung diri kepada-Mu dari kejelekan yang kuperbuat, aku mengakui kepada-Mu Akan nikmat-Mu yang Kau berikan kepadaku, dan aku mengakui akan dosaku, maka ampunilah aku sebab sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau”. ( Al-Ma'tsurat ,)"



PERINGATAN :

Ibnu Hajar Al-'Asqalani r.a: "Tidak terdapat hadith sahih yg boleh dijadikan hujah berkenaan keutamaan bulan Rejab,puasa Rejab,puasa hari-hari tertentu dlm bulan rejab dan qiamullail khusus dlm bulan Rejab. Sebelumku perkara ini telah dipastikan oleh Al-Imam Abu Ismail Al-Harawi Al-Hafiz" -(Tabyin al-'Ujab bi Ma Wurida fi Fadhl Rajab, Dar Al-Kutub Al-'Ilmiyah, Beirut, 1988,ms.11) ~Sham Kamikaze~

ALIM PADA LISAN tetapi jAHIL PADA HATI.






PERINGATAN : Jangan jadi ALIM PADA LISAN tetapi jAHIL PADA HATI.


Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata, “Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang ALIM PADA LISAN tetapi jAHIL PADA HATI”.

Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan

Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih.


“Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)”. (riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)

sebahagian ulama berkata:


"Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".

Kembalikan kepada Niat yang asal, Hidup dan Mati untuk ALLAH Ta'ala. ♥~



Bismillahirrahmanirrahim..

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU..

Ya muqallib al-qulub, thabbit ‘ala’l-haqq
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas kebenaran-MU.. 

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dgn taat pada-MU

Amin ya robbal al-amin...;)

Peringatan untuk diri sendiri juga :) yang paling penting, sama-sama mengingati. itu memang kewajipan kita.

doa untuk memohon ampun kerana dosa kita yang tidak mengenal ALLAH, dan tidak kenal dalam mencintai Rasulullah.

     
Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥

Manusia ini mudah lupa, maka gunakanlah pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan ALLAH. Malangnya, manusia lupa lagi, maka beristighfarlah. Selepas beristighfar, pasti akan lupa lagi. Nauzubillah, Perkara ini memang tak boleh di sangkal lagi kerana tiada manusia yang sempurna kecuali Rasullullah..

Saya ajarkan 1 doa yang telah di ajar oleh ustaz saya, doa untuk memohon ampun kerana dosa kita yang tidak mengenal ALLAH, dan tidak kenal dalam mencintai Rasulullah.



ya Rabba..makkaha wasshofaa bimuhammadi ighfirlanaa yaa saa mi'an lidu'aana

'wahai tuhan ( kepada mekah ke bukit safar). dengan kedudukan Muhammad di sisiMu, dengan usaha kami untuk benar-benar dalam menyintai baginda, ampunkan dosa-dosa kami wahai ALLAH Yang Maha Mendengar doa-doa kami'

aamiin.

sebarang kesilapan makna harap di tegur untuk di perbetulkan. :)

Doa dhuha-unic

                               Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ♥


Bismillahirahmanirahim.

Allaahumma innadldluhaa-a dluhaa-uka 
Wal bahaa-a bahaa-uka wal jamaala jamaaluka 
Wal quwwata quwwatuka wal qudrata qudratuka
Wal ‘ishmata ‘ishmatuka 

Allaahumma in kaana rizqii fissamaai fa anzilhu 
Wa in kaana fil ardli fa akhrijhu 
Wa in kaana mu’siran fayassirhu 
Wa in kaana haraaman fathahhirhu 
Wa in kaana ba’iidan fa qarribhu bihaqqi dluhaa-ika wa bahaa-ika wa jamaalika wa quwwatika wa qudratika aatinii maa aataita ‘ibaadakashshaalihiin.



Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Hamba Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu 
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada 
hamba-hamba-Mu yang soleh


Celakalah orang yang apabila di sebut nama Baginda tetapi dia tidak menyambut dengan selawat ke atasnya..

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ♥




PERINGATAN : Sambutlah selawat Nabi di saat Nama Baginda di sebut. Celakalah orang yang apabila di sebut nama Baginda tetapi dia tidak menyambut dengan selawat ke atasnya..

“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.

ulangan : " Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya."

Perhatikan di sekeliling kalian terutama dalam majlis ilmu, nama Baginda semestinya akan di sebut berulang kali. Tapi, apakah respon di sekeliling anda? Diam bukan?. Maka, tegurlah mereka yang berada di sekelilingnya,jika tidak mampu maka tinggikan nada suara kalian supaya orang sebelah boleh mendengarnya dan insyaALLAH, mereka pasti mengulangi selawat tersebut.

_baiknya dari Allah, Kurangnya dari saya_

Wudhu'lah dengan Senpurna...


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Sempurnakan Wudhu' kalian.

Menyempurnakan wudhu adalah tuntutan agama, pra syarat penting dalam mendapatkan solat yang berkualiti..Janganlah bersolat sekadar melepaskan batuk di tangga. Ramai yang berwudhu dengan sambil lewa dan tergesa-gesa hinggakan terdapat anggota-anggota wudhu yang tidak disempurnakan dengan sempurna. Terutama kaki! Memang ramai yang mengambil ringan wudhu' di bahagian kaki, beranggapan hanya membasuh dengan melepasi buku lali sahaja.

Hukum mengambil wudhu dengan sempurna sebelum solat adalah wajib. Jika kekurangan ilmu tentang kesempurnaan wudhu menjadi alasan pada seseorang untuk mengabaikan wudhu yang sempurna, maka menuntut ilmu tentang wudhu adalah wajib baginya. Jika dalam urusan keduniaan, kita bersungguh-sungguh menuntut ilmu hingga ke peringkat PhD, apakah dalam urusan wudhu dan solat kita hanya berpada setakat ilmu yang dipelajari di sekolah rendah sahaja?



PERINGATAN : Jangan sambil lewa semasa ambil wudhu', sebab malas nak tunduk maka tumit tak basah dan air tak mengena di celah-celah jari. Ancaman Jilatan api neraka!

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:
Suatu hari, kami pulang bersama Rasulullah s.a.w dari Mekah menuju ke Madinah. Di pertengahan jalan, apabila kami tiba di suatu tempat yang mempunyai air kami dapati sekelompok manusia dalam keadaan tergesa-gesa mengambil wuduk kerana waktu Asar hampir luput. Apabila kami menghampiri mereka, kami dapati tumit-tumit mereka kering tidak dibasahi air. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan ancaman api Neraka. Sempurnakanlah wuduk kamu dengan baik."





Tak sempurna wudhu' jika tak sela-selai jari-jari kaki dengan air.

“Apabila kamu berwudhu maka sela-selailah jari tangan dan jari kakimu.”
(riwayat Ahmad dan Tirmidzi)




Manusia Sering Lupa dengan Peringatan ALLAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ♥

PERHATIKAN, betapa kelam kabutnya manusia apabila ALLAH turunkan bencana, gempa bumi, tsunami. Alhamdulillah,ianya belum terjadi, tapi perlu di ingat bahawa itu amaran dari ALLAH. ALLAH sering melontarkan "batu-batu" kecil sebagai peringatan kepada kita. Tapi sebenarnya manusia ini sifatnya degil, lantas ALLAH lontarkan "batu yang besar" secara tiba-tiba, di saat itu kelihatan semua manusia mencari ALLAH, masing-masing berdoa dengan penuh harapan..Beginikah sikap kita? Ampuni kami Ya ALLAH!



Sifat kebanyakan manusia, bila susah, baru akan ingatkan ALLAH, sangat berharap kepada ALLAH, tetapi apabila mereka telah diselamatkan oleh ALLAH, maka mereka lupa kepada ALLAH. ALLAH telah nyatakan dalam QalamNYA Al-Quran tentang sifat manusia yang seolah-olah mempermainkan DIA. Nauzubillah.:

"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (Allah), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala (ketika) Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya SEOLAH-OLAH IA TIDAK PERNAH MERAYU KEPADA KAMI memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan. (Surah Yunus ayat 12)"


"Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik (menduakan Allah / menyembah selain Allah) kepadaNya. (Surah Al-Ankabut ayat 65)"

Renungilah. ALLAH sangat dekat kepada para hamba yang bertaubat kepadaNya, ALLAH sudi mendengar rintihan kita dalam berdoa di saat orang lain enggan mendengarnya, ALLAH sentiasa menemani kita di mana sahaja walaupun di saat kita bersedih, ALLAH tidak jemu memberi rezeki kepada para hambaNya sedangkan kita melakukan dosa setiap hari, ALLAH sentiasa tidak lupa kepada para hambaNya sedangkan kita sering lupa..

#SEDANGKAN NABI MUHAMMAD S.A.W YANG MAKSUM PUN SETIAP MALAM BUAT SOLAT TAUBAT..

Solat : Perkara Pertama di Hisab Di Akhirat

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ♥

Solat itu penting walau dalam apa jua keaadaan sekali pun. Solat juga adalah tiang asas bagi agama Islam dan jika tiang itu runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan agama. Sudah pun Allah berfirman dalam QalamNya Al-quran. Perhatikan.

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.(Al-Maaidah 5:6) "

Solat itu di ibaratkan talian hayat di antara hamba Dan PenciptaNYA. Melalui solatlah seseorang hamba dapat berhubung terus dengan ALLAH SWT. Alhamdulillah, mudahnya, tapi ada juga yang alpa, sombong dan bongkak.

Tanpa solat hidup kita selaku orang Islam tidak bermakna, biar sehebat manapun kita di sisi manusia, kita tetap kerugian di hadapan Allah SWT. Solat itu penghubung antara kita dan Allah. Solat itu penenang, solat itu cahaya, solat itu penghapus duka dan solat juga penawar penyakit rohani.

Jangan abaikan solat biar apa sahaja keadaannya, di mana sahaja kita berada. Bumi ALLAH SWT terbentang untuk itu.



Rasulullah SAW pernah ditanya apa itu Islam, lantas baginda menjawab:

" Islam itu dibina atas lima perkara, syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa pada bulan Ramadan dan haji ke Baitullah." (riwayat Imam al-Bukhari)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:


" Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung. (riwayat Imam al-Tirmidzi)"

Namun, sayang seribu kali sayang, masih ramai kalangan umat Islam melalaikan solat.

ingatlah janji kamu pada ALLAH.

"Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.(Al-Maaidah 5:7)"


INGATLAH, SOLAT ADALAH PERKARA PERTAMA YANG AKAN DI HITUNG DI AKHIRAT KELAK.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...