.:: Followers ::.

.::Recent Visitors::.

FAKTA MENGENAI HADITH PALSU DI BULAN REJAB




WASPADALAH TERHADAP PARA PENDUSTA ATAS NAMA NABI DGN HADITS HADITS PALSU.

FAKTA MENGENAI HADITH PALSU DI BULAN REJAB.

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥ 

Hadith Rasulullah, “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah HADITH PALSU yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)

Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99)

Mengenai fadilat puasa bulan Rejab juga, kita perlu selidiki dan teliti sebaik2nya, kerana ini melibatkan soal agama yang suci.Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu (palsu)

Di sini juga dikongsikan, hadis dhaif dan palsu yang ada di dalam fadilat bulan Rejab.

Hadith hadith fadilat Rejab yang palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.

-Hadith sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadith ini Mawdhu'.

Ini adalah antara puasa sunat yang dilakukan Rasulullah saw.

Setiap bulan Nabi saw pasti akan berpuasa. Puasa sunat Isnin-Khamis, puasa hari2 putih (tanggal 13, 14, dan 15). Tapi khusus Nabi memilih hari-hari tertentu dalam bulan Rejab tidak ada. (Imam Ibn Taymiyah, Majmu' Fatawa: 25/290)

~Sham Kamikaze~




Tiga imam Hadits : Imam An Nawawi, Imam As Suyuti & Imam Ibnu Hajar Al Asqalani, Mereka berkata: "Hadits2 yg berkaitan dgn Keutamaan & Amalan amalan Bulan Rajab & Sya'ban, Jangankan Shahih, Dha'ifpun Tidak Ada, ARTINYA SEMUANYA MAUDHU'(PALSU)"

Dari Samurah bin Jundub dari Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda: “Brgsiapa yg menceritakan satu hadits dariku, padahal dia tahu bhw hadits itu dusta, maka dia termasuk salah seorang dari dua pendusta". (HR. Ahmad (V/20), Muslim (I/7) dan Ibnu Majah (no. 39))

Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Bersabda, "Barang siapa yg BERAMAL BUKAN diatas PETUNJUK kami (RASULULLAH), maka amalan tsb TERTOLAK". (Muttafaqun 'alaihi)

Wallahu a'lam bish showab...

"Sayyidul Istighfar"

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥ 

Hari Selasa ni bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.

Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam.. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.

"Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tidak ada Ilah yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkaulah yang telah menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu, aku ada dalam perjanjian-Mu dan janji-Mu, dengan segenap kemampuanku, aku berlindung diri kepada-Mu dari kejelekan yang kuperbuat, aku mengakui kepada-Mu Akan nikmat-Mu yang Kau berikan kepadaku, dan aku mengakui akan dosaku, maka ampunilah aku sebab sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau”. ( Al-Ma'tsurat ,)"



PERINGATAN :

Ibnu Hajar Al-'Asqalani r.a: "Tidak terdapat hadith sahih yg boleh dijadikan hujah berkenaan keutamaan bulan Rejab,puasa Rejab,puasa hari-hari tertentu dlm bulan rejab dan qiamullail khusus dlm bulan Rejab. Sebelumku perkara ini telah dipastikan oleh Al-Imam Abu Ismail Al-Harawi Al-Hafiz" -(Tabyin al-'Ujab bi Ma Wurida fi Fadhl Rajab, Dar Al-Kutub Al-'Ilmiyah, Beirut, 1988,ms.11) ~Sham Kamikaze~

ALIM PADA LISAN tetapi jAHIL PADA HATI.






PERINGATAN : Jangan jadi ALIM PADA LISAN tetapi jAHIL PADA HATI.


Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata, “Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang ALIM PADA LISAN tetapi jAHIL PADA HATI”.

Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan

Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih.


“Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)”. (riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)

sebahagian ulama berkata:


"Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".

Kembalikan kepada Niat yang asal, Hidup dan Mati untuk ALLAH Ta'ala. ♥~



Bismillahirrahmanirrahim..

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU..

Ya muqallib al-qulub, thabbit ‘ala’l-haqq
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas kebenaran-MU.. 

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dgn taat pada-MU

Amin ya robbal al-amin...;)

Peringatan untuk diri sendiri juga :) yang paling penting, sama-sama mengingati. itu memang kewajipan kita.

doa untuk memohon ampun kerana dosa kita yang tidak mengenal ALLAH, dan tidak kenal dalam mencintai Rasulullah.

     
Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥

Manusia ini mudah lupa, maka gunakanlah pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan ALLAH. Malangnya, manusia lupa lagi, maka beristighfarlah. Selepas beristighfar, pasti akan lupa lagi. Nauzubillah, Perkara ini memang tak boleh di sangkal lagi kerana tiada manusia yang sempurna kecuali Rasullullah..

Saya ajarkan 1 doa yang telah di ajar oleh ustaz saya, doa untuk memohon ampun kerana dosa kita yang tidak mengenal ALLAH, dan tidak kenal dalam mencintai Rasulullah.



ya Rabba..makkaha wasshofaa bimuhammadi ighfirlanaa yaa saa mi'an lidu'aana

'wahai tuhan ( kepada mekah ke bukit safar). dengan kedudukan Muhammad di sisiMu, dengan usaha kami untuk benar-benar dalam menyintai baginda, ampunkan dosa-dosa kami wahai ALLAH Yang Maha Mendengar doa-doa kami'

aamiin.

sebarang kesilapan makna harap di tegur untuk di perbetulkan. :)

Doa dhuha-unic

                               Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ♥


Bismillahirahmanirahim.

Allaahumma innadldluhaa-a dluhaa-uka 
Wal bahaa-a bahaa-uka wal jamaala jamaaluka 
Wal quwwata quwwatuka wal qudrata qudratuka
Wal ‘ishmata ‘ishmatuka 

Allaahumma in kaana rizqii fissamaai fa anzilhu 
Wa in kaana fil ardli fa akhrijhu 
Wa in kaana mu’siran fayassirhu 
Wa in kaana haraaman fathahhirhu 
Wa in kaana ba’iidan fa qarribhu bihaqqi dluhaa-ika wa bahaa-ika wa jamaalika wa quwwatika wa qudratika aatinii maa aataita ‘ibaadakashshaalihiin.



Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Hamba Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu 
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada 
hamba-hamba-Mu yang soleh


Celakalah orang yang apabila di sebut nama Baginda tetapi dia tidak menyambut dengan selawat ke atasnya..

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ♥




PERINGATAN : Sambutlah selawat Nabi di saat Nama Baginda di sebut. Celakalah orang yang apabila di sebut nama Baginda tetapi dia tidak menyambut dengan selawat ke atasnya..

“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.

ulangan : " Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya."

Perhatikan di sekeliling kalian terutama dalam majlis ilmu, nama Baginda semestinya akan di sebut berulang kali. Tapi, apakah respon di sekeliling anda? Diam bukan?. Maka, tegurlah mereka yang berada di sekelilingnya,jika tidak mampu maka tinggikan nada suara kalian supaya orang sebelah boleh mendengarnya dan insyaALLAH, mereka pasti mengulangi selawat tersebut.

_baiknya dari Allah, Kurangnya dari saya_

Wudhu'lah dengan Senpurna...


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Sempurnakan Wudhu' kalian.

Menyempurnakan wudhu adalah tuntutan agama, pra syarat penting dalam mendapatkan solat yang berkualiti..Janganlah bersolat sekadar melepaskan batuk di tangga. Ramai yang berwudhu dengan sambil lewa dan tergesa-gesa hinggakan terdapat anggota-anggota wudhu yang tidak disempurnakan dengan sempurna. Terutama kaki! Memang ramai yang mengambil ringan wudhu' di bahagian kaki, beranggapan hanya membasuh dengan melepasi buku lali sahaja.

Hukum mengambil wudhu dengan sempurna sebelum solat adalah wajib. Jika kekurangan ilmu tentang kesempurnaan wudhu menjadi alasan pada seseorang untuk mengabaikan wudhu yang sempurna, maka menuntut ilmu tentang wudhu adalah wajib baginya. Jika dalam urusan keduniaan, kita bersungguh-sungguh menuntut ilmu hingga ke peringkat PhD, apakah dalam urusan wudhu dan solat kita hanya berpada setakat ilmu yang dipelajari di sekolah rendah sahaja?



PERINGATAN : Jangan sambil lewa semasa ambil wudhu', sebab malas nak tunduk maka tumit tak basah dan air tak mengena di celah-celah jari. Ancaman Jilatan api neraka!

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:
Suatu hari, kami pulang bersama Rasulullah s.a.w dari Mekah menuju ke Madinah. Di pertengahan jalan, apabila kami tiba di suatu tempat yang mempunyai air kami dapati sekelompok manusia dalam keadaan tergesa-gesa mengambil wuduk kerana waktu Asar hampir luput. Apabila kami menghampiri mereka, kami dapati tumit-tumit mereka kering tidak dibasahi air. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan ancaman api Neraka. Sempurnakanlah wuduk kamu dengan baik."





Tak sempurna wudhu' jika tak sela-selai jari-jari kaki dengan air.

“Apabila kamu berwudhu maka sela-selailah jari tangan dan jari kakimu.”
(riwayat Ahmad dan Tirmidzi)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget