.:: Followers ::.

Kritikalnya jemaah masjid wanita. ppfftt!

Kritikal! Kritikal!

Saf di masjid bahagian perempuan sangat kritikal. 1 sajadah seorang. Di hamparkan secara menegak dan berdiri di tengah-tengah. 

Bila imam kata "rapatkan saf".. ah takde seorang pun yang berganjak. Aku cuit2 org kanan tanda nk di rapatkan ke tengah. No respon.

Mata menjeling ke tirai jarang.. saf lelaki terbaik. Takde sejadah.

Serius solat aku tak kusyuk asyir fikir "Takpe, nanti aku ambik sejadah dan tingal 1 je kat almari ni"

Seusai solat aku pandang sekeliling, ternyata saf setiap orang di kiri n kanan masing2 berlubang-lubang. Di belakang? Lagi dasyat.. 1 orang 1 kipas.

Peringatan bersama, untuk aku dan semua. terutama perempuan. Please la. Rapatkan saf. Kalau nak guna sejadah, hamparkan melintang dan rapatkan saf.

Dah lame aku perhati, so sad lah T_T

kesayangan baru :)

Anak ini jumpa kat tepi jalan. Kesian tengok dia berjalan keseorangan. Kesian, terpisah dengan ibunya.

Bawa balik dan bagi makan minum. Tapi makan x reti minum pun x reti. Terpaksa suap.

Letak dalam sarang, tapi menangis memanggil x henti.

Amik dan biarkan dia berjalan. Tengah baring baca buku tetiba datang menyelit naik atas riba. Nak kasih sayang rupanya.

Sekali kau minta di sayang tak henti henti aku bagi.

Bila kuceng dah tido atas riba kita, kita nak bergerak dan bangun pun tak nak. Taknak kejutkan dia. 




Kat perut dia ade benjolan besar. Macam ketumbuhan gitu. Get well soon stranger.

~_~


Kisah seram malissa iryani.



Ini betul tak tipu. Kejadian berlaku di terengganu. Bagi perempuan yang tak biasa jalan jauh atau jarang bawak moto/ kereta wajib baca.

Haritu dekat kg. serada. Petang. Selepas saya melepasi selekoh tajam tetiba ada sebuah lori besar bagi lampu.

"Eh knpa? Aku bukak lampu ke siang hari? Ke signal ?" Cek cek ok je.

Then lalu pulak kereta honda civik, bagi lampu jugak. Eh apesal plak ni. Lalu pulak moto RXZ. Bagi lampu jugak. Ah dalam kepala otak dah fikir bukan2. Hantu ke? Hantu ke? Hantu ke?

Tetiba teringat cerita HIJAB arahan piere andre. Kalau korang ingat, time dia balik dari bukak Hijab mata dia, ade seko hantu follow dia. Masa kereta dia rosak. Dia nak tumpang orang tapi org bagi2 lampu kat dia. Nak cakap yang ada hantu atas kepala dia tuh.

HAH!! macam tu la aku rasa masa tgh bawak kete n org bagi lampu. Meremang seyh

Aku pun pecut lelaju. Tetiba ade abang polis buat roadblock. Alamak x dan nak pusing! Dah la x tampal stiker "P". (Lesen besar 31 jan.. ecey.. haha) amek ko kene saman.

Balik je crite kat kawan. Kawan kita cakap. Kan dah bagitahu kalo org bagi lampu maknanya ada roadblock atau eksident.

Ha tulah, time orang asyik bercerita pasal kereta dan keadaan masa bawak kereta kita marah dia.

Kita kata "awak ni, dari shah alam, sampai ganu, asyik crite pasal kereeeeeta je, cerita lah pasal mende lain"

Hah amek ko setepek. Kan dah kene. Orang cerita buat deek aje.

Tapi hari ni masa bawak moto ade orang bagi lampu. Hehe ok dah tau ade roadblock, jalan sikit intai, ah betul, roadblock!! Maka pusing lah sebab lesen moto tadaakkk maaa....

Tergelak sorang2 atas moto. Hahaha..

K bai.

JODOH, HOI!




Allah tak kata.
Jodoh doktor dengan doktor.
Jodoh ustaz dengan ustazah.
Jodoh engineer dengan engineer.
Jodoh orang sihat dengan orang sihat saja.

Tapi Allah beri jodoh bersesuaian dengan kemampuan kita, saling melengkapi, menjaga, memudahkan dan membentuk ke arah yang lebih baik.

Itulah jodoh namanya

-H.A.-

Tiada sahabatmu yang sempurna. Bukankah dirimu begitu juga?

Tiada sahabatmu yang sempurna.
Bukankah dirimu begitu juga?

Siapa yang sedang membenci sahabatnya kerana satu kelemahan, dia mungkin terlupa tentang kelemahan dirinya sendiri yang tidak terkira.

Maafkanlah dan ceriakan hari dengan bersahabat

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma : Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin : Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur : Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu : Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) : Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu : Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan : Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun : Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima : Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air : Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.



JUST SHARING :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...