.:: Followers ::.

Kasih sayang Nabi

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥






Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setiap Nabi mempunyai doa mustajab (doa yang pasti diperkenankan). Kerana itu, para Nabi segera memanfaatkan doanya itu, tetapi aku akan ku manfaatkan nanti untuk membela umat ku di hari kiamat. Insya Allah doaku itu akan mencapai setiap umat ku yang mati dengan tidak menyekutukan Allah."


Kasih sayang Nabi pada kita tiada tolok bandingnya. Banyakkan Selawat dan Salam keatas baginda semoga Rasulullah kenal, cam kita umatnya diakhirat kelak.









Kelebihan Surah Al-Kahfi

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥


Sahabat semua, esok hari jumaat. Jom baca surah Al kahfi. Surah ini banyak kelebihannya, kalau tak mampu habiskan sekaligus, baca lah sikit-sikit. Malam ni baca sikit, pagi esok sikit dan petang sikit. Kalau tak mampu juga, bacalah sesudah solat fardhu, surah ini ada 110 ayat. 22 ayat setiap selepas solat.



antara kelebihan surah ini :

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah.” (Riwayat Al-Baihaqi dari Abi Said al-Khudri)

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan Surah al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal.” (Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tirmizi daripada Qatadah)

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada Surah al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal.” (Riwayat Muslim dan An-Nasai)

Daripada Muaz Ibnu Anas al-Juhari, daripada bapanya, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca dari Surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (Riwayat Ahmad)

Daripada Umar berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (Riwayat Ibnu Katsir)

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang; dan 70,000 Malaikat memohon rahmat kepada Allah s.w.t. hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah s.w.t. dari terkena wabak penyakit demam panas atau ta’un; penyakit sopak; dan dijauhkan dari fitnah Dajjal.”


Jom sama-sama beramal :)










solat sunat gerhana

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥ 

sahabat Ku semua! kalau anda Free, ayuh solat sunat gerhana! Jom.

Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.

Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.



Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”

Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat

Jangan Guna kalimah "SHADAQALLAHUL 'AZHIM" sebarangan


Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥


PERINGATAN : Jangan Guna kalimah "SHADAQALLAHUL 'AZHIM" sebarangan. Ramai juga yang mengamalkan selepas habis belajar dalam kelas, TAK BOLEH. ilmu yang kita dapat memang dari ALLAH tapi ,anda yakin ke ilmu dalam buku itu dari Allah? kalimah Alhamdulillah adalah lebih sesuai apabila habis melakukan sesuatu perkara.

saya tidak melarang tapi ini sekadar ingatan bersama :)

Rasulullah s.a.w tak pernah mengakhiri bacaan Quran dengan sebutan "shadaqallahul ‘azhim". namun ianya bukan menjadi satu kesalahan jika ia dilakukan kerana maksudnya ialah "Benarlah firman Allah yang maha Agung".. Yang menjadi persoalan kalimah ini selalu disalahgunakan oleh sesetengah orang terutama golongan remaja setelah tamat berbuat sesuatu perkara..

"Maksud penambahan kalimah "Sadaqa Allah Al-Azim" - apabila selesai membaca Al-Quran bukanlah asalnya didalam syara'. Adalah elok ditinggalkannya bagi menturuti Nabi saw dan para sahabat. Akan tetapi jika seseorang itu melakukan kadang-kadang (Ahyaanan) tanpa sebarang niat, ia tidaklah memudharatkan. Sesungguhnya Allah bercakap benar bagi setiap perkara, Maha Suci dan Maha Tinggi Allah. Tetapi jika menjadikan ia sebagai habit/adab/kelakuan (menjadikan ia sebagai suatu kewajipan -pent) setiap kali seseorang itu membaca Al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh orang ramai pada masa kini, tidak lah ada asas untuknya sebagaimana yang dikatakan sebelum ini"

rujukan:

Majmu' Fatawaa wa Maqaalat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz bin Baaz - 9. Riyad : Dar Al-Watan, 2000. ms 342

~syahirul.com~

PERINGATAN : kalimah Alhamdulillah adalah lebih sesuai apabila habis melakukan sesuatu perkara

ini adalah sunnah Nabi s.a.w yang sudah dilalaikan oleh orang ramai :

Setelah selesai membaca al Qur’an dianjurkan untuk mengucapkan bacaan berikut, ini tasbih kifarah:

"Subhanakallahumma wa bihamdika laa ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaika."


ertinya: maha suci Engkau ya Allah sambil memuji-Mu. Tiada sesembahan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu

Banyak orang mengganti bacaan yang sesuai sunah Nabi di atas dengan bacaan tashdiq dengan ucapan Shadaqallahul ‘azhim yang tidak ada dalilnya. Lagi baik kalau berdoa memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang di rejam.

(gambar hiasan : moga dapat membantu)

ilmu-ilmu ALLAH itu amat luas,

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥

Sememangnya ilmu-ilmu ALLAH itu amat luas, carilah ia kerana ia akan menjadi 'Nur' dalam kehidupan kita. DIA memberi ilmu kepada setiap hamba-Nya sama ada disedari ataupun tidak.

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta terhukum. Kalau harta itu akan berkurang apabila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan.(Sayidina Ali bin Abi Thalib)

"kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". Surah Al-Kahfi: 109

Hidup tanpa ilmu Islam umpama badan tanpa roh. Jiwa manusia boleh mati disebabkan kekeringan ilmu agama. Akhirnya yang berjalan itu hanyalah makhluk manusia tanpa perasaan, hati dan arah tuju yang jelas.

Asifah Jiddan jika saya pernah terkurang dalam perkongsian ilmu dan terlebih dalam percakapan/pertuturan/penulisan. Selamat Berjuang sahabat-sahabiah sekalian . Buat lah sesuatu kerana ALLAH. Ma`assalaamah, doakan saya. Jazakumullahu khairan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...