.:: Followers ::.

.:: Nasihat Untuk Sabar ::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Dari Muhammad bin Amr bin Hazm r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Seorang mukmin yang menggembirakan dan menasihati supaya sabar kepada saudaranya yang mukmin yang dalam kesusahan, Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari penghisaban. (HR Ibnu Majah)

Mudah bukan Allah mahu mengurniakan nikmatNya kepada kita, walaupun dengan hanya mengembirakan dan menasihati supaya sabar kepada saudaranya yang dalam kesusahan dan kesedihan..

Kita sangat dianjurkan untuk nasihat menasihati dan beringat ingat sesama manusia. Supaya kita tidak lalai dan sentiasa ingat kepada pencipta kita, Allah S.W.T. seperti mana dalam firman-Nya :

“Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar“. (Surah al-Asr:3)

“Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Maka sahabat pun bertanya: Kepada siapa? Jawab Baginda: Kepada Allah, kepada Kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslimin.” (Hadis riwayat Muslim)

" Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yg kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian."

— Ustaz Azhar Idrus



baik itu dari Allah, kurang itu dari saya.

.:: Bersahabatlah kerana ALLAH ::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Kemanisan bersahabat dan berukhwah itu akan semakin berkurang,berkurang dan terus berkurang dan akhirnya hilang kemudian di susuli dengan kebencian, kedengkian, kerakusan yang membuak-buak, sehinga apabila di sebut namanya hati akan terus membara dan lagi bertambah kebenciannya, sehingga apabila bersua sekali pun, mata ini di ibarat ada sesuatu yang menghalang,langsung tidak dapat memandangnya kerana kebencian..

Itu datangnya daripada syaitan laknatullah yang sedang keriangan bergelak tawa melihat kekalahan kita dalam mengawal hati. Maka beristighfarlah kepada ALLAH. janganlah bersahabat hanya kerana mahu menuntuk kamahuan dan kepentingan diri.

Bersahabatlah kerana ALLAH dan ilmu agama, serta hargailah kelebihan dan kekurangan yang ada padanya nescaya manisnya bersahabat tidak akan berkurang malah makin bertambah kerana ianya bermula kerana ALLAH..
Pencipta Yang Esa. Islam adalah bukan mengenai 'kami lebih baik daripada kamu'. Islam adalah mengenai 'biar saya tunjukkan kepada kamu sesuatu yang lebih baik..'.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

'Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya'
(HR Abu Daud)

'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)


.:: masa Lalu ::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Mengingati masa lalu, kemudian bersedih hati, ia merupakan kebodohan dan kegilaan ia hanya akan mematikan keinginan serta menghancurkan kehidupan saat ini.



Kejadian masa lalu adalah perkara yang telah lama di gulung dan tidak di ceritakan lagi,..

ia terkurung selama-lamanya di dalam penjara kelupaan..

di ikat dengan tali yang kuat dipenjara ke lantaran..

dan ia tidak keluar selamayna..

ia terkurung di tempat yang sempit hingga tidak melihat cahaya kerana ia telah berlalu dan itu semua takdir Allah..

Tidak ade kesedihan yang dapat mengembalikannya..

Tidak ada kesusahan yag dapat memperbaikinya..

Tidak ada rasa jenuh yang dapat membenarkannya..

Ataupun rasa sakit hati yang dapat membangkitkannya..

Kerana ia pada hakikatnya sudah tiada lagi..

Janganlah kita hidup dalam kesedihan masa lalu, adakah kita hendak mengembalikan air sungaike muaranya? Matahari ke tempat terbitnya? Anak kecil ke dalam perut ibunya? Air mata ke dalam matanya lagi? Fikir!

Sesungguhnya manusia tidak memerhatikan apa yang telah tertutup dan tidak menoleh ke belakang kerana angin berhembus ke depan, air mengalir ke depan, begitu juga dengan manusia.. berjalan ke arah hadapan. Maka janganlah kita menentang jalan kehidupan.



Baiknya dari Allah, kurangnya dari saya. :) Allahualam.. 

.:: Jihad ::.

“Dan sesiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah adalah al-Ghaniy (Maha Kaya) daripada sekalian alam. “ Al-ankabut (29) : 6

Jihad..

Bukan hanya dengan pedang..

Bukan hanya dengan pistol..

Bukan hanya dengan tombak mahupun golok..

Jihad yang paling besar adalah nafsu..



“mencari yang halal itu jihad” ( HR). abu nu’aim dari ibn umar.


Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Surah Yusuf 12 : Ayat 53]



Jihad itu berjuang..

Berjuang bersungguh-sungguh dalam menegakkan agama ALLAH..

Jihad ucapan.. usaha untuk sampaikan kebenaran..

Jihad harta.. memperjuangkan harta di jalan Allah..

Jihad nafsu.. bersungguh-sungguh mempelajari petunjuk..


“(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! “

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! “

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia “

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

Al-fajr ( 89) :27-30



Mujahid cinta perlu kuat memerang noda..

Mujahid cinta perlu tabah menghadapi ujian..

Mujahid cinta perlu berani melawan cercaan manusia..

Mujahid cinta perlu takut pada Penciptanya..



Berjihadlah dengan penuh kebenaran..

Kita berjuang membela agama..

Jika gugur..pintu syurga pasti terbuka tersedia untuk para mujahid

Bermuhasabahlah dalam mengharungi hentaman batu zaman..

Patuhilah Qanun illahi dan syariat Allah..

Teguhkanlah tekad dan yakinlah pada Allah..

Bersihkan hati..bentangkan niat yang suci



Sabda rasulullah :

Tuhan berfirman : “wahai manusia keturunan Adam! Setiap hari didatangkan rezeki kepadamu, tetapi kamu tetap bersusah hati. Setiap umurmu semakin berkurang, kamu gembira, tetapi kamu terus mencari ..


.:__Anakmu___:.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil: Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." [QS. Al-Baqarah:83]

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan kepadanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.” (Al-Isra’:23)


Diterangkan Allah SWT dengan jelas di atas.. Allah SWT mengajar hambanya bagaimana cara yang sepatutnya melayan kedua ibu bapa. Allah SWT menyuruh anak-anak melayan ibu bapa dengan baik dan bukannya berkata kasar pada mereka. Renungkan..

Masa kecil, ayah dan ibu menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Menyuapkan makanan bila kita lapar, mandikan kita setiap hari, lindungi kita dengan kelambu supaya tak digigit nyamuk, lindungi kita dengan payung supaya tak terkena hujan ataupun panas, berjaga sepanjang malam menjaga kita bila kita sakit dan banyak lagi. Mampu ke kita buat benda yang sama pada ayah dan ibu kita apabila mereka dah tua nanti?



Islam adalah agama yang benar dan Allah itu benar. Islam bukan sekadar mahu menyeru agar umatnya bersolat lima waktu sehari semalam, tapi itu pun tidak mampu di tunaikan oleh segelintir umat islam. Islam bukan sahaja mewajibkan umatnya berpuasa penuh pada bulan ramadhan, tetapi ada juga ada yang tidak berpuasa, kadang ada yang berpuasa, tapi solatnya?? Nauzubillah.. islam juga bukan sekadar menunaikan zakat, bukan sekadar menunaikan haji, bukan sekadar bersedekah, bukan sekadar berbuat baik sesama umat Islam, bukan sekadar amar mahruf nahi mungkar, tetapi islam adalah salah satu agama yang sempurna, yang menliputi setiap aspek kehidupan bermula dari kita bangun dari tidur hinggalah kita terjaga kembali dari tidur keesokannya. Islam pun turut memerintahkan umatnya untuk menjaga kedua ibu bapa.

Pernah tak kita terfikir betapa besarnya pengorbanan insan yang bergelar ayah dan ibu kepada kita? Pengorbanan dari kita kecil seperti tapak tangan hingga lah kita dewasa, sehingga dapat berdiri dengan kedua kaki kita? jarang sekali. Kenapa? Kerana kita tak dapat merasai pengorbanan mereka, yang kita tahu pengorbanan kita dan bagaimana mahu mengharungi hari-hari seterusnya untuk memebentuk kehidupan yang baik. Bagaimana dengan ibu bapa? Adakah mereka meniti hari-hari sehingga mereka tua dengan baik sebagaimana yang kita impikan?


Allah SWT turut berfirman di dalam Surah Luqman ayat ke-14;

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.” (Luqman:14

Sepotong ayat yang cukup baik untuk di fahami oleh sesiapa ahaja, tidak kira setinggi mana darjat kita, tidak kira sejauh mana kita merantau, tidak kira setinggi mana pelajaran kalian, ayat ini masih sama dan boleh di fahami oleh sesiapa sahaja. Allahuakhbar.. masih adakah orang yang begitu sukar untuk memahami hadis tersebut?? Allahualam

Dalam ayat Al-quran di atas Allah menyuruh kita agar kita bersyukur kepada ALLAH dan kepada kedua ibu bapa kita. terlalu banyak pengorbanan mereka untuk membesarkan kita. Kadang-kadang kita tak sedar yang perbuatan dan perkataan kita mengguris hati mereka. Kadang-kadang kita tak sedar yang perbuatan dan perkataan kita buat mereka menangis. Allahuakhbar, banyaknya dosa kita pada kedua ibu bapa kita.


Teringat pula saya pada lagu nasyid dari kumpulan raihan.


Tanyalah... pada ayah ibu...

Bila kau tidak tahu...

Tanya pada ayah
Mengapakah kita
Mesti mentaati
Allah yang maha esa

Tanya pada ibu
Mengapa kita mesti menjadi
Seorang anak yang sholeh

Oh adik tanya-tanyalah
Tentu kata ayah kerana Allahlah
Yang menciptakan kita
Dan alam ini

Tentu kata ibu
Hanya anak yang sholeh
Penyejuk hati ayah dan ibu

Taatlah kepada Allah
Amalkan segala hukum perintah-Nya
Jaga hubungan sesama kita
Berakhlak mulia di mana jua

Taat pada ayah ibu
Jagalah hatinya
Hiburkanlah mereka
Ingatlah susah payahnya
Balas semua jasa mereka

Redha Allah
Redha ayah ibu
Kebahagiaan dunia akhirat 

Redha ALLAH, redha ayah dan ibu, kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dan bagaimana mahu mendapatkan redha Allah? Maka taatlah kepada Allah, ingat rukun iman dan rukun islam, dan jangan tinggal solat kerana solat itu tiang agama, tanpa solat maka runtuhlah pegangan agamanya. Amalkan segala hukum Allah, amar makruf nahi mungkar, lakukan kebaikan dan tinggalkan laranganNya. InsyaALLAH Allah memberkati kita. Dan jaga hubungan sesame makhluk Allah iaitu manusia, tumbuhan dan haiwan.

Bagaimana mahu mendapatkan redha ayah ibu? Maka taatlah kepada ayah dan ibu, jagalah hati mereka dan jangan biarkan merek terguris, hiburkanlah mereka di saat mereka kesunyian, temani mereka saat mereka bersendirian, ingatlah segala susah payah mereka pada kita semata-mata mahu melihat kita membesar dengan baik.

Masa kecil, ayah dan ibu menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Menyuapkan makanan bila kita lapar, mandikan kita setiap hari, lindungi kita dengan kelambu supaya tak digigit nyamuk, lindungi kita dengan payung supaya tak terkena hujan ataupun panas, berjaga sepanjang malam menjaga kita bila kita sakit dan banyak lagi. Mampu ke kita buat benda yang sama pada ayah dan ibu kita apabila mereka dah tua nanti?



Balaslah jasa mereka, walaupun dengan secebis doa..

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua mendidik aku pada waktu kecil.” (Al-Isra’:24)

Dan Rasulullah SAW turut menuntut umatnya agar sentiasa berlaku baik terhadap kedua ibu bapa;

Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW bersabda: “Sungguh kecewa, sungguh kecewa dan hina, sungguh kecewa, siapa yang mendapatkan kedua ayah ibunya atau salah satunya sampai tua, kemudian ia tidak masuk syurga” (Hadith riwayat Muslim).

Hadis di atas telah membuktikan bahawa, seseorang itu boleh masuk syurga tetapi hendaklah taat kepada ibu bapa.

Redha dari kedua ibu bapa hanyalah boleh kita kecapi jika mereka merasa puas dan seronok dengan layanan yang kita berikan semasa hayat mereka. Bagaimanakah nasib kita di akhirat kelak jika kedua ibu bapa tidak meredhai layanan yang kita berikan semasa hayat mereka di dunia? Marilah sama-sama kita renungkan.


Tanpa mereka, siapalah kita. Sementara mereka masih hidup di dunia ini, berbaktilah sebaik mungkin. Mereka bersama kita hanya untuk sekali. Seperginya mereka, akan terus pergi, tanpa kembali lagi. Jangan biarkan penyesalan itu terlambat. Jangan biarkan mereka kesediahan kerana suatu hari nanti kita akan merasa bagaimana menjadi ibu dan bapa pada anak-anak dan merasai perkara yang sama.

Ibu,
Maafkan aku ketika aku malas membantumu,
Maafkan aku ketika aku merisaukan hatimu,
Maafkan aku ketika aku bukan anak yang baik,
Kerana sungguh, aku berusaha menjadi yang terbaik.

Ayah,
Maafkan aku ketika aku bermasam muka,
Maafkan aku ketika muncungku panjang sedepa,
Maafkan aku ketika aku mengecewakanmu,
Kerana sungguh, aku masih mencari makna anak yang baik.
( puisi dari iluvislam)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...