.:: Followers ::.

Berkasih sayang kerana ALLAH.



Andai perkenalan kita ini diredhai Allah
Engkau genggamlah ukhuwah ini
Dengan keikhlasan yang kudus
Dengan rasa cinta kepada Illahi

Sahabat adalah serumput kata yang sejuk
Sesejuk embun di pelupuk mata
Yang menidurkan jiwa
Tanpa berjuta aksara

Cintaku sentiasa mengiringimu
Yang mungkin tak kau tahu kebesarannya
Bersemangatlah seperti mentari
Ia ceria menyinari hari.


Kasihku sentiasa mengiringimu
Yang mungkin tak kau tahu ketulusannya
Jadilah kita seperti mawar
Harum tetap terjaga.

Semoga kita mampu menjadi kupu-kupu
Mengebarkan sayap cantik
Memburu cita-cita
Meski harus bertatih.

Semoga Allah meredhai persahabatan ini
Saat ia dalam dihiasi ketaatan
Saat ia dapat saling menjaga
Saat ia saling menasihati.

Usah letih menyayangiku
Usah letih mncintaiku
Kerana aku takkan pernah letih menyayangimu
Kerana Allah.

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada ,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”


(al-anfal:63) 

Ya Rasulullah.. Kami UmmatMu!



The entire muslim brothers and sisters are happy to see us raising strong.., 

But the way we show our anger smells little wrong..!!

A muslim is the one who never believes in Horoscope..!!

All we know and All we say is just "ALLAH is our only Hope..!!"





Wahai muslimin dan muslimatku..

Saya gembira melihat semangat dan kekuatan semua dalam mempertahankan maruah rasulullah s.a.w yang di hina berterusan. Rumah kita adalah syurga yang hanya di buat untuk kita, bukan untuk mereka.

Air mata untuk semua Muslimin dan muslimat yang benar-benar perjuangkannya. (T_T)

ingatlah peristiwa ketika nabi hendak wafat. 3 perkataan yang di sebut.. “..UmmatKu..UmmatKu..UmmatKu..”

Siapakah Umat nabi Muhammad?

KITA!!!

Suatu hari.. Nabi bertanya: "Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat menjawab: "Para malaikat ya Rasulullah"

...Sahabat menjawab lagi: "Tentulah para nabi, merekalah yang mulia"

Nabi tsenyum lalu berkata: "Ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia.."

Para sahabat terdiam lalu berkata: "Adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"

Nabi menjawab; "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan.."

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskn air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata...

"Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian.. mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku & saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA... MEREKALAH UMATKU!"

Kitakah yang Nabi sangat rindukan itu...? dan kitakah juga yang sangat merindukan baginda itu...?

Jika kita benar-benar sayangkan dan cintakan Rasulullah, Maka Buktikan!!

Bukan tambahkan ketakutan orang-orang yang tidak bersalah, tetapi dengan mengikut sunnahnya.

Jika kita benar-benar sayangkan dan cintakan Rasulullah, Maka Buktikan!!

bukan dengan menghisap dan menghembus asap rokok, tetapi dengan doa dalam keadaan bimbang dan meyesal!

Jika kita benar-benar sayangkan dan cintakan Rasulullah, Maka Buktikan!!

Bukan dengan kemarahan yang di tunjukkan dalam bentuk keganasan, Tetapi dengan bergerak di atas kaki sendiri untuk memberi dakwah walaupun dalam keadaan diam-diam..


Sekiranya kita benar-benar mencintai Nabi, buktikan dengan meneladani baginda dalam setiap aspek kehidupan serta berpegang kepada Al-Quran & sunnahnya. Akhlak Rasulullah adalah Al-quran. InsyaAllah, kita takkan tersesat selamanya. Itulah wasiat Nabi kepada kita. Serta, menjadilah kita sebagai penyambung rantaian perjuangan dakwah baginda.


Buktikan kepada baginda, walaupun kita sangat jauh hidup daripada zaman baginda, Namun, kita masih mampu untuk menyempurnakan Islam dan iman ini. Mudah-mudahan Allah panjangkan cinta & kasih ini untuk bertemu baginda Rasul di syurgaNya kelak. amiin..





Kenal AL-Quran Erat-Erat :D

Dengan Nama Allah yang Maha Penmurah lagi Maha Penyayang.

Rasanya tidak cukup dengan hanya membaca Al-Quran dan memahami sekadar beberapa kerat sahaja isi Al-Quran. Al-Quran adalah salah 1 daripada Rukun Iman.

Kita harus KENAL Al-quran. Kerana dari Al-quranlah boleh membentuk Iman Kita, dari Al-quranlah boleh membantu kita memperkukuhkan kepercayaan kepada ALLAH, Para Malaikat, Rasul, Hari Kiamat dan Qada' dan Qadar.

Bagaimana nak membentuk dan memperkukuhkan lagi Iman sekiranya Segala rukun iman itu tidak boleh di lihat dengan mata kasar,hanya dengan melihat kebesaran Allah dan mendengar kisah-kisah para malaikat dan rasul-rasul?? Cukupkah? Caranya adalah dengan mengenal Al-quran, kerana ia wujud di depan mata dan segalanya ada terkandung di dalamnya.

So, bagaimana kita menyatakan bahawa kita percaya kepada Allah, Para malaikat, Rasul, Hari Kiamat dan Qada' dan Qadar sedangkan kita tidak mengenali Al-quran??

Kembangkan minda,berfikir dengan Al-quran dan cari jawapannya. Contohnya :
---Kenapa Surah pertama adalah Al-Fatihah dan tidak surah Al-Alaq(iqra') ? Apa kaitan surah sebelumnya dan seterusnya? Kenapa Bismillah adalah ayat pertama dalam Al-quran? kenapa surah At-taubah tiada bismillah?? dan banyak lagi :)

Yang paling penting, Fiikirkan ada apa dengan "Bismillahirahmannirahim". Apa ertinya "Dengan Nama Allah".. Ini penting kerana setiap perkara dalam kehidupan kita di mulakan dengan "Bismillahirahmannirahim"...dan Kenapa di gunakan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan tidak sifat 99 yang lain? .. sayang sekali sekiranya kita tidak memahami dengan sebaik mungkin.. :)




Baiknya dari Allah,Kurangnya dari saya. sekadar memberi persoalan dan membuka minda kita agar teruskan dengan Berkenal-kenalan dengan Qalam Allah, dan berinteraksi dengannya kerana ia di ciptakan sebelum Manusia dan Alam ini wujud. Allahu'alam.












DEbat tanpa Ilmu.




‎..Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran) (18:22).

Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan. (22:3)

Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran; (22:8)

...ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran. (31:20)





Nama sebahagian dari aurat wanita.

Pembacaan untuk menambahkan ilmu. Sila baca status dan komen2 sekali Agar tidak salah faham :). Quite interesting, saya pun tak pernah tahu bahawa nama ini sebahagian dari aurat bagi wanita.

"Ini bukan HUKUM tetapi ADAB untuk menunjukkan betapa tingginya maruah seorang wanita sampai namanya pun dirahsiakan dan hanya boleh disebut oleh yang berhak sahaja..."- UIB

untuk kefahaman dan pencerahan lebih lanjut, sila baca ye :).

(sila click) ---> Status Facebook UIB










Ada apa dengan "Tudung Labuh"?


Ramai yang mengaku "saya nak pakai tudung labuh", kemudian bertanya "tapi bagaimana?".. Dan alasannya " takut la, takut tak leh istiqamah"

Actually,Apa yang nak di cari dengan tudung labuh tu?cuba kita tanya pada diri sendiri, tanya pada iman kita. adakah kerana kehendak iman? Rasanya tidak sebab tudung labuh do not measure iman. Sama juga dengan umur, berapa umur kita juga tidak mampu mengukur kematangannya.

Sesetengah orang mampu bertudung labuh dulu baru membenuk iman, kerana baginya, tudung itu boleh mencegah dirinya dan membentuk Imannya.

So, bagaimana dengan yang tidak mampu? apa yang kita cari dengan Tudung labuh ni ye? Sedangkan orang bertudung labuh ini,tidak semestinya dia baik, alim dan beragama. Tudung labuh hanya mengambarkan dia alim, baik ataupun beragama. Tapi hakikatnya.. perlu tanya diri sendiri lah! Dan ALLAH juga Maha Mengetahui.

Jawapan saya : KEHORMATAN. Jadi Muslimah sebegini terlalu istimewa di mata saya. Anak patung pun cemburu !




#sahabat yang ingin berhijrah, pakai tudung biasa pun takpe, asalkan menepati syarat. begitu juga dengan pakaian. Matlamat kita adalah membentuk IMAN, bukannya mahu di pandag tinggi oleh masyarakat kerana penampilan kita, sedangkan kita sama sahaja di sisi ALLAH.

Chill ♥










Sahabat yang Baik :)


"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya."



Memiliki sahabat yang sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai sekali harganya kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita,baik disudut kebendaan ,kecenderungan mahupu
n tingkah laku samaada kita yang akan terikut-ikut dengan kecenderungannya ,ataupun sebaliknya dia akan terpengaruh dengan kita.

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

“Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?”

Jawab Rasulullah s.a.w: “Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”

Sesungguhnya saya di kalangan manusia yang bertuah, kerana dikurniakan oleh Allah, sahabat yang sentiasa membawa saya ke jalan yang diredhaiNya.. Rasa tenang dan gembira.

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Terima kasih semua.








“Kullu Nafsin Dzaiqotul Maut” (21:35)

Kita sering bebicara soal mati. Berbicara, menulis dan menyampaikan itu memang mudah. tapi benarkah kita betul-betul bersedia??

( berfikir banyak kali.. dosa bertimbun-timbun lagi )



Muhasabah.

Hidup kita bukan untuk diri kita, dan mati bukanlah penamat segala siri cerita hidup kita. Hidup ini adalah untuk bertemu Allah, tunduk dan menyerah pada Allah.

“Kullu Nafsin Dzaiqotul Maut” (21:35)

"Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)" (39:42)

Hidup ini PERLU mencari mati yang sempurna.

hayya bina!! berusaha ke arah itu.

Wallahu a’la wa a’lam.









Back to FITRAH

Muhasabah muhasabah. 

Gunakan masa di dunia untuk mencapai muda, bahagia dan keceriaan yang lebih bermakna di akhirat.

Kembali kepada mengabdikan diri kepada Allah dalam seluruh kegiatan hidup sebagaimana yang terkandung dalam iftitah dalam sembahyang: "Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan Yang Mentadbir sekelian alam". 


Kembali kepada kehidupan menjaga suruhan-suruhanNya dan menjauhi larangan-laranganNya yang semuanya berupa batasan-batasan sesuai dengan fitrah kejadian asal dirinya.



Kembali kepada sifat-sifat manusia yang bersih sesuai dengan fitrah asal bagi dirinya.

ayuh,kembali kepada fitrah. !!












.:: Ramadhan ::.



RAMADHAN semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt.

Apakah amalan kita sudah cukup rasanya untuk bekal kita di sana sekiranya ditakdirkan kita tak diizinkan Allah SWT untuk bertemu dengan bulan Al-Mubarak ini tahun depan??

Apakah kita sudah mula kembali k
epada tabiat sebelum Ramadhan dan meninggalkan tarbiyah dan amalan kita sepanjang sebulan lalu?

Apakah kita tidak rasai kesedihan Ramadhan akan meninggalkan kita di saat jutaan manusia saudara semuslim kita di seluruh dunia masih dicengkam kebuluran, peperangan dan kemiskinan?



Bersyukurlah dengan apa yang ada, kerana kita berhak untuk bergembira, cuma janganlah dilupakan amalan kita yang telah penat dikerjakan sepanjang Ramadhan.

Jadikan bulan yang akan menjelang sebagai azimat untuk kita teruskan amalan baik yang telah kita persembahkan kepada Yang Maha Esa.

Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.

Didoakan Ramadhan ini bukanlah Ramadhan terakhir untuk kita, dan kita pasti mendambakan akan kehadirannya tahun depan..

InsyaALLAH. Aamiin. ♥












INSAFLAH WAHAI HAMBA.....

Tanpa Disedari..

11BULAN DAHULU, banyak DOSA yang kita lakukan tanpa meminta AMPUN DARI ALLAH.

11 BULAN DAHULU, banyak ANGGOTA badan melakukan DOSA.. MATA MEMANDANG umpama panahan SYAITAN...


11 BULAN DAHULU, aku menjadi hamba yang RIAK berjalan atas BUMI kepunyaaN-NYA...



INILAH RAMADHAN.....

istirehat dalam “perjalanan dunia”
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

INSAFLAH WAHAI HAMBA.....

ALLAH......
KAMU HANYA BERIMAN HANYA DI BULAN RAMADHAN.....
KAMU CUBA MENIPU ALLAH..
TAPI SEBENARNYA KAMU... MENIPU DIRI SENDIRI...

MALULAH KALIAN WAHAI HAMBA ALLAH........

Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan
bermaksud:

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah
mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat
pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang
terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikankebaikannya sesungguhnya dia rugi.”

(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...