.:: Followers ::.

Solat : Perkara Pertama di Hisab Di Akhirat

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ♥

Solat itu penting walau dalam apa jua keaadaan sekali pun. Solat juga adalah tiang asas bagi agama Islam dan jika tiang itu runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan agama. Sudah pun Allah berfirman dalam QalamNya Al-quran. Perhatikan.

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.(Al-Maaidah 5:6) "

Solat itu di ibaratkan talian hayat di antara hamba Dan PenciptaNYA. Melalui solatlah seseorang hamba dapat berhubung terus dengan ALLAH SWT. Alhamdulillah, mudahnya, tapi ada juga yang alpa, sombong dan bongkak.

Tanpa solat hidup kita selaku orang Islam tidak bermakna, biar sehebat manapun kita di sisi manusia, kita tetap kerugian di hadapan Allah SWT. Solat itu penghubung antara kita dan Allah. Solat itu penenang, solat itu cahaya, solat itu penghapus duka dan solat juga penawar penyakit rohani.

Jangan abaikan solat biar apa sahaja keadaannya, di mana sahaja kita berada. Bumi ALLAH SWT terbentang untuk itu.



Rasulullah SAW pernah ditanya apa itu Islam, lantas baginda menjawab:

" Islam itu dibina atas lima perkara, syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa pada bulan Ramadan dan haji ke Baitullah." (riwayat Imam al-Bukhari)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:


" Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung. (riwayat Imam al-Tirmidzi)"

Namun, sayang seribu kali sayang, masih ramai kalangan umat Islam melalaikan solat.

ingatlah janji kamu pada ALLAH.

"Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.(Al-Maaidah 5:7)"


INGATLAH, SOLAT ADALAH PERKARA PERTAMA YANG AKAN DI HITUNG DI AKHIRAT KELAK.

1 comment:

  1. Assalamualaikum..
    Terima kasih di atas perkongsian maklumat ini & memberikan sy sedikit ilham utk memasukkan dalil ini di dlm karya saya..

    ReplyDelete

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...