.:: Followers ::.

Semuanya Dari ALLAH

Mulakan kehidupan dengan kebaikan dan keikhlasan,hadapi dugaan dengan senyuman. Apabila mendapat kebaikan,maka bersyukurlah,dan apabila mendapat keburukan,maka bersabar dan bersyukurlah. Semuanya adalah dari Allah..

semakin mantap iman, semakin besar ujian yang Allah akan berikan.. Ayat al-Quran turut menjelaskan bahawa ujian setanding dengan kemampuan seseorang.. 

(2:286)Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

 Kemampuan itu jelas bererti ilmu dan iman yang ada..

HEBATNYA CINTA ILLAHI…

HEBATNYA CINTA ILLAHI…

"Segarkan cinta kita kepada yang lebih hak,
Dia yang menerima kita tanpa sebarang syarat
Dia yang begitu pemurah dengan memberi
Walau begitu sedikit Dia menerima daripada kita
Dia yang sentiasa mendengar dan mengawasi kita
Walau ingatan kita terhadap-Nya
Begitu nipis dan beralun

Dia...

Sehebat-hebat penyelamat
Ketika kita disisih orang, keluarga mahupun masyarakat

Benar...
Dia menerima kita tanpa sebarang syarat
Walau sehebat mana, seingkar mana dan sehodoh manapun kita..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...