.:: Followers ::.

TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR

Daripada Abu Hurairah lah.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; "Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai". (Riwayat Muslim)



Sucikan 4 hal dengan 4 perkara

Sucikan 4 hal dengan 4 perkara 。.:*(✿◠‿◠).°o.O.o° ¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ ¯ °o.O.o

✿ Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan...


✿ Lidahmu basah dengan zikir kepada Penciptamu

✿ Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Allah 

✿ Dosa-dosa silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.


UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN

Daripada Abu Hurairah lah.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia." (Riwayat Muslim)



KENAPA ORANG PEREMPUAN LAMBAT KAHWIN

Kalau kahwin dengan lelaki handsome gila,
Orang cakap pandang rupa saja

Kalau kahwin dengan lelaki ada rupa, harta dan ada semua,
Orang cakap mesti ada ilmu guna-guna

Kalau kahwin dengan lelaki lagi muda,
Orang cakap bawak-bawak lah cermin muka

Ikhlas Itu Penting

Belajarlah menahan diri dari selalu ingin melihat jasa dan kebaikan sendiri...Orang yang ikhlas bijak menyembunyikan kebaikan nya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya
Latihlah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang yang telah membuat keburukan terhadap diri kita...


Setiap amalan yang kita kerjakan harus dimulakan dengan niat
Niat kita hendaklah ikhlas kerana Allah Swt,bukan kerana inginkan
balasan..Bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk tetapi lakukanlah
kerana kita adalah hambanya,kita perlu patuh pada arahannya
dan ingkar pada larangannya,Allah maha mengetahui...
Dan dia lebih tahu apa didalam hati setiap hambanya..
Oleh itu,sama-samalah kita ikhlaskan hati dan diri kita terhhadap
apa yang kita kerjakan,dari yang sebesar-besar hal sehinggalah
yang sekecil-kecil nya...

pemakaian cincin


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk


WHO IS ALLAH?



() Allah is our lord n he is the only 1 to be worshiped Allah exists.

() Without comparing Allah to the creation one can use mental evidences to prove the existence of the Creator.

() When 1 sees a building, one knows thre is a builder; when 1 sees a painting, when 1 sees the creation, 1 knows there is a Creator



Berjaya VS GagaL

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah
hanya manusia yang mampu mengurus masalah saja yang boleh berjaya..
Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta
takjub orang lain,kerana kejayaan dan kehebatannya...


Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa,bukan orang yang
kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap..
Belajar dari pengalaman adalah guru yang baik,jatuh pada lubang yang
sama adalah satu kebodohan...

Nasihat Kubur


5 Nasihat KUBUR. Aku adalah tempat...

1. paling GELAP maka terangilah dengan TAHAJJUD.

2. paling SEMPIT maka luaskanlah dengan berSILATURRAHIM.

3. paling SEPI maka raikan aku dengan perbanyakkan membaca AL-QURAN.

4. BINATANG-BINATANG menjijikan maka racunilah ia dengan AMAL SEDEKAH

5. MUNKAR NAKIR bertanya maka persiapkan jawaban mu dengan mengucap 'LA ILLA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH'



sudikan membaca, dan sudikanlah mencerna..


saya hanya seorang hamba ALLAH yang mendambakan hidayahNYA...dahulu saya seorang hamba, kini juga seorang hamba dan selamanya tetap hamba kepada ILAHI..dengan mengeluarkan kata kata agama,tidak semestinya saya seorang ustazah. Labuh mana tudung ku, tidak semestinya saya seorang yang alim..dengan menasihati orang lain tidak pula bermaksud saya ini adalah la orang yang sebaik-baiknya..saya cuma insan biasa yang mempunyai keinginan seperti anda. cuma saya berkongsi apa yang saya pelajari dan apa yg saya tahu dan mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik


Islam adalah bukan mengenai 'kami lebih baik daripada kamu'. Islam adalah mengenai 'biar saya tunjukkan kepada kamu sesuatu yang lebih baik..'..kita yang tidak sempurna ni mengejar kesempurnaan hanya untuk menjadi yang terbaik di sisinya.. tetapi jangan mengejar kesempurnaan sehingga melanggar batas2 agama.. semoga Allah permudah segala ursan kita..insyaALLAH


Sesungguhnya apabila saya menasihati kamu, bukanlah bererti saya yang terbaik dalam kalangan anda, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan anda, kerana saya juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
"Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”
-Hassan Al Basri


pesanan buat sahabat2 :


semoga berjaya menjadi gadis mulia, semulia Mariam, menjadi wanita faqihah sebijak Aishah, menjadi perempuan tabah, sekukuh hati Asiah, menjadi serikandi kebanggaan sehebat jiwa Sumayyah, menjadi insan indah seanggun akhlaq RabiatulAdawiyah, menjadi isteri solehah setulus kasih Khadijah, semoga berjaya menjadi perempuan & kekasih idaman setiap kalbu kecintaan Tuhanmu..
semoga berjaya menjadi lelaki semulia Muhammad,semoga berjaya menjadi lelaki setaqwa Ibrahim,
semoga berjaya menjadi lelaki setabah Isa atau Ayub,semoga berjaya menjadi lelaki segagah Musa,
semoga berjaya menjadi lelaki setampan Yusuf.
....


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..


Makin kita mendekatiNYA..Makin kita diuji..Makin kita banyak berdoa..Semakin banyak ujian menimpa..kerana segala yang dipinta tak datang dengan segera, tapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yg diberiNYA..kerana ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu tapi DIA memberi apa yang kita perlu.

maafkan saya jika ada tersilap bicara selama mana kita bersahabat. Apa-apa tulisan saya yang tersilap minta diperbetulkan dan jika ada yang terkasar minta dimaafkan..yang saya tahu... Mungkin apa yang saya pelajari tidak menepati yang hakiki, dan saya berserah kepadaNya . amiin..

ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK

Daripada Aisyah lah.a. berkata. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik". (Riwayat Thabrani)




Di antara tanda-tanda qiamat ialah: 1) Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya. 2) Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar. 3) Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak. 4) Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya. 5) Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya. 6) Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.





Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.


al-khair dari bumi ALLAH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...