.:: Followers ::.

FAKTA MENGENAI HADITH PALSU DI BULAN REJAB




WASPADALAH TERHADAP PARA PENDUSTA ATAS NAMA NABI DGN HADITS HADITS PALSU.

FAKTA MENGENAI HADITH PALSU DI BULAN REJAB.

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥ 

Hadith Rasulullah, “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah HADITH PALSU yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)

Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99)

Mengenai fadilat puasa bulan Rejab juga, kita perlu selidiki dan teliti sebaik2nya, kerana ini melibatkan soal agama yang suci.Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu (palsu)

Di sini juga dikongsikan, hadis dhaif dan palsu yang ada di dalam fadilat bulan Rejab.

Hadith hadith fadilat Rejab yang palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.

-Hadith sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadith ini Mawdhu'.

Ini adalah antara puasa sunat yang dilakukan Rasulullah saw.

Setiap bulan Nabi saw pasti akan berpuasa. Puasa sunat Isnin-Khamis, puasa hari2 putih (tanggal 13, 14, dan 15). Tapi khusus Nabi memilih hari-hari tertentu dalam bulan Rejab tidak ada. (Imam Ibn Taymiyah, Majmu' Fatawa: 25/290)

~Sham Kamikaze~




Tiga imam Hadits : Imam An Nawawi, Imam As Suyuti & Imam Ibnu Hajar Al Asqalani, Mereka berkata: "Hadits2 yg berkaitan dgn Keutamaan & Amalan amalan Bulan Rajab & Sya'ban, Jangankan Shahih, Dha'ifpun Tidak Ada, ARTINYA SEMUANYA MAUDHU'(PALSU)"

Dari Samurah bin Jundub dari Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda: “Brgsiapa yg menceritakan satu hadits dariku, padahal dia tahu bhw hadits itu dusta, maka dia termasuk salah seorang dari dua pendusta". (HR. Ahmad (V/20), Muslim (I/7) dan Ibnu Majah (no. 39))

Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Bersabda, "Barang siapa yg BERAMAL BUKAN diatas PETUNJUK kami (RASULULLAH), maka amalan tsb TERTOLAK". (Muttafaqun 'alaihi)

Wallahu a'lam bish showab...

2 comments:

  1. benar sekali... mari tetap waspada" :)

    ReplyDelete
  2. alfaqir-ilallahiazzawajalla24 May 2012 at 23:50

    Telitikanlah dahulu kesemua pendapat dari sekian banyak ulama',ikhlaskan lah hatimu dalam mendengar dari sekian banyak pendapat melalui dalil masing-masing..dengan itu, kamu akan menemukan titik-titik kesatuan antara kita semua selaku hamba ALLAH yang penuh dengan kelemahan dan kefaqiran didalam sekalian banyak ilmu-ilmuNya.Maaf andai terkasar bahasa, disini di tampilkan pandangan kami mengenai bulan rejab, wallahua'lam...
    http://al-fanshuri.blogspot.com/2012/05/tips-untuk-meraih-kelebihan-di-bulan.html

    ReplyDelete

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...