.:: Followers ::.

Manusia Sering Lupa dengan Peringatan ALLAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ♥

PERHATIKAN, betapa kelam kabutnya manusia apabila ALLAH turunkan bencana, gempa bumi, tsunami. Alhamdulillah,ianya belum terjadi, tapi perlu di ingat bahawa itu amaran dari ALLAH. ALLAH sering melontarkan "batu-batu" kecil sebagai peringatan kepada kita. Tapi sebenarnya manusia ini sifatnya degil, lantas ALLAH lontarkan "batu yang besar" secara tiba-tiba, di saat itu kelihatan semua manusia mencari ALLAH, masing-masing berdoa dengan penuh harapan..Beginikah sikap kita? Ampuni kami Ya ALLAH!



Sifat kebanyakan manusia, bila susah, baru akan ingatkan ALLAH, sangat berharap kepada ALLAH, tetapi apabila mereka telah diselamatkan oleh ALLAH, maka mereka lupa kepada ALLAH. ALLAH telah nyatakan dalam QalamNYA Al-Quran tentang sifat manusia yang seolah-olah mempermainkan DIA. Nauzubillah.:

"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (Allah), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala (ketika) Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya SEOLAH-OLAH IA TIDAK PERNAH MERAYU KEPADA KAMI memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan. (Surah Yunus ayat 12)"


"Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik (menduakan Allah / menyembah selain Allah) kepadaNya. (Surah Al-Ankabut ayat 65)"

Renungilah. ALLAH sangat dekat kepada para hamba yang bertaubat kepadaNya, ALLAH sudi mendengar rintihan kita dalam berdoa di saat orang lain enggan mendengarnya, ALLAH sentiasa menemani kita di mana sahaja walaupun di saat kita bersedih, ALLAH tidak jemu memberi rezeki kepada para hambaNya sedangkan kita melakukan dosa setiap hari, ALLAH sentiasa tidak lupa kepada para hambaNya sedangkan kita sering lupa..

#SEDANGKAN NABI MUHAMMAD S.A.W YANG MAKSUM PUN SETIAP MALAM BUAT SOLAT TAUBAT..

Solat : Perkara Pertama di Hisab Di Akhirat

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ♥

Solat itu penting walau dalam apa jua keaadaan sekali pun. Solat juga adalah tiang asas bagi agama Islam dan jika tiang itu runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan agama. Sudah pun Allah berfirman dalam QalamNya Al-quran. Perhatikan.

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.(Al-Maaidah 5:6) "

Solat itu di ibaratkan talian hayat di antara hamba Dan PenciptaNYA. Melalui solatlah seseorang hamba dapat berhubung terus dengan ALLAH SWT. Alhamdulillah, mudahnya, tapi ada juga yang alpa, sombong dan bongkak.

Tanpa solat hidup kita selaku orang Islam tidak bermakna, biar sehebat manapun kita di sisi manusia, kita tetap kerugian di hadapan Allah SWT. Solat itu penghubung antara kita dan Allah. Solat itu penenang, solat itu cahaya, solat itu penghapus duka dan solat juga penawar penyakit rohani.

Jangan abaikan solat biar apa sahaja keadaannya, di mana sahaja kita berada. Bumi ALLAH SWT terbentang untuk itu.



Rasulullah SAW pernah ditanya apa itu Islam, lantas baginda menjawab:

" Islam itu dibina atas lima perkara, syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa pada bulan Ramadan dan haji ke Baitullah." (riwayat Imam al-Bukhari)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:


" Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung. (riwayat Imam al-Tirmidzi)"

Namun, sayang seribu kali sayang, masih ramai kalangan umat Islam melalaikan solat.

ingatlah janji kamu pada ALLAH.

"Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.(Al-Maaidah 5:7)"


INGATLAH, SOLAT ADALAH PERKARA PERTAMA YANG AKAN DI HITUNG DI AKHIRAT KELAK.

6 TEMPAT BOLEH MENGUMPAT



Firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat :

…..وَلاَ يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ……..

Maksudnya : …dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya….


قال الرسول e : إِيَّاكُمْ وَالغِيْبَةَ فَإِن َّالغِيْبَةَ أَشَدُّ مِنَ الزِّنَا. قِيْلَ لَهُ كَيْفَ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ قَدْ يَزْنِي وَ يَتُوْبُ فَيَتُوْبُ اللهُ عَلَيْهِ وَإِنَّ صَاحِبَ الغِيْبَةِ لاَ يُغْفَرُ لَهُ حَتَّى يَغْفِرَ لَهُ صَاحِبُهُ


Maksudnya: Jauhkan oleh kamu akan dirimu dan takut oleh kamu akan mengumpat kerana bahawasanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada zina. Dikatakan bagi Rasulullah s.a.w : Betapa? Ertinya, kerana apa mengumpat itu lebih besar daripada zina?. Bersabda baginda : Bahawasanya seorang lelaki itu terkadang dia berzina dan lantas bertaubat maka Allah menerima akan taubatnya. Dan bahawasanya orang yang mengumpat itu tiada diampuni baginya sehingga memaaf baginya oleh orang yang diumpatnya. ( Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya dan Abu Asy-Syeikh dari Jabir dan Abi Sa’id )

Hukum mengumpat itu haram dengan ijma’ melainkan pada 6 tempat yang diharuskan mengumpat padanya iaitu :


1. Orang yang mengadu pada penguasa tentang kezaliman seseorang dengan menyebut nama orang zalim itu dan perbuatannya bertujuan untuk menghentikan kezalimannya


2. Orang meminta tolong bagi menghilang maksiat pada sesuatu tempat kepada yang berkemampuan dengan menyebut nama pelaku maksiat dan kesalahannya bertujuan untuk menghentikan maksiat itu

3.Orang yang meminta fatwa daripada yang berkelayakan tentang sesuatu masalah yang terpaksa menyebut nama dan kelakuan seperti seorang isteri bertanya tentang hal suaminya dan sikapnya yang buruk

4.Orang yang menakutkan orang Islam lain tentang kejahatan seseorang supaya terselamat daripada keburukan orang itu seperti menyebut kelakuan jahat seseorang perempuan yang diingini untuk dikahwini bila ditanya agar bakal suaminya tidak tertipu dan selama

5. Menyebut nama seseorang yang masyhur dengan nama buruk seperti Amin Tempang dan sebagainya

6.Menyebut nama orang yang menzahirkan kejahatannya bertujuan supaya orang lain berhati-hati dengannya dan juga agar dia menghentikan kesalahannya itu



sumber : http://www.islamituindah.my/6-tempat-boleh-mengumpat

kematian tak mengenal usia, tika dan tempat.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ♥

warkah ini saya kongsikan dan dapatkan dari seorang Akhy yang sedang mentarbiyah dirinya dan mempunyai naluri untuk menyampaikan dakwah dan ilmunya melalui penulisannya.

Assalamualaikum sahabat…

Pohonlah agar kite dikembalikan kepada Zat yang Agung dengan sebaik-baik kembali kepadanya, iaitu mati dalam sebaik-baik kesudahan. Kematian bakal menjemput kita tidak mengenal usia, tika dan tempat. Cuba kita renungkan dan perbandingkan dua kisah ini.

Seorang pemuda mati di dalam sebuah masjid, ketika bulan ramadhan, dimalam Jumaat pula dan seorang pemuda lagi mati di sebuah pusat peranginan di Genting Highland di dalam sebuah pusat perjudian. Jika difikirkan dengan akal yang normal, berlandaskan keimanan sudah tentu kite berkata,

“Wah, bertuah betul dapat mati di dalam masjid. Untungnya kedua ibu bapa pemuda ini”.

Manakala bagi pemuda yang mati di Genting Highland pasti terdetik kata-kata ini. “Nauzubillah, moga dijauhkan daripada aku, malang sungguh nasibnya”.

Itulah hakikat yang dizahirkan tanpa mengetahui apakah asbab sebena kematian kedua-dua pemuda tersebut. Walhal, yang sebenarnya si pemuda yang meninggal di dalam masjid itu merupakan seorang pencuri yang cuba mencukil tabung masjid tetapi malang tidak berbau, alat yang digunakannya untuk mencukil tabung masjid itu membunuh dirinya. Manakala si pemuda yang mati di Genting Highland pula terbunuh kerana cuba menghalang saudara seagamanya daripada terjerumus dalam perjudian.

Renungkanlah, manakah keadaan yang kita harapkan? Tempat dan ketika bukanlah jaminan untuk kita kembali dalam sebaik-baik kesudahan untuk menghadap Ilahi, tetapi niat kerana Allah dan amalan mulia sahaja yang menjamin seseorang hamba untuk kembali kepada Pencipta dalam kesudahan yang baik.
Meskipun kehidupan seorang itu dikerumungi dengan dosa dan maksiat kepada Allah, tiba-tiba terdetik dihatinya untuk menginsafi kekhilafan diri. Dalam usahanya untuk bertaubat, kematian terlebih dahulu menjemputnya. Tidak sempat untuk berubah menjadi lebih baik. Tetapi, Maha Suci Allah yang Maha Pengampun, Allah telah menerima taubatnya.

Konklusinya, marilah sama-sama kita perbetulkan niat di hati ini dan juga amalan kita agar melakukan sesuatu semata-mata mengharapkan redhaNya. Mohonlah agar kita dikembalikan kepada Yang Maha Esa dengan sebaik-baik kesudahan sebagaimana kite diciptakanNya dalam sebaik-baik kejadian. Allahua’lam.



Kamu Cintakan Rasulmu? Allah? Benarkah? Lets check! Ini Penting!

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang.♥

sahabat- sahabiah sekalian, mari kite renungkan..

Janganlah kita ISLAM dengan sekadar bersolat.
janganlah kita ISLAM sekadar menutup aurat.
Janganlah kita ISLAM kerana Kita taat kepada ibubapa.
janganlah kita ISLAM kerana kita amalkan amar makruf nahi mungkar.
janganlah kita ISLAM kerana kita simpati nasib Umat seislam kita.
jangan kita ISLAM kerana pangkat, kekayaan dan kegemilangan
paling menakutkan,janganlah ISLAM hanya pada I.C.. ALLAHuRABBI.

Jangan pernah rasa selesa. Lihat Ikatan kita dengan ALLAH.

kita mengaku Cintakan ALLAH tapi adakah kita mengenal ALLAH? makrifatullah? kita mengaku sudah beriman? BERIMAN? BERIMAN BAGAIMANA? IMAN ITU DATANGNYA DARI MANA? BAGAIMANA IMAN ITU DI BUKTIKAN DALAM ISLAM? adakah sekadar berbuat baik? sabar? tabah? tawakal? bersolat? berzikir? berilmu?

bagaimana hati kita dengan ALLAH? ingat nama ALLAH? sifat ALLAH? kita sekadar tahu ganjaran dan balasan ALLAH sahaja sebenarnya. buktikan. beryakinlah dengan teguh BUKAN TAQLIQ (ikut orang). Cintalah ALLAH dengan adanya tauhid Uluhiyah, rububiyah dan asma' wa sifat.!! tauhid ini tidak memerlukan urutan untuk mengerjakannya! tauhid ini lawannya syirik.

Kita mengaku cintakan RASULULLAH S.A.W, makrifatul rasul. tapi perkara senang pun kita gagal lakukan. apadia sahabt sekalian??

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.

" Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya."

kalau mahu merasa ber-ALLAH, mestilah melalui pintunya iaitu Rasulullah s.a.w. kerana ALLAH hanya akan berinteraksi dengan cintaNya dan rasulullah berinteraksi dengan umatnya.

"saya cintakan Rasulullah, saya amalkan sunnah-sunnahnya."

sunnah? hanya sunnah?

Kita mengaku Cintaikan baginda, tapi kronologi perjalanan hidup rasulullah pun kita tak tahu? Apa baginda alami semasa berumur 5 tahun? 6? 10? 12? 25? 37? dan sebagainya?.peristiwa perang? isra'dan mikraj? muhajirin? ansar? tahu kah kita? bagaimana rupa rasulullah? rambutnya? matanya? kulitnya? keningnya? Mengaku cintakan rasulullah, tapi tidak mengenal siapa Baginda. ALLAHURABBI, sedih bukan.

"Keimanan kamu tidak akan sempurna seandainya kamu tidak mencintai aku ( Rasulullah )" so, sahabat sababiah sudah mengenali rasulullah kah? ?

kita mengaku cintakan kitab ALLAH, Al-quran. Alhamdulillah, hari-hari membacanya, mentelaah nya, gembiranya kita dapat pahala. tapi tahukah kita Al-quran mengandungi berapa ayat? berapa surah? apa kisah yang di sampaikan? apa yang ALLAH mahu kita tahu? muhasabah, muhasabah~

Paling penting!! kalian mengaku islam, tapi Tahukah kalian apa intipati islam? Alhamdulillah kalau yang tahu, yang tak tahu? kita mengaku kita islam tapi intipati ISLAM pun kita tak tahu.? ALLAHURABBI..

Itu fardu ain sahabat, fardu ain. Ilmu yang wajib di pelajari. Tak sempurna seorang hamba ALLAH jika Fardu ainnya tak cukup sahabat sahabiah sekalian. Bagaimana mahu mengenal ALLAh dan rasul kalau asas islam sudah longgar? berdosanya kita tak kenal ALLAH, berdosanya kita tak kenal Rasulullah. MOhonlah setiap hari pada ALLAh agar di beri hati yang benar-benar sayangkan ALLAH. Hati yang benar-benat menyerah diri kepada ALLAH.

muhasabah-muhasabah~ adakah kalian rasa apa yang saya rasa? sedihkah atau tiada apa-apa perasaan? hum, latihlah diri membakar tangan, agar nanti sudah tegar!

dapatkah sahabat sahabiah menjawab setiap perkara yang di tanya?setiap soalan yang di utarakan? kalau tak tahu katakan saja tak tahu, ALLAHUALAM. JANGAN JADI USTAZ ATAU USTAZAH GOOGLE!!

saya bukan insan yang sempurna, hanya sekadar berkongsi dan sama-sama muhasabah. Allahualam. Baiknya dari ALLAH, terkurangnya dari saya.



Pengisian dari KEm Pemantapan Akidah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...