.:: Followers ::.

.:: Sayang Semua Kerana Allah ::.

Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang.

Seorang sahabat datang kepada saya, dia cantik, menutup aurat, bertudung labuh, sedap mata memandang. Alhamdulillah Allah berikan saya sahabat seperti dia, sabahat yang apabila di pandang, mengingatkan kita pada ALLAh.

Bertanya khabar dan kemudian di tanya:

"Maaf lissa, ana ( bukan nama sebenar) nak tanya, hari tu ana ada ternampak lissa dan rakan-rakan. errk..lissa, kat kelas lissa tak da kawan macam kita? "

"Macam kita? takde la awk, kenapa?"

"oh, patutlah lissa berkawan dengan mereka"

"kenapa ana tanya macam tu?"

" Tak de la lissa, ana macam pelik ja, macam mana lissa boleh rapat sangat, dulu ana ada sahabat, tapi ana jauhkan sedikit, takut lango"

" :) hum, sebab dah lama berkawan, mereka memahami dan mereka berbeza, saya sayangkan mereka. sebab saya berkawan kerana Allah ana, macam saya dengan ana :)".

"Tapi lissa, sahabat yang paling baik adalah, seorang yang apabila kamu pandang padanya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengar cakapnya, pengetahuan kamu mengenai Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat kepada kehidupan akhirat.. (Hadis)"

"ya, betul :).. tapi nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman, dan yang paling penting, percaya. ikhlaskan hati untuk berkawan, maka perasaan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan kasih dan sayang. Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah."

"lissa tak takut terpengaruh ke?"

"Tak. Ini juga bersahabat kerana ALLAH, bila mereka lagho, kita bermuhasabah, bila mereka perlukan nasihat kita tempatnya, bila mereka perlukan petunjuk, kita tunjukkan mereka, dan lissa bukan lah arif sangat ilmu agama, cukuplah buat untuk memberi pandangan dan nasihat "



LISSA SAYANG SEMUA SAHABAT LISSA, DUNIA DAN AKHIRAT. ♥♥♥~

Me, myself, and I, and everything I own belongs to Allah. He has Every Right to take anything He wills away from me. Because I know, the Reward, that I will be given, doesn't even compare to what I'm giving up.. Honestly, ultimately we are all the same. What makes us different is what we see as different.

Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain.

:: Secebis Hati Yg Sukar Di didik :;.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ♥

"pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya”


Dulu pun kita macam dia, tapi tak de pun sampai labelkan mereka macam tuh!

Oh Allah, Get bored, I get bored, I get bored. Bosan betul dengar ayat ni!

Sekurang-kurang nya kami menutup aurat,dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina. Islam mengatakan, fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka.

Tapi manusia ini, kalau dah jahil, jahil juga. Boleh pula tafsir ayat quran ikut akal sendiri..

"Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).’ "

Katanya, “ Allah suruh isteri-isteri nabi dan anak-anak nabi sahaja tutup aurat, so, kita yang bukan isteri nabi dan anak tak wajib..”

Allahuakhbar, hati ini meronta sakit. Nak marah pun susah, sebab yang cakap itu seorang yang jahil ilmu,cuma doakan semoga ALLAH memberi taufiq dan hidayahnya untuk berubah.

Unfortunately, she have misinterpret the verse and understanding it out of its context, Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan pengikut Rasulullah SAW, kita diajar untuk selalu kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith untuk mendapatkan kepastian tentang keharusan itu mengenai sesuatu perkara.

dalam kes ini, menutup aurat termasuklah kepala, rambut, leher, dan dada amat diperintahkan bukan sahaja untuk isteri-isteri nabi tetapi juga kepada semua wanita Islam. Ia tidak hanya adat, tetapi ia merupakan satu perintah agama. Ia juga sangat jelas dinyatakan dalam ayat di atas yang mana ia disebut “serta perempuan yang beriman”

Therefore whoever claims they are muslim, they are obliged to uphold and stick to the decree in the verse.

“Wanita bertudung pun seksi, berzina, bergaul bebas dan banyak lagi”

"In fact, we too are well-behaved, we do not bother others, we do not backbite and we stay away from bad things" The woman added.


Is it true that the external appearance does not matter in Islam??

“Ya, sebab ada hadis sahih Nabi s.a.w : "Sesungguhnya Allah tidak melihat makhluk fizikal anda, rupa luaran dan hartakamu, tetapi Dia melihat hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim).”

Sedih melihat dia berhujah, easily throw out hadith in supporting their whims, sesungguhnya, mereka hanya menggunakan Islam dalam perkara yang memberi faedah kepada mereka.

No one should mock any Islamic ruling or anything relevant to the ruling.

Nabi SAW bersabda :-

" Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

I am indeed wordless, dumbfounded, speechless ! Breathtaking shot !

Sedih :(


.:: Cara mengelak Fitnah DajjaL, ::.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Diriwayatkan hadith dari Ma'dan b Abi Talhah al-Yakmariyi hadith dari abi Dardak bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hafal sepuluh beberapa ayat dari ayat-ayat awal Surah al-Kahfi, dijaga dia dari kerosakan Dajjal.' Hadith Muslim, Kitab Solat]

Hadis pendek ini menyebutkan bahawa sesiapa yg berjaya menghafal 10 ayat permulaan Surah al-Kahfi itu (dan dia hafal selama-lamanya sehingga mati dia), maka dia dipelihara oleh Allah dari ftinah atau huru hara Dajjal yg akan diwujudkan Allah ketika dunia hampir kiamat. Salah satu tanda akan kiamatnya dunia adalah turunnya seorang makhluk yang disebut Dajjal yang akan bermaharaja lela di dunia sebelum kiamat dunia. Ketibaan Dajjal adalah satu daripada tanda-tanda dunia akan kiamat.

Fitnah Dajjal disebut oleh nabi s.a.w sebagai fitnah yang terbesar akan menimpa manusia. Rasulullah s.a.w pernah bersabda (yang bermaksud) : “Sejak penciptaan Adam sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)

Di dalam riwayat yang lain, Abdullah Ibn Umar ra berkata rasulullah s.a.w bersabda : “Aku sungguh-sungguh berwasiat agar kamu semua berhati-hati terhadapnya. Tidak ada seorang nabi pun yang tidak memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal namun aku akan memberitahu kalian tentang sesuatu yang tidak pernah diberitahu oleh seorang nabi pun sebelumku kepada kaumnya iaitu bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Allah itu tidaklah buta sebelah mata. (Hadis riwayat Bukhari) 




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (Al-Kahfi 18:1)

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (Al-Kahfi 18:2)

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. (Al-Kahfi 18:3)

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak". (Al-Kahfi 18:4)

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (Al-Kahfi 18:5)

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (Al-Kahfi 18:6)

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (Al-Kahfi 18:7)

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (Al-Kahfi 18:8)

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (Al-Kahfi 18:9)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". (Al-Kahfi 18:10)  



Bukan sahaja dihafal tapi kena faham maksud ayat-ayat diatas dan ditunjukan cara bagaimana nak selamat dari fitnah dajjal.

Cara-caranya:


1)Kita mesti berpegang dengan sesungguhnya dengan Quran sebagai petunjuk dari Allah dan jangan menentang walau satu ayat dan dibalas dengan syurga. Sebagaimana pemuda itu mempertahankan tauhidnya pada Allah.

2)Kita mesti mengasingkan diri dari hiruk pikuk masyarakat seperti tidak pergi kemajlis yang melalaikan atau majlis hiburan. Sebagaimana pemuda itu lari ke gua.

3)Kita mesti putuskan segala punca hiburan seperti melalui TV, majalah hiburan kerana inilah saluran besar kerosakan manusia. Sebagaimana pemuda itu memutuskan segala hiburan dgn mengasingkan diri ke gua

4)Kita mesti mohon petunjuk dari Allah atas keselamatan Iman kita sebab taufik dan hidayat hanya kepunyaan Allah seperti dalam ayat yg ke-10.

Itulah maksud menghafal 10 ayat pertama boleh menghindar dari fitnah dajjal.

:: baiknya dari Allah, Kurangnya dari saya ::

ALLAH is the Light.

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful





In this Dunia you can be a doctor, a teacher, an artist, an engineer etc...but in the Akhirat you can ONLY be : either a WINNER or a LOSER!!!! please dear, don't sell your akhirat for the deception of dunia..you are free to choose, but you were born to obey ALLAH♥ .

The only person who creates distance between YOU and ALLAH S.W.T is INTERESTINGLY yourself!!! If you don’t want to be dragged and pushed into the hellfire later then drag yourself towards the obedience of Allah now !. Remember, if there is a darkness and nothing is right, remember ALLAH is the Light.

Never forget that ALLAH is your friend.. The best of all friends! He wants to hear what is been happening in your life. Good or bad, whether it's been full of sorrow or anger, or even when you're questioning why terrible things have to happen. Go ahead, Go down in sujud...talk to HIM this very moment!

May Allah swt shower his luv and mercy and forgiveness upon all of us.. ♥ InsyaALLAH, aamiin

.:: Jaga Aib ::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih L agi Maha Penyayang ♥

Facebook ibarat diari, suka duka riang tawa cinta sayang benci semua kita update.

orang selalu cakap, "alahai, mende remeh pun nak update ka?".

Sebenarnya itulah realiti,sebab kita dah anggap fesbuk macam diari. Tapi sayangnya, samaada kata-kata itu di zahirkan melaui diari dalam telefon, atas kertas,buku dan sebagainya, ia tetap tidak amanah. Sejauh mana pun diari itu di sorokkan, pasti ada orang yang akan temuinya. Apatah lagi kalau 'diari' facebook, tak payah sorok-sorok dah, kita rasa macam kita bermonolog sendiri walhal orang lain pun dapat baca.

Kalau yang baik-baik, suka-suka itu mungkin boleh di pertimbangkan, kalau yang sampai membuka aib sendiri bagaimana ya?

Aib, aib itu ape? biskut ke? minuman ke? pakaian ke? nama orang? ada la kot nama orang.

Aib ini adalah perasaan malu yang tidak di kehendaki.

Allah dah jaga aib kita.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, “Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu”. Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah.” (Muttafaq ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).


Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui.” (Surah An-Nuur: 19)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Setiap manusia tak terlepas dari keaiban. Samada diketahui oleh orang lain mahupun menjadi rahsia diri sendiri. Namun, Allah itu berkuasa menutup keaiban hamba-hambaNya. Ia juga berkuasa membukanya.

Yang terbaiknya, tindakan membuka aib diri ini hanya untuk keperluan mendesak sahaja seperti meminta nasihat, pandangan atau bantuan penyelesaian.

Bila dah bagi nasihat ini, ada jugak yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tetap nak pertahankan diri. Manusia memang macam tu. (pengalaman)

"ah, kubur masing-masing,lantak aku lah nak update ape pun"

anda seronok ke kubur masing-masing? tak takut ke? tahu tak apa dalam kubur nanti?
nanti tiada siapa-siapa pun yang dapat tolong kamu, yelah kubur kan masing-masing, kalau di sekalikan boleh lah tolong.

Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad)

Macam besar pulak dosa orang yang membuka aib kan? tapi jika dosa itu kecil, lama-lama boleh jadi dosa besar dan boleh menghapus amalan pahala yang lain.Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya..

Renungkan.

.:: Baiknya dari ALLAh, kurangnya dari saya. Allahualam ::.

JiwA SEmenTAra...........

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ♥

Aku telah terlena oleh keindahan hidup ini

menatap dunia dalam keangkuhan
tertawa seakan esok tak ada penderitaan
dan melupakan apa yang menjadi pematuhan sesungguhnya
Langkahku semakin jauh dan jiwaku semakin terlarut
hingga meninggalkan norma-norma kehidupan
yang semestinya tidak aku tinggalkan
sampai dengan kemarin aku masih saja mengabaikan perintahMu

Kini saat Engkau menyentuh diriku dengan peringatanmu
Aku tak lagi mampu tertawa dalam penderitaanku
Langkahku terhenti dan tak mampu untuk berlalu
Keangkuhan merubahku dalam kehinaan
dan menyedarkan diri ini siapa aku

Ya Allah ..
Masih layakkah aku memohon padaMu
setelah semua yang telah aku lakukan
Masih layakkah diriku menjadi hambaMu
setelah aku mengabaikan perintahMu
Aku hanyalah setitik debu yang hina
yang penuh khilaf dan dosa
yang tersedar kerana gelisah dikala susah

Ya Allah ..
dihamparan kain yang lusuh jiwa ini tertunduk dan bersimpuh
Memohon ampun atas segala khilaf dan dosa
memohon petunjuk agar semua dapat berubah
dan berharap agar Engkau menunjukkan yang terbaik dalam hidupku

Engkaulah sebaik-baiknya Maha Pengasih dan Penyayang
Engkaulah sebaik-baiknya Penolong dan Pemaaf
Maka Ampunilah aku ..


.:: Di lamun CintaMu yaa Rabb ::.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ♥

Dulu.. menagih simpati kepada manusia yang alpa jua buta 
Lalu diheret ke lorong gelisah yang tak sudah 
Tiada bicara yang mahu di gapai, kerana itu lakonan dunia yang mencabar. 

Ada harinya jiwa ini di harungi dengan ribut taufan 
Ada harinya jiwa ini di harungi dengan panasnya sinar mentari Illahi 
Ada harinya jiwa ini di lalui dengan angin sepoi bahasa. 
Cuaca ibarat mengenal kehendak hati dan jiwa insani. 
Daun-daun kering jatuh berterbangan berguguran menyembah bumi seperti hilang hala tujunya 
Dan kemudian angin menyinggah menyapu wajah menyampaikan berita dariMu 
Kadang hati ini sukar membaca setiap petunjukMu, 
Kosongnya hati ibarat hamparan lagit malam 
Tiada bintang mahupun rembulan, yang terlindung di balik malam 
Hujan di langit pula tiada kelihatan, 
Hanya angin malam menyapa seraut wajah yang pudar 

Allah.. begitulah illusi jiwa yang mendambakan ketenangan yang tak kunjung tiba 
Di cari-cari, ibarat meraba-raba di dalam gelap 
Mencari sesuatu yang hilang 
Ku dambakan diri ini padaMu Tuhan 
Tapi.. Kosong, tiada jawapan dariMu. 
Dengan langkah yang lemah, jiwa terkapai, melayang megikut gerak kaki 
Dengan berbekalkan jiwa yang kental 
Ku sahut jua seruMu Allah.. seruanMu.. seruanMu.. 
seruanMu yang menjanjikan syurga hakiki 
seruanMu untuk menjadikan aku muslimah solehah 


ku sarung hijabMu ya Allah 
cermin ini menjadi saksi setiaMu 
Allahurabbi, inikah yang aku harapkan duhai Penciptaku? 
Inikah yang ingin kau tunjukkan kepadaku? 
Inikah hadiah yang kau kirimkan untukku? 
Ketenangan yang di cari kini menyapa hati yang kosong, jiwa yang sunyi 
Selama ini aku butakan mataku, aku pekakkan telinga, aku bisukan mengaduan hamba 
Rupanya kau mahu berikan aku wajah yang baru
 yang akan aku sinari dengan Nur Mu ya ALLAh. 
Moga terus istiqamah di jalanMu sebelum kematian menjemputku 
Akan ku penuhi perisian hati dengan sinar-sinarMu tuhan. 

Itulah ketenangan dengan hadirnya titisan air mata 
Itulah titik bermulanya kehidupan 
Mengejar kebahagiaan hakikia 

Angin malam menyapa lagi, gerimis menitis mencium bumi 
Embun meniti di baris hujung daun-daun illahi 
Mencuit hati yang di lamun kasih saat diri ini di lamun cintaMu ya ALLAH. 



“Sekuat manapun godaan yang kita hadapi
Sekukuh apapun cubaan yang harus kita jalani
Sebesar manapun kegagalan yang kita rasai
Sejenuh mana pun hari–hari yang kita lalui
Janganlah pernah berhenti berharap pada pertolongan Ilahi 
Janganlah pernah berhenti berdoa kepada Rabbul Izzati
Kerana harapan adalah masa hadapan
Kerana harapan adalah sumber kekuatan
Kerana doa adalah pinta kebaikan dan
Kerana doa adalah senjata orang yang beriman….
Dan jangan lupa, ALLAH adalah sebaik-baik penolong
Setiap cubaan pasti ada hikmah di sebaliknya…….”

Cukuplah Allah sebagai penolong kami, kepada Dialah sebaik-baik tempat diserahkan segala urusan..


DEDIKASI BUATMU FATIHAH AMSYAR

.:: 4 Perkara jika di pandang, peroleh pahala ::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ♥

Diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun dikira ibadah. tahukah sahabat sahabiah apakah yang di maksudkan 4 perkara itu?

4 perkara itu ialah :

1. wajah ibubapa
2. Al-quran
3. Lautan
4. Ka'abah



Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah".
(Riwayat Abu Daud).

Mudahnya Allah memberikan ganjaran pahala kepada makhluknya. Tapi tidak semudah yang kita Fikirkan sebenarnya.

Cube check gambar apa yang di paparkan di meja study? masuk bilik terus nampak~
cube check gambar apa yang di simpan dalam purse? bukak je terus terpampang~
cube check gambar apa yang di buat wallpaper handfon dan laptop? tengok je,terus senyum~

.:: Muhasabah ::.

Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ♥



Sebuah kunci menuju ketenangan hati. "hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang". inilah kunci menuju ketenangan hati yang diperjanjikan oleh Allah dalam sebuah ayat Nya yang mulia QS. Ar-Rad ayat 28 iaitu memperbanyakkan Dzikrullah (mengingati Allah)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."

ada sebuah perumpamaan yang disabdakan oleh Rasulullah, beliau bersabda "Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah berbanding dengan yang tidak berzikir adalah bagaikan orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Bukhari).

So, boleh kita bayangkan, berapa minit kita mengingati Allah dan berapa jam kita telah melupakannya, maka selama itulah kita hidup (ketika mengingat Nya) dan selama itu pula kita mati (tidak mengingat Nya)

“Laa tahzan innallaha ma’anaa,
Jangan Bersedih sesungguhnya Allah bersama kita.”
(QS. at-Taubah: 40)”

Allah itu tidak pernah meninggalkan kita!
Allah itu tidak pernah membiarkan kita!
Allah itu tidak pernah melupakan kita!

wallahu a'lam, wallahul musta'an
♥. :: Mari bermuhasabah, Menasihati diri sendiri ::. ♥

Dekatnya waktu kiamat

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG,



-Hadis riwayat Sahal bin Saad ra., Ia berkata:
Aku mendengar Nabi saw. bersabda sambil memberikan isyarat dengan jaritelunjuk dan jari tengah: Waktu aku diutus (menjadi rasul) dan waktu hari kiamatadalah seperti ini (mengisyaratkan dekatnya waktu kiamat). (Shahih MuslimNo.5244)

-Hadis riwayat Anas bin Malik ra., Ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Waktu aku diutus (menjadi rasul) dan waktu harikiamat adalah seperti jarak antara kedua-dua jari ini. (Shahih Muslim No.5245)

-Hadis riwayat Aisyah ra., Ia berkata:
Apabila orang-orang Arab badui datang menghadap Nabi saw. mereka bertanya:Bilakah kiamat akan tiba? Lalu beliau memandang kepada orang yang palingmuda di antara mereka dan bersabda: Seandainya dia hidup, sebelum diamenjadi tua renta, maka kiamat akan terjadi. (Shahih Muslim No.5248)

-Hadis riwayat Anas bin Malik ra.:
Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw.: Bilakah kiamat akantiba? Di sebelahnya terdapat seorang pemuda Ansar yang masih belia bernama Muhammad, maka Rasulullah saw. bersabda: Ketika pemuda ini hidup lama,maka sebelum ia mencapai usia tua renta kiamat sudah tiba. (Shahih MuslimNo.5249)

.:: Kalimah LA ILAHA ILLALLAH ::.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum sahabat sahabiah, mungkin sudah ada yang tahu dan mungkin juga tidak tentang kebaikan atau kelebihan menyebut kalimah ALLAH ini iaitu LA ILAHA ILLALLAH. Tiada Tuhan Yang Berhak disembah selain ALLAH.

'La Ilaha Illallah' antara kalimah penyucian hati dan jiwa. Kalimah ‘La Ilaha Illallah’ mengandungi seluruh tasbih, tahmid dan takbir atau segala pujian kepada Allah SWT.


Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullah dalam Kalimatul Ikhlas mengatakan : Kalimat Tauhid (yaitu Laa Ilaha Illallah, ) memiliki keutamaan yang sangat agung yang tidak mungkin bisa dihitung.

Rasulullah bersabda kepada sahabat: Perbaharui IMAN kamu.
Sahabat-sahabat bertanya: Bagaimana kami nak perbaharui IMAN kami, Ya Rasulullah?
Jawab Rasulullah S.A.W: Perbanyakkanlah ucapan la ilaha illallah.

Dari Ibnu ‘Umar Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah bersabda : ‘Bukan ahli‘Laa Ilaaha Illallah’, orang yang kesepian di kuburnya dan pada saat kebangkitannya. Seolah-olah aku melihat ahli ‘Laa Ilaaha Illallah’ sementara mereka mengusap tanah dari rambut-rambut mereka dan berkata : ‘Segala puji bagi Allah Yang telah menghilangkan duka cita dari kami.’
(Faathir: 34)’ (Hadis riwayat Ath-Thabrani dan Al Baihaqi)

Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling banyak mendapat manfaat daripada syafaatku pada hari kiamat nanti ialah seorang yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah dengan ikhlas di dalam hatinya. (HR Bukhari)

Hadzrat Talhah ibnu Ubaidullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang mana barangsiapa membacanya ketika hampir matinya, kecuali mendapati ruhnya amat tenang keluar dari pada jasadnya dan kelak akan menjadi nur baginya pada hari Qiamat. (Kalimah itu ialah La ilaha illallah). (HR Abu Ya’la, Majma uz Zawaid)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti di tengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman. (HR Muslim)


" Mereka yang beriman dan bertenang hatinya dengan berdzikir kepada Allah.." ( Ar-Ra'ad : 28 ).

~Di sebalik tabir hati...~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~

kali pertama...
mata ini melihat satu kisah...
yang buat aku diam membisu...
membiarkan hati mentafsir sendiri...
ada baiknya... kalau aku menjadi sepertinya...
meletakkan diri sepenuhnya pada ILAHI...

Ya Allah... sememangnya aku berserah pada-Mu...
Tapi...kabus hitam sentiasa berlegar di hati ini...
Aku hilang cahaya...
Aku rasa gelap gelita...
Aku terduduk sepi...
Memandang pada renungan yang amat jauh...
Tapi.. mungkin ia tak menjanjikan apa-apa...



Ya Allah ...salahkah aku yakin pada takdir...
Kerna aku jua cuba meminta....
berdoa...dan berserah...
Agar..semuanya kembali tenang...

Ya Allah... aku sedar siapa diri ini...
Aku sujud pada alas keinsafan...
Dan cuba membawa hati ini pada-Mu...
Tapi mengapa aku risau pada bayang sendiri...
Takut pada realiti yang akan merosakkan pentas selama ini...
Andai kisah ini benar...
alhamdulillah kupanjat syukur pada-Mu...
Tapi andai kisah ini sebaliknya...
Labuhkanlah tirai pentas itu...
Agar aku tidak bisa melihat lagi...
Melainkan kebesaran-Mu...
Kerna aku tau...sang pemilik sekeping hati ini... Ya Khalik... Ya Rabb....

Hanya pada-Mu aku meminta...

by: Riam_Belantara

Surah 82: Al-Infitaar (Terbelah)

Surah 82: Al-Infitaar (Terbelah) : http://www.surah.my/82

Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 19 ayat. Dinamakan surah "Al-lnfitaar" (Terbelah), kerana pada awal surah ini, Allah Taala menegaskan tentang saat berlakunya hari kiamat ialah ketika langit terbelah.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Apabila langit terbelah

Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;

Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;

Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -

(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -

Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;

Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.

Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.

Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,

(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);

Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;

Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.

Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,

Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

aamiin..

~~~~



SunhanALLAH, ianya menggambarkan kehancuran alam dunia dan segala isinya pada hari kiamat, lalu digantikan dengan alam yang baru alam akhirat. Pada saat itu manusia dibangkitkan hidup semula untuk menerima balasan, dan masing-masing akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkannya.

Surah ini diakhiri dengan menerangkan hakikat hari akhirat: Hari itu ialah hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala perkara pada hari itu tertentu bagi Allah..

.:: Mengemis Kasih ::.

Mengemis Kasih – Nazrey Johani dan Far East

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu

Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi

Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaKu

Ya Allah…



"Dan semua sujud kepada Allah baik yang di langit maupun dibumi, baik dengan kemahuan sendiri ataupun terpaksa..." (Ar-Rad, 15)

Di bawah langitmu Bersujud semua Memuji memuja asmamu Dan bertasbih semua Makhlukmu tunduk Mengharap cinta dan kasihmu -opick

:: Berlalunya ketenangan... ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


                                                         Berlalulah sebuah ketenangan...
Dengan hadirnya titisan airmata....
Mengapa ia berlalu....mengapa...
Anggaplah ini satu putaran....
Yang mungkin buat kita tersenyum....
Kesedihan bukan satu kesakitan....
Tapi satu titik bermulanya kebahagiaan...
Indah bahagia bila mula kita kecapi....

                  
Tapi awan tak selalu cerah...
Kadang mendung melegakan hati...
Daun riang berguguran jatuh ke bumi...
Tapi resah bila hilang arah tuju...
Dan sehinggalah angin sampaikan berita...
Membawa ia pergi dengan tenang...
Begitulah putaran hidup....
Kesedihan bukanlah noktah muktamat...
Tapi titik bermula ...
Mengejar kebahagiaan hakiki...
Tersenyumlah kalau ia buat anda bahagia...
Dan menangislah kalau ia buat anda tenang....

 by: Riam_Belantara

Melakar Cinta Allah Melalui Sahabat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.

"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya.

Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.

"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.

Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.

"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir ertiuhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.

Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakaninnate motive.

Maknanya jangan berkasih sayang lah?

Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.

Tidak Cemburu

Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.

Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?

Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)

Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.

Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.

Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.

Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.

Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.

Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat

Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.

Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.

Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?



Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.

Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..

Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..

"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.

"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.

Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.

Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..

Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.

Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..



Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...