.:: Followers ::.

.::Recent Visitors::.

Kritikalnya jemaah masjid wanita. ppfftt!

Kritikal! Kritikal!

Saf di masjid bahagian perempuan sangat kritikal. 1 sajadah seorang. Di hamparkan secara menegak dan berdiri di tengah-tengah. 

Bila imam kata "rapatkan saf".. ah takde seorang pun yang berganjak. Aku cuit2 org kanan tanda nk di rapatkan ke tengah. No respon.

Mata menjeling ke tirai jarang.. saf lelaki terbaik. Takde sejadah.

Serius solat aku tak kusyuk asyir fikir "Takpe, nanti aku ambik sejadah dan tingal 1 je kat almari ni"

Seusai solat aku pandang sekeliling, ternyata saf setiap orang di kiri n kanan masing2 berlubang-lubang. Di belakang? Lagi dasyat.. 1 orang 1 kipas.

Peringatan bersama, untuk aku dan semua. terutama perempuan. Please la. Rapatkan saf. Kalau nak guna sejadah, hamparkan melintang dan rapatkan saf.

Dah lame aku perhati, so sad lah T_T

kesayangan baru :)

Anak ini jumpa kat tepi jalan. Kesian tengok dia berjalan keseorangan. Kesian, terpisah dengan ibunya.

Bawa balik dan bagi makan minum. Tapi makan x reti minum pun x reti. Terpaksa suap.

Letak dalam sarang, tapi menangis memanggil x henti.

Amik dan biarkan dia berjalan. Tengah baring baca buku tetiba datang menyelit naik atas riba. Nak kasih sayang rupanya.

Sekali kau minta di sayang tak henti henti aku bagi.

Bila kuceng dah tido atas riba kita, kita nak bergerak dan bangun pun tak nak. Taknak kejutkan dia. 




Kat perut dia ade benjolan besar. Macam ketumbuhan gitu. Get well soon stranger.

~_~


Kisah seram malissa iryani.



Ini betul tak tipu. Kejadian berlaku di terengganu. Bagi perempuan yang tak biasa jalan jauh atau jarang bawak moto/ kereta wajib baca.

Haritu dekat kg. serada. Petang. Selepas saya melepasi selekoh tajam tetiba ada sebuah lori besar bagi lampu.

"Eh knpa? Aku bukak lampu ke siang hari? Ke signal ?" Cek cek ok je.

Then lalu pulak kereta honda civik, bagi lampu jugak. Eh apesal plak ni. Lalu pulak moto RXZ. Bagi lampu jugak. Ah dalam kepala otak dah fikir bukan2. Hantu ke? Hantu ke? Hantu ke?

Tetiba teringat cerita HIJAB arahan piere andre. Kalau korang ingat, time dia balik dari bukak Hijab mata dia, ade seko hantu follow dia. Masa kereta dia rosak. Dia nak tumpang orang tapi org bagi2 lampu kat dia. Nak cakap yang ada hantu atas kepala dia tuh.

HAH!! macam tu la aku rasa masa tgh bawak kete n org bagi lampu. Meremang seyh

Aku pun pecut lelaju. Tetiba ade abang polis buat roadblock. Alamak x dan nak pusing! Dah la x tampal stiker "P". (Lesen besar 31 jan.. ecey.. haha) amek ko kene saman.

Balik je crite kat kawan. Kawan kita cakap. Kan dah bagitahu kalo org bagi lampu maknanya ada roadblock atau eksident.

Ha tulah, time orang asyik bercerita pasal kereta dan keadaan masa bawak kereta kita marah dia.

Kita kata "awak ni, dari shah alam, sampai ganu, asyik crite pasal kereeeeeta je, cerita lah pasal mende lain"

Hah amek ko setepek. Kan dah kene. Orang cerita buat deek aje.

Tapi hari ni masa bawak moto ade orang bagi lampu. Hehe ok dah tau ade roadblock, jalan sikit intai, ah betul, roadblock!! Maka pusing lah sebab lesen moto tadaakkk maaa....

Tergelak sorang2 atas moto. Hahaha..

K bai.

JODOH, HOI!




Allah tak kata.
Jodoh doktor dengan doktor.
Jodoh ustaz dengan ustazah.
Jodoh engineer dengan engineer.
Jodoh orang sihat dengan orang sihat saja.

Tapi Allah beri jodoh bersesuaian dengan kemampuan kita, saling melengkapi, menjaga, memudahkan dan membentuk ke arah yang lebih baik.

Itulah jodoh namanya

-H.A.-

Tiada sahabatmu yang sempurna. Bukankah dirimu begitu juga?

Tiada sahabatmu yang sempurna.
Bukankah dirimu begitu juga?

Siapa yang sedang membenci sahabatnya kerana satu kelemahan, dia mungkin terlupa tentang kelemahan dirinya sendiri yang tidak terkira.

Maafkanlah dan ceriakan hari dengan bersahabat

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma : Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin : Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur : Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu : Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) : Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu : Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan : Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun : Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima : Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air : Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.



JUST SHARING :)

MUHAMMAD ZAFRILL PUTRA



1.1.2014. Genap 2 bulan dah baby Putra. Huihui.. stonecold, (setongkol)

Auuw seksi. Nampak pusat. Nak tunjuk body ketak2 ada 6 petak. Hihihi..



ummi harap putra sihat selalu. 

Ketawa itu seronok tapi jangan seronok mentertawakan orang lain Menangis itu melepaskan pendam tapi jangan lepaskan pendam untuk orang lain menangis.


Reminder. 

May Allah bless us

Ketawa itu seronok tapi jangan seronok mentertawakan orang lain

Menangis itu melepaskan pendam tapi jangan lepaskan pendam untuk orang lain menangis.



Pejamkan Mata, Diam Seketika.


Dalam bahagia,
kekadang ALLAH menyisipkan SEDIH dan DUKA..
Agar kita tahu bahawa ada hikmah di sebalik titisan air mata..

Dalam impian,
kekadang ALLAH iringkan HALANGAN dan TIDAK DIMAKBULKAN DOA..
Agar kita mengenal Allah Maha Berkuasa bukannya manusia..

Dalam harapan,
kekadang ALLAH menyelipkan RESAH dan GELISAH kedalam jiwa..
Agar kita sedar untuk mengiringinya dengan doa segenap pasrah hanya kepadaNya..

Dalam perjuangan,
kekadang ALLAH meletakkan LELAH dan KALAH..
Agar kita ingat betapa mahalnya harga istiqamah..




BEGITULAH INDAHNYA PERANCANGAN DAN KETENTUAN ALLAH.. SEMATA_MATA UNTUK KEBAIKAN HAMBA-HAMBANYA..

Meskipun buruk pada pandangan kita,
namun hakikat ia adalah terbaik untuk kita sebenarnya..

Tiada siapa yang inginkan susah dan derita,
namun hakikat Allah Maha Mengetahui kenapa ia harus terjadi keatas diri kita..
Itulah tanda kasih sayangNya kepada kita,
kerana dari ramai yang terleka dengan kesenangan dunia,
Dia memilih dirimu untuk merasai rahmat kasih sayangNya.. SubhanAllah..:').



Gedik Itu Kau.








Ni tabiat yang gedik ye kengkawan.

Baru nak solat ye mari duk atas sejadah. Siap boleh guling-guling golek-golek lagi. Ingat tilam ke hape?

Lagi parah bila time duk tahayat dia duk atas riba, angkat jari telunjuk dia gigit pulak jari kita.


Penah sekali time nak sujud tiba-tiba 'jembalang' ni muncul duk tengah2 sejadah tu. Kita pun sujud jelah. 'Jahat' punya 'jembalang' dia cakau pulak kepala kita. 

Hape dia ingat kita nak main dengan dia ke?

Weekklalakalalatata.. . tak hingin. 


Sakit pulak hati kita ni. 





Engkau Insan Sempurna




Engkau Insan Sempurna 
HIJJAZ


Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan (ke) Syurga

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana

Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta

Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku

Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela

Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang
Insan sempurna berjasa
Selayaknya engkau dikasihi dicinta
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa

PerancanganMU paling sempurna.

Allah tunjukkan kasih sayang dengan cara yang kadang-kadang kita susah nak faham.

Tapi dengan masa yang berjalan. Perlahan-lahan kita akan nampak segalanya diatur dengan penuh kesempurnaan.

Tidak ada cacat cela dalam ciptaan dan aturan Tuhan..

Moga Allah Redha ^^

G - Day.

Tiada istimewa mana dengan segulung ijazah andai ilmu agama entah ke mana.

G day On 9 November 2013

 pesan hati "rezeki semua di tangan Allah, dah grad tu jangan mengharap nak gaji tinggi terus, berusaha dari bawah"




Teman dunia akhirat.

Saat kita dihina, lalu kita bersabar menghadapinya. Saat itu pula ALLAH sedang memuliakan dan mengangkat darjat kita. Dan allah Hadirnya seorang insan yang begitu sabar menadah telinga.

Kemarahan mampu membuat seseorang menjadi buta. Buta dalam memandang.

Kemarahan mampu membuat seseorang menjadi kacau. Kacau dalam berfikir.

Kemarahan mampu membuat seseorang menjadi lupa. Lupa dalam kebaikan..

Kemarahan mampu membuat seseorang menjadi terlena. Terlena dalam amarah.

Kemarahan mampu membuat seseorang menjadi hina. Hina dalam perbuatan.

Kemarahan boleh membuat seseorang menjadi buruk. Buruk dalam sangkaan.


Tapi dengan hadirnya sahabat yang Allah hadiahkan. ALLAH melembutkan hati kita dan di jauhkan dari sifat-sifat pemarah.

# Syukur pada illahi di kurniakan sahabat yang sabar dengan diri ini. Dia lah teman ku dunia akhirat.


Takdir itu, Di hujung Usaha

Jari-jemari mempelawa aku ke papan keyboard. ada sesuatu yang menyinggah. Sejenak aku cuba menyendiri dan berfikir, mengapa kegelisahan ini tak pernah berakhir. Setiap masalah selalu membuat diri resah setiap detik, setiap jam membuat hati tidak tenteram.

Semakin lama berfikir, aku sedar bahawa setiap manusia harus berani diuji dan ujian hidup bukan untuk kita hindari tapi dihadapi dengan sabar dan kelapangan hati.

Sesaat Aku merenung dan berupaya memahami mengapa rasa malas begitu menyeksa diri ini. Seandainya rasa itu tidak diciptakan ilahi rabbi mungkin Aku boleh. Seperti malaikat yang berdzikir tanpa henti

Aku yakin begitu banyak hikmah dari setiap kejadian. Terkadang hanya manusia yang tidak boleh mengambil pengajaran. Hidup selayaknya di tempatkan dimana manusia selalu diuji Keimanannya sehingga Allah mengetahui seberapa baik amal Ibadah hamba-hambaNya

Moga Allah membimbing kita menuju hidayahNYA yang Allah berikan kepada orang-orang yang cinta kepadaNYA, mereka yang beribadah agar mendapat rahmat & ampunanNYA.

Ya, aKu percaya bahwa Allah tidak memberi petunjuk kepada manusia yang selalu mengikuti langkah-langkah syaitan yang terkutuk

Moga Allah beri kita sebuah hati yang penuh dengan CINTA kepadaNYA yang boleh merasakan manisnya beribadah & Iman kepadaNYA, anugerahkan kepada kita umur yang panjang & penuh berkah agar kita boleh beramal & berbekal sebelum kita datang menghadapNYA




Ya Allah, Bimbinglah Kami..

Hanya '20 sen'. -_-




Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...

Kita bising sebab janji tak serupa bikin.

Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.

Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,

jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.

Mereka tak ada slip gaji. Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?

Hanya 20 sen?

Itu pun nak bising?

Kerja lah lebih kuat lagi?

Beribadatlah lebih lagi?

Untuk dimurahkan rezeki?


Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.


Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.

Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.


-Eddie_John.

Aku Terima Nikahnya - Imarahkan Masjidmu Lillahitaala.

SubhanAllah.


Seronoknya melihat pasangan yang di nikahkan. Saat di ijab qabul dan di lafazkan kata akad "aku tetima nikahnya..", bukan saja pengantin yang mengalirkan airmatanya, malah diri sendiri pun akan menangis saat akad ijab dan qabul. Sedih kerana diri ini masih belum mampu. Masih belum mampu dari segala segi terutama ilmu agama.

Nak 'membina masjid' itu memang mudah. Tapi nak 'mengimarah' kannya itu tak semudah yang disangka.

Ibarat menulis lagi mudah dari berkata-kata. Tapi berkata-kata tak semudah praktikalnya. Perlunya berlandaskan ilmu agama dan akhlak yang baik. Kalau semata-mata kerana nafsu, memang boleh 'balik awal'". Maka Perlu ada persediaan dalam semua perkara.

Setelah bernikah, banyak lagi yang perlu di fikir. Dulu dosa mak ayah tanggung, diri sendiri tanggung. Dah bernikah, suami tanggung. Tanggungjawap di pikul bersama. Perlu bersedia dalam semua benda. Rohani dan jasmani. Zahir dan batin.

Tapi kadang manusia ini lupa dan terlalu leka akan keseronokan bernikah sehingga lupa apa tujuan menikah. Menikah juga satu medium yang boleh menambahbaikkan akhlak dan nilai ihsan dalam diri suami/isteri.


Bernikah itu ibadah, cuma perlu di ingat bahawa menikah bukanlah puncak prestasi yang patut kita bangga-banggakan, janganlah sampai kita merasa diri lebih baik dari orang lain kerana kita sudah bernikah.

Marilah kita berlindung pada Allah dari tipu daya syaitan seperti ini.

Kerana sepatutnya pernikahan itu menjadi sebuah madrasah, media dakwah dan tarbiyah. Menjadikan kita semakin merasakan Kebesaran Allah, menjadikan tumbuhnya cinta dan kasih sayang semakin menjauhkannya dari hubbud dunia, membuat kita semakin mengerti akan kegelisahan saudara kita,Sehingga keberkahannya akan bergema pada orang-orang di sekitarnya. SubhanAllah. (n_n)




“Menikah, adalah fitrah, merupakan ibadah tempat menuai berkah”




Raise Hand & Pray For Egypt (T_T)

Buat sekalian saudaraku di Mesir.

Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata-kata;
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.

Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang;
Kamu berhimpun menuntut keadilan dengan Al-Quran sebagai 'pedang'.

Ketika kami marah akan kecederaan Messi;
Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.

Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona;
Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.




Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah;
Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.

Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat;
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.

Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal;
Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.

Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah;
Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.

Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah;
Kamu di sana menentang hujah ulama' yang punah.



Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua;
Muslimah kamu meyokong suami dan anak menuntut keadilan samada muda atau tua.

Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan ratu cantik;
Ulama' kamu berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib, lebih baik dari beri'tikaf di masjid tanpa pengaruh politik.

Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.

Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit;
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.

Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa;
Kamu berjuang berhabis keringat, wang, makanan, dan nyawa.


Kamu menggunakan kesemua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut keadilan pelbagai cara;
Sedangkan kami ingin menekan 'share' akan nukilan ini pun masih berkira-kira.

Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana; Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.

Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.



Copy-Paste.





Mawar Berduri dengan Pohonnya

"Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar"



Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"

Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."

Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."

Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"

Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik lite yang ketiga setelah balai polis tu."

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"

Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."

Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."

Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.

Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.

Suami: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"

Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."

Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"

Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."

Suami: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)

Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.

Pemuda: "Terima kasih, abah."

Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"

Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."

Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."

Pemuda dan abahnya ketawa bersama.

Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah.
Segalanya mungkin.

Dengan iman dan keyakinan tinggi pada Allah.








ALLAH ITU MAHA ADIL <3


Perempuan.. Di uji DI dunia.


kena pakai tudung, kena pakai stokin, dalam maksud lain, kena tutup aurat dengan sempurna. Lagi dasyat, kena banyak fitnah. kena taat perintah suami ( ini selalu tak ambil kisah, padahal kunci syurga), kena menjaga maruah diri, dan tak boleh berlebihan dalam berhias,,


sabar + redha = InsyaAllah syurga menanti.


Lelaki di beri kemudahan di dunia.

tak payah pakai tudung, tak payah pakai stokin, aurat senang di jaga, tak risau dengan fitnah, dan mudah nak buat apa saja,

tapi.

Tanggung dosa diri sendiri, dosa isteri, dosa anak-anak, dosa tangungjawab yang tak di buat, dosa tak beri nafkah, dosa tak menjaga pandangan, dosa adik-adik,

sabar + redha belum cukup kerana lelaki akan ditanya tanggngjawab mereka di buat atau tidak di dunia ??

kalau melakukan tanggungjawab dengan baik = insyAllah syurga menanti

Allah itu MAHA ADIL.

lelaki dan perempuan masing-masing ada kelebihan. Janganlah kita merungut dan tidak redha atas apa yg dah ditentukan oleh kita. Apa yang di suruh, itulah yang terbaik buat kita yang Allah ciptakan. Alhamdulillah, syukur


Dan Moga ALLAH redha :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget