.:: Followers ::.

.::Recent Visitors::.

BILA ANDA MENGHADAPI KESULITAN MOHONLAH KEPADA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

bismillah..

Apabila semua jalan terasa buntu oleh anda maka fikirkanlah janji yang ada dalam Alam Nasyrah

(surah Al-insyirah)


Ibnu al-jauzi berkata: sesuatu urusan menghimpitku membuatku cemas dan gelisah berlarut-larutan, aku terus berfikir mencari jalan penyelesaian dari kecelaruan itu dengan berbagai cara dan usaha.

Tetapi aku tidak menemukan satu penyelesaian pun untuk keluar darinya, hingga ada sebuah ayat yang menawarkan kepadaku, ayat itu adalah :

"Waman yatta killaha yaj’allahu mahraja"



“…… dan sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH ( dengan mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA), nescaya allah akan mengadakan baginya alan keluar ( dari segala perkara yang menyusahkan)

Surah ath-thalaq : ayat 2 

Setelah itu aku sedar bahawa ketaqwaan adalah jalan keluar daripada kebingungan, itu sebabnya aku berusaha meningkatkan ketaqwaanku, maka aku pun menemukan jalan keluarnya.

Menurut hemat saya, taqwa menurut orang yang berakal merupakan penyebab segala kebaikan. Tidaklah sekali-kali terjadi seksaan, melainkan kerana dosa; dan tidaklah sekali-kali seksaan di hilangkan, melainkan kerana taubat. Kekeruhan, kesedihan, dan kesengsaraan, tiada lain merupakan balasan dari pelbagai perbuatan yang telahku lakukan, seperti sambil lewa dalam mengerjakan solat, mengumpat wanita muslimah, meremehkan hijab, atau melakukan perkara yang di haramkan.

Sesungguhnya orang yang menentang jalan ALLAH mesti membayar harga penentangannya itu dan menutupi nota kealpaannya dengan melakukan ketaatan. Yang menciptakan kebahagiaan itu adalah ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bagaimana anda memohon kebahagian dari selain ALLAH? Seandainya setiap orang memiliki ketaatan, maka di bumi ini tidak akan tersisa lagi orang yang sedih dan sengsara..

Adaptasi : La tahzan. ( jangan bersedih )

Cita-citaku adalah menjadi muslimah yang cantik, baik dan solehah...

Cita-citaku adalah menjadi muslimah yang cantik, baik dan solehah.

 pertama solehah untuk Allah SWT, kedua untuk suamiku tercinta, ketiga untuk keluarga besarku dan saudara-saudara seagamaku....

Untuk menjadi muslimah yang seperti itu aku memerlukan perjuangan yang berat dan panjang.. tapi dengan keyakinan, dorongan dan semangat besar aku pasti mampu menjadi muslimah yang solehah.. seperti yang dikemukakan Ustad Ali Nuh dalam tausiyah Fiqih Nikahnya, yang mengatakan " didunia ini memang tidak ada wanita sempurna tapi banyak wanita yang mendekati sempurna"..

Kata-kata inilah yang selalu mendorong dan terngiang dalam kepalaku bahwa walaupun aku tidak cantik, tidak memiliki fizikal yang menarik, tetapi aku hanya menginginkan perbaiki akhlak menjadi akhlak yang solehah yang didampa oleh calon suamiku tercinta dan Allah SWT tentunya..

Fursan - Keinsafan Diri | lirik




KEINSAFAN DIRI


DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI


BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA


BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI


KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU


CHORUS….


KU TETAP SETIA
PADAMU OH TUHANKU
AKAN KU PATUHI SEGALA
SURUHANMU


AKAN KU JAUHI
SEGALA LARANGANMU
ITULAH TANDA CINTA
CINTA ILAHI

sucikah hati kita?..

bismillah..
Keluhuran hati itu sesuci dan sebening air
ia tidak berkeladak, mutlak, sucinya menyucikan..
Memiliki kemurnian hati seperti mengintai cerlang mentari di balik jujuhan hujan musim tengkujuh.


Bila didatangi si fakir..
kau menghulur tangan..
namun hatimu
dikunjungi riak..
ditandangi ‘ujub..
lihatlah, aku seorang dermawan!

Saat kau dihampiri temanmu
yang diserkup segumpal susah..
riak bertandang diam,
berbisik tak sudah;
bantu dia, kau akan dipandang mulia!
‘ujub berganti datang..
mengusap hati tak lelah;
aku budiman dermawan!
terusanlah kau,
dihanyut ampu si riak..
dibuai pujuk si ‘ujub.


Kau pandang sepi
terpaan hakikat yang melontar hikmat;
kau tak punya apa-apa..
pada harta
pada apa pun
kau hanya hamba
yang berkongsi milik-Nya
kau sekadar ‘pengagih’
hak kepunyaan DIA..

Bukalah pintu sedarmu,
biarkan semilir tawaduk..
bertamu di perdu hati
membersihkan habuk riak juga debu ‘ujub
yang terselit kotor
pada sekeping hati kehambaan..

nauzubillah.. 

Allahummarhamna bil Qur’an



bismillah..

Masa berzikir dan bersolat secara beramai2 di Surau sekolah satu ketika dulu..saya mula terbiasa mengamalkan selepas ngaji bersama dengan kengkawan. Kebiasaan yang berupa amalan itu alhamdulillah dapat terus bertahan sehingga kini.

Amalan membaca selepas mengaji quran amat lah baik kalu kita dapat amalkan..sesudah membaca Quran kita mohon dan berdoa ke hadrat Allah Taala..Mohon agar Allah beri kelapangan dada menerima ilmu serta mohon hidayah dan petunjuk pada kita yang sentiasa berharap semata-mata hanya kepada-Nya.


bismillahirrahmanirahim..

Allah turunkan rahmat Qur’an
jadikan Qur’an cahaya, petunjuk kebenaran
Allah ingatkan kami semua yang kami lalai, berikan ilmu yang bermanfaat
jadikan Qur’an bacaan yang kami cinta di malam dan siang
jadikan Qur’an penerang
Yaaa Robbal ‘alamin…

Oh Allah bless us with Al Qur’an
Make it our leader, our light, our guide, and blessing
Allah remind us of what we forget and teach us what we don’t know
Oh my beloved Allah
Do Al Qur’an as our reading all night and all day (all night and all day)
Make Al Qur’an our foundation
Yaaa Robbal ‘alamin…

Allahummarhamna bil Qur’an
Waj’alhulana imama wa nurra wa huda wa rahmah
Allahumma dzakkirna min huma nasiina wa alimna min huma jahilna
Warzuqna tilawattahu aana al laili wa athrafannahar
Waj’alhu lana hujjatan

Yaaa Robbal ‘alamin…

doa ini sering sahaja kita baca selepas membaca Al Quran terutama dalam bentuk kumpulan halaqah...namun tanpa kita sedari maksud doa ini,ia juga boleh dipakai dalam doa harian kita selepas solat fardu...maksudnya  sangat memberi makna kepada kita dalam memohon bantuan daripada Allah...
jadi harapnya,kita hayatilah bersama maksud doa yang kita selalu baca ini dengan hati yang penuh keikhlasan...hanya mencari keredhaan Nya...

Rahsia Hati..

Sekeping hati..
Mampu mengungkap sejuta rasa..
Mampu menyimpan sejuta rahsia...
Hati membuat manusia gembira ..
Hati membuat manusia terseksa..
Kerana hati jiwa merana ..

Rasa hati ..
Perlukah diri memendam rasa..
Patutkah rasa menjadi rahasia ..
Wajarkah wajah memancarkan rasa..
Wajarkah mata membiaskan rahsia..

Rahsia hati..
Relakah diri meluapkannya..
Untuk melebur dalam suka dan duka..
Atau tegakah diri membiarkan rasa..
Akankah terus menerus menjadi rahasia?

Dan ...
Semua akan menjadi mudah ......
Semua akan menjadi indah ......
Semua akan menjadi bererti .....
Bila dilakukan dengan hati .....

Dunia adalah Ladang Akhirat



adakalanya dunia di rasa seperti syurga.. sejuk, tenang, aman dan damai..
adakala dunia di rasakan seperti neraka.. panas, huru-hara dan menjengkelkan..
adakala dunia di rasa tiada erti.. kosong, kebingungan, ketandusan..

semuanya ketentuaan ALLAH,
selagimana IMANnya ada,kukuh,tetap, teguh dan istiqamah, ia bagaikan syurga illahi..
jika IMANnya naik dan turun, kadangkala beramal, bertaubat, dan kemudian ingkar lagi, ianya bagai tiada erti..

Bagaimana pula dengan yang Tiada IMANnya?

melakukan yang di larang, membiarkan kejahilan, persetankan kebaikan, maka..duniamu ibarat syurga sementara  dan neraka selamanya..
dunia dan akhirat sering di lupakan
sedangkan dunia adalah untuk akhirat

sedekah di dunia pahalanya untuk akhirat..
sabar di dunia pahalanya untuk akhirat..
cekal di dunia pahalanya untuk akhirat..
perit di dunia pahalanya untuk akhirat..
AMALAN DI DUNIA MEMBAWA KE AKHIRAT

manusia senantiasa menantikan ganjaran hebat
"durian runtuh, harga potongan, lelong"
berpusu-pusu lah kalian..
kenapa tidak kalian mengejar ganjaran 'istimewa'?
'durian runtuh' untuk ibadat..
;potongan' dosa bagi yang bertaubat..
'lelong' pahala bagi yang beribadat..
seringan-ringan ibadat,
niatlah mandi sebagai ibadat,
niatlah makan sebagai ibadat,
niatlah tidur sebagai ibadat,
PAHALA GANJARANNYA

manusia memang senantiasa menantikan ganjaran.. ganjaran dunia atau akhirat?
..lumrah dunia..lumrah manusia..lumrah kehidupan..
KETAHUILAH BAHAWA DUNIA ADALAH LADANG AKHIRAT..

duhai hati..INSAFLAH..

Bismillah.. 

Ku lakar isi hatiku dengan air mata
Ku lakari ia pada langit kehambaan
Tiada kata yang dapat ku lafazkan
Hanya titis air mata bicara segalanya

menangis..
teringat suatu ketika
Laut keimanan ku tergugat
Tatkala dihempas badai godaan dunia
Hampir aku hanyut dibawa arus
Lantas Kau hulurkan tali hidayahMu

Menangis lagi…..
Mengenang cinta yang belum utuh untukMu
Tapi masih mencari-cari cinta dunia
Hati yang dahagakan kasih sayang
Tapi bukan pada RABBnya
Tersungkur kembali pada teguhnya akar nafsu

Menangis lagi…
Menangis dan terus menangis
Hanya air mata menjadi pena….


Sayang Sahabat


Ya Allah ,
hari ini aku gembira ,
mungkin esok aku akan menagis..
lusa tulat dan akan datang mingkin aku akan bahagia..
bahagia yang aku cari rupanya lagi pahit daripada melihat orang lain bahagia..
Aku akui aku sangat bahagia dan gembira punya kawan yg sentiasa setia di sisi tapi aku takut aku akan membuat mereka terluka..
jika aku mampu membahagiakan mereka, setiap hari aku mahu melihat mereka tersenyum gembira..
Persahabatan adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.” 

sahabat..
hari ini aku menangis sendirian..
kerana mengenangkan hari-hari yang mendatang..
mengenangkan hari-hari ku tanpa mu sahabat..
ya Allah..
Sungguh luar biasa apa yang telah kami lalui bersama
Inikah pemberian tak ternilai dari Sang Kuasa?
Yang sering kali tak pernah kita syukuri adanya
mereka yang mengisi hariku
Mendengarkan keluh kesahku
Kami saling berbagi cerita suka dan duka
Kami saling membantu dan memberi semangat dalam berbagai cubaaan hidup


Ya Allah…
Lindungilah mereka yang kucinta.
Biarkan persahabatan kami kekal abadi

Buat Ibunda & Ayahda

Bismillah..
walaupun lagu ini di ulang berkali-kali, ia tetap terpahat di hati, dan memberi keinsafan tentang dosa-dosa lalu terhadap ibu dan ayah yang banyak berbakti kepada kita..
Ya ALLAH, adakah aku seorang anak yang solehah untuk kedua ibu bapaku dan juga ALLAH?
tak terbalas budi dan jasa mereka...
Ya Allah, kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil..
ampunkan segala ketelanjuran anakmu ini maa... paa...

Kasih ibu dan ayah terhadap kita sememangnya tiada penghujung walaupun mungkin kita menyakiti hati mereka mungkin dengan sengaja atau tidak sengaja...
Kembalikan dan kenangkan ketika kita masih kecil,saat ibu mendengar kita menangis,dia bersegera memenuhi permintaan kita seperti menyusu,memberi makan dan membasuh berak kencing.Jarang-jarang didapati seorang ibu yang sengaja melewatkan hajat anaknya selagi ia mampu melaksanakannya...
Malah,sehingga kita dewasa pun mereka tidak rasa terbeban utuk memenuhi permintaan kita...

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku...

Sabda Nabi SAW:bermaksud:
"Apabila seseorang anak yang soleh melihat ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang.Allah menuliskannya pahala haji mabrur."
(Riwayat al-Baihaqi)

sama-sama hayati..





Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Memahamai Maksud MasyaALLAH

Assalamualaikum .
Kebanyakan antara kita di sering menggunakan perkataan "MasyaAllah" dlm percakapan seharian . Biasanya kita akan melafaskan perkataan tersebut apabila melihat sesuatu yang buruk atau tidak enak dipandang . Seperti kita memarahi anak kita yang melakukan kenakalan , atau melihat kemalangan .

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG . Kita sepatutnya menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Kita juga sepatutnya melafaskan ucapan tersebut untuk menggambarkan anak yang cerdik , sebagai contoh , "Nur Aqilah is a good girl , Masya Allah . " Kalimah tersebut adalah untuk melahirkan rasa teruja atau gembira . Bukan untuk sesuatu yang tidak elok .

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).


p/s: Sama - samalah kita menegur kesilapan yang amat penting untuk kita semua tau dan perbaiki . Wallahualam .



7 types of men

Do not marry 7 types of men:


1. A man that can not provide for you.
2. A man that is not Muslim.
3. A man that does not pray.
4. A man that is not capable of loving you.
5. A man that is not a man.
6. A man whose character and deen do not please you.
7. A man who does not love you for the sake of Allah, rather loves to show you off and for you to reveal your beauty to other men..

Kejamnya Manusia


Bismillah…

Entah hinaan apa yang mesti diucapkan ketika saya melihat berita penyiksaan…zalim..kejam..
Dimanakah nilai kemanusian kita?

Allah telah berfirman dalam An-Nisa ayat 93

"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja makan balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azam seksa yang besar”

Manusia makin zalim, kian hilang kewarasan. bila kita makin maju, kita akan makin hilang peradaban.

Kisah terbaru? Bayi 23 hari diliwat bapa 

Adakah harga nyawa dan maruah manusia makin hilang nilainya?..

Bagaimana seorang ayah yang sepatutnya, menyayangi anak-anak mereka dengan kasih sayang dan menjadi pelindung sehingga mereka menikah dengan seorang, sanggup meliwat zuriat mereka sendiri? Manusia ini boleh di ibaratkan lebih buas dari binatang buas, dan tidak berakal mengalahkan segala haiwan...

manusia skrg hanya memikirkan dunia sahaja.. keseronokan..kesenagan.kemewahan....
dah tak menghargai kehidupan dan diri sendiri.. kesalahan apa yang di letakkan pada bayi itu? ..

manusia itu ada kebaikan dan ada keburuknya. Semua hidupan yang bergelar manusia ini ada kelemahannya dan seperti mana yang anda ketahui hanya Nabi Muhammad S.A.W kita sahaja yang sempurna di muka bumi ini...

Cuba anda bayangkan manusia yang baik dan melakukan perkara baik bukan senang nak diingati, berbanding manusia yang melakukan kejahatan, keburukan dan kezaliman yang lebih mudah diingati dan dibenci oleh manusia sendiri walhal haiwan juga pandai untuk menyukai manusia atau tidak menyukainya...

Zalim dari segi konteks Islamnya bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya dan sudah tentu lawan kepada sifatnya ialah “adil”.

Zalim ini dibahagikan kepada 3 golongan iaitu:-

• Zalim pada diri sendiri

• Zalim kepada orang lain

• Zalim pada diri sendiri serta menzalimi orang lain

manusia makin kejam .. cinta manusia tak kenal darah daging, ..cinta manusia hanya kenal nafsu
hidup manusia tidak pernah menghargai ..hidup manusia hanya penting diri sendiri lihat sahaja kemusnahan dunia ini. Lihat dari mata hati... 

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama orang-orang yang zalim.

Ya tuhanku, jika Engkau sungguh-sungguh hendak memperlihatkan kepadaku azab yang diancamkan kepada mereka,maka janganlah Engkau jadikan aku berada diantara orang-orang yang zalim... aamiin..

KISAH NABI ISMAIL a.s.

KISAH NABI ISMAIL a.s.


Ismail berusia belia ketika memulai perjalanannya menuju Allah s.w.t. Ibunya membawanya dan menidurkannya di atas tanah, yaitu tempat yang sekarang kita kenal dengan nama telaga zamzam dalam Ka'bah. Saat itu tempat yang dihuninya sangat tandus dan belum terdapat telaga yang memancar dari bawah kakinya. Tidak ada di sana setitis air pun. Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya, Hajar, bersama anaknya yang kecil. "Wahai Ibrahim ke mana engkau hendak pergi dan membiarkan kami di lembah yang kering ini?" Kata Hajar. "Wahai Ibrahim di mana engkau akan pergi dan membiarkan kami? Wahai Ibrahim ke mana engkau akan pergi?" Si ibu mengulang-ulang apa yang dikatakannya. Sedangkan Nabi Ibrahim diam dan tidak menjawab. Kita tidak mengetahui secara pasti bagaimana perasaan Nabi Ibrahim saat meninggalkan mereka berdua di suatu lembah yang tidak ada di alamnya tumbuh-tumbuhan dan minuman. Namun Allah s.w.t telah memerintahkannya untuk tinggal di lembah itu. Dengan lapang dada Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah s.w.t.


Dalam kisah-kisah israiliyat (kisah-kisah palsu yang dibuat oleh Bani Israil) disebutkan bahawa isteri pertamanya, Sarah, tampak cemburu pada Hajar, isteri keduanya, sehingga kerananya Nabi Ibrahim harus menjauhkannya beserta anaknya. Kami percaya bahawa kisah ini palsu dan penuh dengan kebohongan. Jika kita mengamati keperibadian Nabi Ibrahim, maka kita mengetahui bahawa beliau tidak akan mendapat perintah dari seorang pun selain Allah s.w.t.



‎10 Rules To A Better Life insyaALLAH!



♥ Never hate, purify your heart.
♥ Don't worry, rely on Allah.
♥ Live simply, life will be easy insyaALLAH!
♥ Expect a little, be happy with whatever you got, say ALHAMDULILLAH!
♥ More you give, more you get, you will be blessed insyaALLAH!
♥ Always smile, smile is a charity, others will feel happy when with you.
♥ Live with love, love others for the sake of Allah.
♥ More you Pray, the more you will get blessed.
♥ Share your knowledge, even if you know one verse from the Quran.
♥ Remember Allah often, your heart will find the rest.

insyaALLAH..

Dengan Kuasa mu




credit to : muhamad hanapi

Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta

mawaddah- Sumayyah



Sejarah mu dikenang sepanjang zaman
Kau berkorban jiwa untuk cinta Agungmu
Kekuatan iman menjadi tauladan
Tuhanlah segala-galanya
Kecintaanmu pada Allah menguatkan diri mulia
Sumayyah

Engkau sanggup mengorbankan nyawa
Untuk agama islam tercinta
Beruntunglah kami kerana memiliki serikandi sepertimu
Pada jasad lahir kau hamba manusia tapi hatimu hamba pada Tuhan
Kerana itulah jiwamu bebas merdeka
Walau jasadmu diseksa
Jiwamu bebas dari cinta dunia dan takut mati
Kaulah serikandi

Pengorbananmu bermakna
Untuk kebangkitan islam
Generasi penerusmu
Menjelajah seluruh dunia
Hingga kami beriman pada Tuhan
Hasil dakwah dari mereka
Pengorbananmu mendidik manusia
Hasil cinta Tuhan dan kasih sesama
Mengorbankan diri demi keimanan
Dan keselamatan seluruh manusia
Semoga kami dapat cintakan Tuhan lebih dari yang lainnya
Semoga kami dapat hidup mulia seperti mu
Wahai Sumayyah

Pengorbananmu bermakna
Untuk kebangkitan islam
Generasi penerusmu
Menjelajah seluruh dunia
Hingga kami beriman pada Tuhan
Hasil dakwah dari mereka
Semoga Allah membalasi jasamu
Dengan syurga yang kekal abadi
Semoga Tuhan sudi menganugerahkan
Kekuatan iman seperti imanmu
Semoga kami dapat cintakan Tuhan lebih dari yang lainnya
Semoga kami dapat hidup mulia seperti mu
Wahai Sumayyah


ALHAMDULILLAH..

bismillah..
Jangan pernah Memohon agar ALLAH menghilangkan Ujian-Nya
Tapi....
Mohonlah agar kita diberi kekuatan untuk menjalaninya....
Kerana selama hayat masih dikandung badan, ujian itu akan selalu ada......
Bahkan letak Kkeimanan,ketakwaan seseorang itu pun akan tampak dari bagaimana ia mghadapi cubaan itu....
Bukankah TUHAN akn slalu menguji mana hamba-hamba-Nya yg benar-benar jihad dijalan-Nya?

Ya Allah,
jadikan kami jiwa-jiwa yg tetap SABAR&TABAH dlm mnjalani segala bentuk Uji-Mu..


10 THINGS ERASE 10 THINGS

 
1. Repentance erases sins

2. Sadness erases life

3. Anger erases brain

4. Sadqa erases hardship

5. Backbiting erases friendship

6. Salah erases Immodesty

7. Good deed erases bad deed

8. Lie erases income

9. Dishonesty erases justice

10. Ego erases good work

Learn from this INSHA'ALLAH! and spread it! jazakAllah!


Because of HIM


BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
...
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Adakah anda masih lagi tidak BERSYUKUR?



It is ALLAH Who puts restfulness into our body, NOT SLEEP.
It is ALLAH Who puts nourishment in our limbs, NOT FOOD.
It is ALLAH Who puts Energy into our living, NOT AIR.
It is ALLAH Who puts Cure into our aches and pains, NOT MEDICINE.
It is ALLAH Who puts Wisdom into our minds, NOT EDUCATION.
It is ALLAH Who puts honor into our reputation, NOT PEOPLE.

Even if we lead unseen lives, we need only ALLAH to have absolutely Everything !!

How blessed I'm to be a Muslim!

I say a simple Salam to some,I’m rewarded.

I smile at someone, I’m rewarded.

I pray in Masjid with Jamaat,I’m rewarded 27 times more than those who pray alone.

I begin anything with Bismillah, that action of mine is rewarded.

I think of doing a good deed,I’m rewarded.

I control my temper,I’m rewarded.

I hold the glass with my right hand while drinking,I’m rewarded.

Alhamdulillah!


Lelaki Menangis

Bismillah..

Siapa kata lelaki tak banyak menangis ?

Tahukah kamu, kaum lelaki sesungguhnya jauh lebih sering "menangis"
Namun mereka menyembunyikan tangisnya di dalam kekuatan akalnya,
Itulah mengapa Tuhan menyebutkan pada lelaki bahawa mereka memiliki dua kali ganda akal seorang wanita,Dan itulah sebabnya mengapa tiada yang kamu lihat melainkan ketabahannya.

lelaki menangis kerana tanggungjawabnya di hadapan Tuhannya,
Ia menjadi tonggak kepada rumah tangga,
Menjadi pengawal Tuhan bagi Ibu, saudara perempuan, istri dan anak-anaknya.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget