.:: Followers ::.

.::Recent Visitors::.



ALLAH ITU MAHA ADIL <3


Perempuan.. Di uji DI dunia.


kena pakai tudung, kena pakai stokin, dalam maksud lain, kena tutup aurat dengan sempurna. Lagi dasyat, kena banyak fitnah. kena taat perintah suami ( ini selalu tak ambil kisah, padahal kunci syurga), kena menjaga maruah diri, dan tak boleh berlebihan dalam berhias,,


sabar + redha = InsyaAllah syurga menanti.


Lelaki di beri kemudahan di dunia.

tak payah pakai tudung, tak payah pakai stokin, aurat senang di jaga, tak risau dengan fitnah, dan mudah nak buat apa saja,

tapi.

Tanggung dosa diri sendiri, dosa isteri, dosa anak-anak, dosa tangungjawab yang tak di buat, dosa tak beri nafkah, dosa tak menjaga pandangan, dosa adik-adik,

sabar + redha belum cukup kerana lelaki akan ditanya tanggngjawab mereka di buat atau tidak di dunia ??

kalau melakukan tanggungjawab dengan baik = insyAllah syurga menanti

Allah itu MAHA ADIL.

lelaki dan perempuan masing-masing ada kelebihan. Janganlah kita merungut dan tidak redha atas apa yg dah ditentukan oleh kita. Apa yang di suruh, itulah yang terbaik buat kita yang Allah ciptakan. Alhamdulillah, syukur


Dan Moga ALLAH redha :)

Sebaik-baik manusia ialah siapa yg banyak memberi manfaat kepada manusia lain.




Sabda Rasulullah s.a.w. :
Sebaik-baik manusia ialah siapa yg banyak memberi manfaat kepada manusia lain.

Kita tidak perlu curiga-mencurigai. Kita juga tidak perlu cemburu mencemburui. Ibarat malam dan siang.

Malam berkata kepada siang, "Aku amat cemburu padamu, kerana kau diterangi oleh Sang Mentari."

Manakala siang pula berkata kepada malam, "Aku amat cemburu padamu kerana kau amat indah dihiasi oleh bintang dan bulan."

Sesungguhnya, mereka...Saling Memerlukan untuk Melengkapkan Satu Pusingan yang Dipanggil Sehari Semalam. Begitulah ibaratnya kita yang perlu saling bekerjasama untuk sama-sama terus memajukan diri.

Terasa? Alhamdulillah, Allah menjentik hati kita ^_~

Kenal Hati & jiwa





Jangan kata suka andai hati itu benci sebenarnya. Jangan kata Nothing kalau ia Everything sebenarnya. Biar terang dan jelas, supaya tidak kelam dan boleh di bilas.

Di beri akal untuk berfikir, bukan dikikir jadi sia-sia. Biar nampak kecik tapi akal besar, jangan badan besar tapi otak kecik. Kita di beri "angka" setiap tahun untuk membesar, di beri akal, just be profesional, dan ambil risiko dengan perkara di otak dan di hati.

Risiko : ikut hati jangan sampai mati, ikut rasa jangan sampai binasa, ikut jiwa jangan sampai lara, ikut masa jangan sampai sia-sia, ikut firasat jangan sampai sesat.

Tak nak ambil risiko jangan buat dan jangan fikir. Got it?

ada apa pada LISAN Yang KASAR?


ASSALAMUALAIKUM

Ucapan kasar itu penyakit menular berbahaya dan tidak mematikan kecuali bagi empunya.

Lisan kasar itu menghilangkan martabat lelaki. Bila itu wanita, maka jauh lebih mengerikan lagi

Lisan bergantung dengan apa yang di fikiir, baca, dan dengar. Bila kasar lisannya sudah pasti bukan Al-Qur'an yang jadi sumber.

Allah berfirman dalam Al-quran. Surah 3 A-li'Imraan ayat 159 

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu."
Kelembutan itu rahmat Allah dan kekasaran itu musibah.

Muslimah bila lembut maka itu adalah tempatnya. Lelaki bila lembut, maka Rasulullah teladannya

Dan hakikatnya, lelaki lembut dan santun itu enggan dan tak mahu mendekati wanita yang berlisan kasar

Keimanan, ketenteraman, bahagia, dan romantik, tidak pernah menyatu dengan lelaki berlisan kasar.

Yang benar akan dianggap salah bila disampaikan secara kasar, maka jadilah lembut dalam menyampaikan yang benar.

Ayatnya Pendek-pendek, namun berharap agar mampu menusuk di Jiwa Insan.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget