.:: Followers ::.

.:Pintaku YaRabb:.

Ya Allah..Ya rabb..
Setiap pagi...Saat mata terbuka melihat dunia.
Hanya senyum terukir.  Kadang lupa mengucap hamdalah.
Astaghfirullahal'adzim. Itu aku.
Yang selalu lupa dan lalai.

Dalam hati berkata.

Aku mau jadi seperti mereka. Yang gigih membawa nama Islam.
Tidak kenal tempat, masa dan waktu. Yang tidak pernah meletakkan definisi 'jemu' dalam ensiklopedia mereka. Aku kagum dan bangga pada mereka..


Ya Allah..Ya rabb.. 

Aku tak meminta mawar indah, kerana kelopaknya akan gugur satu demi satu ...

Aku juga tak meminta sebungkus coklat, kerana kemanisannya akan hilang ketika diriku menghabiskannya ..

Aku tak berharap hadiah bekotak cantik, dibalut pita yang indah, kerana ianya hanya pameran saja ..

Aku pun tak berharap sebotol minyak wangi berjenama, hargaberjuta-juta ringgit, kerana ianya takan mengharumkan akhlaqku yg buruk ...

Aku tak bermimpi, kereta mewah tersusun di depan rumahku kerana ianya takkan boleh menghantarkanku ke syurgaNya ...


Aku tak berharap, kau memberiku bingkai gambar yang indah berhias lukisan bunga, kerana apabila kupasang gambar tercantikku, hanya akan mentertawakankukerana umurku bergerak senja ..

Aku tak ingin apa-apa selain RahmatMu, kerana ada kebahagiaan yang tersemat di sana ..

Menangislah Untuk Syurga AKhirat

Assalamualaikum.. :).
Bismillahirrahmaanirrahiim ..

"Menangis kerana berharap dapat masuk ke dalam Syurga Allah,
maka insya Allah akan mendatangkan doa Syurga kepada Allah
agar memasukkan hamba-Nya tersebut masuk ke dalamnya .. "

Rasulullah SAW bersabda:
"Syurga dan neraka di nampakkan kepadaku, maka aku tidak melihat kebaikan dan keburukan seperti hari ini. Seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui,kamu benar-benar akan sedikit ketawa dan banyak menangis."

Anas bin Malik r.a perawi-hadis ini mengatakan,

"Tidaklah ada satu hari pun yang lebih berat bagi para Sahabat selain hari itu,mereka menutupi kepala mereka sambil menangis teresak-esak." (HR. Muslimno.2359)

Immam Nawawi rahimahullah berkata, "Makna hadis ini, 'aku tidak pernah melihat kebaikan sama sekali melebihi apa yang telah aku lihat di dalam syurga pada hari ini, aku juga tidak melihat keburukan melebihi apa yang telah aku lihat dan mengetahui apa yang telah aku ketahui semua yang aku lihat hari ini dan sebelumnya, sungguh pasti kamu sangat takut, menjadi sedikit tertawa dan banyak menangis. "(Syarh Muslim)

"Menangis kerana ketakutannya akan seksa neraka,
insyaAllah akan mendatangkan doa neraka kepada Allah
agar membebaskan hamba-Nya tersebut masuk di seksa di dalamnya .. "

♥ Menangislah ketika ingat akan dosa kita ..
♥ Menangislah ketika ingat akan kepedihan azab neraka-Nya ..
♥ Menangislah ketika ingat akan keindahan Syurga dan berharap masuk didalamnya ..
♥ Menangislah ketika belum mampu memperbaiki diri dengan optimum ..
♥ Menangislah untuk kebaikan akhiratmu ..

Wallahu'alam bishowab wallahu musta'an ..

mari renungi dan sebarkan hikmah untuk saudara & saudariku al-mahbubah fiellah ..
salam ukhuwwah kerana-Nya ..


.:: Indahnya Hidup Bersyariat ::.


“Awak ambik kos pendidikan Islam...”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya program sains la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)



Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin

via khazinatul asrar

Siapakah Kekasih Yang Tercinta Itu?

Bismillah..
Tiadalah hawa nafsu kecuali selalu menuruti apa yang di biasakan oleh yang bersangkutan. Jika dituruti kemahuannya, ia akan ketagihan dan jika tidak, ia tidak menuntut..


Apakah engkau telah melihat dirimu sendiri dan bertanya, sejauh mana engkau mencintai Rasullullah S.A.W.? Apakah engkau menyedari bahawa bukti cinta tersebut adalah melaksanakan apa yang telah di perintahkan oleh Rasullullah S.A.W. dan meninggalkan apa yang di larangnya?

Perhatikanlah kembali perasaan anda dan arahkanlah perasaan cinta anda, mula-mula ditujukan kepada ALLAH. S.W.T. kemudian kepada orang (Nabi S.A.W), yang telah menyelamatkan kita daripada kesesatan. Ingatlah selalu - bila anda menginginkan kedudukan yang tinggi di dalam syurga- suatu hadis dari Rasullullah S.A.W :

"Seseorang itu akan di himpunkan bersama dengan orang yang di cintainya" ( Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Di antara bukti dan tanda pertama yang membuktikan cinta seseorang kepada Rasullullah S.A.W adalah dengan melakukan segala yang di perintahkan olehnya. Jadi, bagaimana seseorang menganggap dirinya telah menyintai Rasullullah S.A.W sementara dia sendiri melakukan sesuatu yang tidak di perintahkan oleh beliau, tidak mengikuti sunnahnya dan tidak pula mentaati petunjuk yang di bawanya.

dapatkan buku yang bercerita tentang Rasulullah S.A.W dan bacalah. Lihatlah betapa agungnya akhlaknya, betapa lembutnya tutur katanya, betapa lapangnya pintu kemaafannya, betapa besar rasa takutnya kepada ALLAH dan sifat zuhudnya pada dunia. Oleh itu, ubahlah akhlakmu agar serupa dengan akhlak Rasulullah S.A.W..

by : La tahzan

Peringatan buat diri ini dan sahabat

Ada Hikmah di sebalik Kesukaran

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu sebahagian daripada kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terperuk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari ...
Bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita boleh membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu sebahagian daripada penyucian diri ...
Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi




Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang di dalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk memulakan kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari ...
Bahawa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika mewujudkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyedari itu sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya ...
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya


By : Kata-kata Hikmah

Berikan aku Cahaya-Mu

YA AWWAL... YA AAKHIR
Kehidupan bukan bermula dari kelahiran…
Tidak pula berakhir dengan kematian..
Sesungguhnya kehidupan bermula dari kehendak-MU
Dan akan berakhir pada kehendak-MU


Ingin memupuk rinduku dalam ruang tanpa cahaya
Seperti yg Tercinta tafakkur di gua Hira

YA ALLAH,...
jadikanlah di dalam hatiku cahaya,...
dan didalam ucapanku cahaya,...
dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya,...
dan jadikanlah pada penglihatanku cahaya,...
dan jadikanlah dari belakangku cahaya
dan dari depanku cahaya,...
dan jadikanlah dari atasku cahaya,...
dan dari bawahku cahaya, ...
YA ALLAH berikanlah kepadaku cahaya dari cahaya...

aamiin

Allah Rindu Rintihan Kita.. ^____^

Bismillah ..
Sungguh, iman itu tak akan pernah hadir di saat hati menyenangi dunia ..
ia juga tidak akan lahir dari hati yang telah dihiasi dengan keindahan harta ..
tetapi iman itu terbit ketika malam semakin menyingsing waktunya ..
mencari dan tercaci sekeping hati yang mengisi dosa-dosa yang membelenggu diri di saat dahi menyimbah kebumi ..


Sujud ditikar sejadah menjadikan kita insan yang mengakui dosa ...
esakan tangis takkan mengubah sejarah lalu ..
tapi yang pasti, menghimpunkan kesalahan diri pada Dia
yang akan meyakinkan ketaubatan pada-Nya


Allah rindu ..
"Sungguh, Allah rindu pada rintihan hati manusia"
rintihan hati inilah tanda kita hamba yang tak menguasai apa-apa
untuk menghalangi kudrat dan redha-Nya
tak berupaya menepis qada dan qadar-Nya
hanya belas kasihan Allah yang di harapkan dapat menjauhkan diri daripada segala bencana ..
Adakalanya Allah sengaja timpakan ujian berat ke atas hamba-Nya
ketika itu hati si hamba akan merintih walaupun bibir boleh mengukir senyum .. :)
kadang-kadang ujian datang silih berganti
seolah-olah Allah tidak mendengar rintihan hati hamba-Nya ..

sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar hati si hamba,
tanpa ujian, hati tidak ingat Allah dan ia berasa tenteram
hingga hilanglah rasa kehambaan daripada dalam diri
lalu kerana itu, Allah datangkan ujian silih berganti ..
agar rintihan hamba tidak terputus kepada Tuhan-nya ..



Hukama berkata: "Allah lebih suka mendengar rintihan hamba-Nya yang berdosa (termasuk rintihan hati), dari pada seoarang abid yang duduk beribadah."
Rasulullah S.a.w bersabda: "Allah Subhanallahu wa Ta'ala berfirman:" Wahai anak adam, bangunlah kepada-Ku, nescaya Aku akan
berjalan kepada, dan berjalan kepada-Ku nescaya aku akan datang kepada kamu dengan berlari. "(HR. Ahmad)

mari sahabat fillah kita jemput hidayah, taubat, taufik, ilmu, rezeki, dan redha kita oleh-Nya kepada Sang Serba Maha Tuhan kita Allah Azza wa Jalla. Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji, Yang Maha Penyayang lagi Maha Mencintai.. sementara teman yang lain terus sibuk mencari mimpi yang menghijab diri dari "Nur Illahi"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...