.:: Followers ::.

Masjid Qiblatain

Masjid Qiblatain bermaksud masjid 2 kiblat ini menyimpan sejarahnya yang tersendiri kerana di sinilah Rasulullah SAW menerima wahyu dari Allah SWT untuk mengubah arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram dan peristiwa ini berlaku dalam bulan Rejab tahun ke-2 Hijrah

Sebuah peristiwa penting berupa perpindahan arah kiblat dialami Rasulullah SAW dan para sehabat ketika sedang melakukan solat Zohor berjemaah di Masjid Qiblatain. Itulah sebabnya mengapa masjid ini dinamakan Qiblatain yang bererti dua kiblat.

Syahdan ketika Rasulullah SAW sedang melakukan solat Zohor (riwayat lain menyebut solat asar) berjemaah di Masjid Qiblatain, tiba-tiba turun wahyu (Surah al-Bagarah: 144) yang memerintahkan menukar arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Palestin (utara) ke Kaabah di Masjidil haram di Mekah (selatan).



"Sungguh Kami melihat mukamu, menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Al Kitab memangmengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka lakukan ".

Padahal, ketika turun wahyu tersebut solat telah berlangsung dua rakaat. Maka begitu mendengar wahyu tersebut, serta merta Rasulullah SAW dan para sahabat terus memindahkan arah kiblatnya atau memainkan arah 180 darjah. Dan peristiwa perpindahan kiblat itu dilakukan sama sekali tanpa membatalkan solat. Juga tidak dengan mengulangi solat dua rakaat sebelumnya. Ayat itu sendiri adalah ayat yang diturunkan kepada Rasulullah SAW yang telah lama mengharapkan dipindahkannya kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram.

Peristiwa yang berlaku pada bulan Rejab 12 H itulah yang menjadi cikal bakal pemberian nama Masjid Qiblatain yang bererti dua kiblat. Sebelum dinamakan Qiblatain kerana perubahan arah kiblat itu, masjid yang terletak di atas bukit kecil di utara Harrah Wabrah, Madinah, itu bernama Masjid Bani Salamah.


Dekat Masjid Qiblatain ada telaga yang diberi nama Telaga Raumah, sebuah sumber air milik orang Yahudi. Mengingat pentingnya air untuk masjid, maka atas anjuran Rasulullah SAW, Usman bin Affan dan menebus telaga tersebut dengan harga 20 ribu dirham dan menjadikannya sebagai wakaf. Air telaga tersebut sehingga sekarang masih berfungsi untuk bersuci dan mengairi taman di sekeliling masjid, serta keperluan minum penduduk sekitar. Hanya bentuk fizikalnya sudah tidak kelihatan, kerana ditutup dengan tembok.
Dalam perkembangannya, pemulihan Masjid Qiblatain terus-menerus dilakukan, sejak zaman Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah, hingga zaman pemerintahan Arab Saudi sekarang ini. Pada pemulihan-pemulihan terdahulu, tanda kiblat pertama masih jelas kelihatan. Di siu terdapat ayat QS. AlBaqarah: 144, ditambah larangan bagi sesiapa saja yang solat agar tidak menggunakan kiblat lama itu.

Berziarah ke Masjid Qiblatain mengandungi banyak hikmah. Selain ibadah solat wajib dan sunat di sana, jemaah boleh juga memetik ibrah (suri teladan) dari para pejuang Islam tempoh awal (as-sabiqunal awwalun) yang begitu gigih menyebarkan risalah Islamiyah, melaksanakan perintah Allah SWT baik dalam segi ibadah mahdlab (ritual), seperti berjemaah, menukar kiblat, dan menyucikan diri, mahupun dalam segi ibadah ghair mahdlah (sosial) seperti menyisihkan harta untuk kepentingan umat, untuk memulihkan masjid dan lain-lain.

Bila merujuk kepada peristiwa di atas, maka kita perlu memberitahu arah kiblat yang sebenarnya meski kepada orang yang sedang solat. Dan baginya boleh mengubah dan membetulkan arah kedudukan kiblat meski dalam solat, tanpa perlu mengulangi rakaat yang salah arahnya.

sumber : Majalah Travel Club


♥ Embun Penyejuk di Pagi Hari♥

Assalamualaikum 



Di kala diri sejenak bertanya.. Adakah di antara kita selama ini sering membiarkan perasaan marah dan tidak bersyukur kerana belum memperoleh apa yang diharapkan?
... ...
Andaikan ada... Bolehlah kiranya diri menawarkan embun penyejuk bagi jiwa - jiwa nestapa...

Bagaimana jika mulai hari ini kita memilih untuk bersabar, bersikap lapang dada dan mempercayai bahawa Allah akan memberikan keindahan pada waktunya bagi insan yang mulia...

Sabar itu lembut, senap didengar, manis diucapkan dan menyejukkan hati...

Kesabaran itu tanpa batas kerana kalau dibataskan hilanglah kesabaran itu..

Sesungguhnya kesabaran bukan hanya terhadap penderitaan dan ujian, ia lebih dari itu, sabar juga bererti taat dalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan-Nya..

Di kala diri memilih sabar dan syukur sebagai hiasan jiwa, hati ini terasa lebih tenang, denyut jantung lebih teratur dan berfikir lebih jernih, sehingga lambat laun kita mampu menyelesaikan persoalan dengan lebih mudah dan indah... percayalah dan rasakanlah .. Subhanallah...

Memang memiliki jiwa itu sabar tak semudah yang kita kira... Tak semudah kita membalikkan telapak tangan, namun tak ada salahnya kita berusaha...

semoga untaian hikmah ini bermanfaat...

Terjemahan Bacaan Dalam Solat

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum w.b.t. Syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita umat islam untuk mengerjakan ibadat. Alhamdulillah, semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita untuk membuat kebaikan walau sekecil manapun. Mudah-,udahan Allah menerima amal kita. Amin..
Di sini saya ingin berkongsi mengenai terjemahan bacaan solat. Kadang kita terlupa bahawa solat itu satu ibadat dan bukannya adat maka di persetankan akan maksud di sebalik bacaan dalam solat. Mari lah kita sama-sama menghayati dan fahami setiap makna di sebaliknya. Peringatan untuk anda dan juga  untuk diri sendiri yang kadang-kadang terlupa. dan jika terdapay kesilapan, harap dapat ditegur untuk diperbetulkan



Takbiratul-Ihram & Takbir 
Allah Maha Besar. 



Doa Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku, hidupku, matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian



Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.






Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku




Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.





Bacaan ketika Tahiyat Akhir


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah..
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di alam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut


Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


saya sertakan sekali link bagi bacaan-bacaan dalam Solat bagi terjemahan Per Kata

Download file [PDF] :

Kita atau syaitan?

Bismillah.....

ketika khilaf melakukan perbuatan dosa, seringkali syaitan yang dipersalahkan sebagai alibi bagi diri atas perbuatan yang telah dilakukan. namun sesungguhnya tidak sepenuhnya syaitan itu dipersalahkan sebagai penyebab kekhilafan yg telah dibuat.

diri inilah yang seharusnya bermuhasabah, kerana boleh jadi...diri ini sendirilah yang MEMBUKA PELUANG UNTUK SYAITAN MASUK KEDALAM HATI DAN MEMBISIKAN KESESATAN DAN PENYIMPANGAN.

pada dasarnya kadang-kadang syaitan itu hanya menghias sesuatu kemaksiatan agar terlihat menarik dan perananya mungkin hanya 20%. dan diri inilah yang belum mampu menahan GEJOLAK NAFSU DALAM DIRI yang membuat semakin terjerumus dalam dosa, dan boleh jadi mungkin ini memiliki 80% pengaruh pada diri kita untuk berbuat dosa atau khilaf.

tapi yakinlah ampunan Allah sangatlah luas untuk hamba-Nya yang senantiasa bertaubat dan memperbaiki dirinya....

Dari Anas r.a dia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.wi bersabda: Allah Ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapa banyaknya dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku nescaya akan Aku ampuni engkau. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan “



keep Istiqomah sahabat fillah.... ♥ ♥
wallahu ma'ana......wallahul musta'an

FAREAST - SAAT LAFAZ SAKINAH



FAREAST - SAAT LAFAZ SAKINAH
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Sangat berminat dengan lagu ini dan ingin sekali lissa mengetahui maksud di sebalik lagu indah ini.. di mana lagu ini menyimpan sejuta rasa..  alhamdulillah.


Heningnya... Sunyi suasana... Lafaz sakinah bermula


Tiba satu lg saat slps heningnya saat ijabkabul, yakni "Saat Lafaz Sakinah". Satu saat apabila didengar pada namanya begitu indah, bahagia seindah maksud Sakinah iaitu 'ketenangan'. Benar tenang sekiranya yg berjanji pada 'saat' itu benar2 menunaikan janji.


Apa rasa... Diterjemah hanya... Sebak abah tangis ibunda


Saat ini hanya 'rasa' yg mampu menterjemah cerita. Cerita tentang 'rasa' insan yg membesarkan anak perempuannya dgn penuh kasih sayang yakni abah & ibu menyerahkan anaknya kpd seorang lelaki yg masih kabur niatnya, masih kabur 'erti cinta' pada anaknya. Abah yg selama ini menggasak kudratnya utk membesarkan anaknya, yg tidak pernah kita lihat akan tangis susahnya, hari ini, 'saat' ini kenapa mampu kita membaca sebaknya? Ibu sekali lg engkau menangis slps engkau menangis gembira melahirkan anakmu... pada 'saat ini'... "Saat Lafaz Sakinah"

Adalah aku, wali puteriku... Serah kini amanahku ini padamu...


Nafkahilah dia, curah kasih & cinta


Lebih dari yg kuberikan kpdnya


Abah, apa lg yg tidak kau berikan pada anakmu? Apa kurangnya lagi kasih & cintamu? Sedalam mana lagi kasih & cinta lelaki baru itu harus diberikan kpd buah hatimu itu? Jawab abah, engkau harus curahkan kasih & cinta sedalam-dalamnya, kerana aku inginkan rasa percaya puteriku padamu berbunga2... sama saat pertama kali dulu dia percaya padaku & diserahkan jemari kecilnya utk aku memimpinnya & membawanya ke mana-mana.

Dulu esakannya sandar di bahuku... Tangisannya kini ku serah padamu... Bukan bermakna dia bukan milikku...

Fitrahnya perlukanmu

Ingatlah perihal hidup di dunia ini penuh warna, putih dikurnia hitam pasti ada, mudanya di pagi kadang tuanya di senja. Akan tiba masa engkau terima esak & tangisnya.. Janganlah sesekali engkau rasa itu beban bagimu.. Jika dulu semuanya di bahuku.. Tangisnya kini aku serah padamu.. Setialah di sisinya saat itu, kerana selalunya esak & tangisnya tidak lama.. Kemudian dia akan terus membahagiakanmu. Aku serahkan padamu bukan bermakna dia bukan milikku...Dia tetap anak kecilku bagai dulu..namun fitrah hidupnya perlukanmu..

Jadikanlah dia wanita syurga.. Mengerti benar akan maharnya..

Taat itu bukan hanya pada nama.. Indah ia pada maksudnya..



Aku impikan puteriku lisannya, kelembutannya, kesabarannya, kehalusan budinya & keikhlasannya bak wanita syurga. Anakku perlu mengerti akan erti mahar yg diberikan olehmu padanya. Erti mahar itu adalah satu ketaatan. Ketaatan itu janji-Nya adalah syurga.


Ku akur akan pesanmu... Puterimu kini amanahku...

Aku ingat sekali kata2 Imam Al-Ghazali, "Yang paling berat di muka bumi ini adalah amanah". Abah, janjiku ini kelihatan ringkas namun aku faham akan beratnya ia.. Janganlah kau risau & gusar. Akan aku benar-benar memegang amanahmu..

Iringlah dengan doamu... Bahagia kami dari redhamu...

Namun abah, aku pinta darimu doakanlah kami, kerana aku amat yakin redha Allah dalam keluarga baru ini adalah dari redhamu...



p/s : tak mahukah kamu merasakan, getarnya hati saat pertama kali bertentang mata pada hari ijab kabulmu? tak inginkah kamu merasakan, malu dan debarnya pertama kali berjabat tangan dengan seorang lelaki yang telah Allah pilihkan buatmu? maka, sebelum dia halal buatmu, peliharalah dirimu baik-baik. biarkan kamu mengecap manisnya bertentang mata saat setelah terlafaz ijab dan kabul. biarkan kamu merasa debar dan getarnya saat pertama kali tanganmu menyentuh tangannya. setelah dia halal buatmu. setelah kamu yakin dialah yang telah Allah pilihkan buat kamu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...