.:: Followers ::.

.:: Sayang Semua Kerana Allah ::.

Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang.

Seorang sahabat datang kepada saya, dia cantik, menutup aurat, bertudung labuh, sedap mata memandang. Alhamdulillah Allah berikan saya sahabat seperti dia, sabahat yang apabila di pandang, mengingatkan kita pada ALLAh.

Bertanya khabar dan kemudian di tanya:

"Maaf lissa, ana ( bukan nama sebenar) nak tanya, hari tu ana ada ternampak lissa dan rakan-rakan. errk..lissa, kat kelas lissa tak da kawan macam kita? "

"Macam kita? takde la awk, kenapa?"

"oh, patutlah lissa berkawan dengan mereka"

"kenapa ana tanya macam tu?"

" Tak de la lissa, ana macam pelik ja, macam mana lissa boleh rapat sangat, dulu ana ada sahabat, tapi ana jauhkan sedikit, takut lango"

" :) hum, sebab dah lama berkawan, mereka memahami dan mereka berbeza, saya sayangkan mereka. sebab saya berkawan kerana Allah ana, macam saya dengan ana :)".

"Tapi lissa, sahabat yang paling baik adalah, seorang yang apabila kamu pandang padanya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengar cakapnya, pengetahuan kamu mengenai Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat kepada kehidupan akhirat.. (Hadis)"

"ya, betul :).. tapi nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman, dan yang paling penting, percaya. ikhlaskan hati untuk berkawan, maka perasaan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan kasih dan sayang. Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah."

"lissa tak takut terpengaruh ke?"

"Tak. Ini juga bersahabat kerana ALLAH, bila mereka lagho, kita bermuhasabah, bila mereka perlukan nasihat kita tempatnya, bila mereka perlukan petunjuk, kita tunjukkan mereka, dan lissa bukan lah arif sangat ilmu agama, cukuplah buat untuk memberi pandangan dan nasihat "



LISSA SAYANG SEMUA SAHABAT LISSA, DUNIA DAN AKHIRAT. ♥♥♥~

Me, myself, and I, and everything I own belongs to Allah. He has Every Right to take anything He wills away from me. Because I know, the Reward, that I will be given, doesn't even compare to what I'm giving up.. Honestly, ultimately we are all the same. What makes us different is what we see as different.

Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...