.:: Followers ::.

.:: Cara mengelak Fitnah DajjaL, ::.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Diriwayatkan hadith dari Ma'dan b Abi Talhah al-Yakmariyi hadith dari abi Dardak bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hafal sepuluh beberapa ayat dari ayat-ayat awal Surah al-Kahfi, dijaga dia dari kerosakan Dajjal.' Hadith Muslim, Kitab Solat]

Hadis pendek ini menyebutkan bahawa sesiapa yg berjaya menghafal 10 ayat permulaan Surah al-Kahfi itu (dan dia hafal selama-lamanya sehingga mati dia), maka dia dipelihara oleh Allah dari ftinah atau huru hara Dajjal yg akan diwujudkan Allah ketika dunia hampir kiamat. Salah satu tanda akan kiamatnya dunia adalah turunnya seorang makhluk yang disebut Dajjal yang akan bermaharaja lela di dunia sebelum kiamat dunia. Ketibaan Dajjal adalah satu daripada tanda-tanda dunia akan kiamat.

Fitnah Dajjal disebut oleh nabi s.a.w sebagai fitnah yang terbesar akan menimpa manusia. Rasulullah s.a.w pernah bersabda (yang bermaksud) : “Sejak penciptaan Adam sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)

Di dalam riwayat yang lain, Abdullah Ibn Umar ra berkata rasulullah s.a.w bersabda : “Aku sungguh-sungguh berwasiat agar kamu semua berhati-hati terhadapnya. Tidak ada seorang nabi pun yang tidak memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal namun aku akan memberitahu kalian tentang sesuatu yang tidak pernah diberitahu oleh seorang nabi pun sebelumku kepada kaumnya iaitu bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Allah itu tidaklah buta sebelah mata. (Hadis riwayat Bukhari) 




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (Al-Kahfi 18:1)

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (Al-Kahfi 18:2)

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. (Al-Kahfi 18:3)

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak". (Al-Kahfi 18:4)

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (Al-Kahfi 18:5)

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (Al-Kahfi 18:6)

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (Al-Kahfi 18:7)

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (Al-Kahfi 18:8)

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (Al-Kahfi 18:9)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". (Al-Kahfi 18:10)  



Bukan sahaja dihafal tapi kena faham maksud ayat-ayat diatas dan ditunjukan cara bagaimana nak selamat dari fitnah dajjal.

Cara-caranya:


1)Kita mesti berpegang dengan sesungguhnya dengan Quran sebagai petunjuk dari Allah dan jangan menentang walau satu ayat dan dibalas dengan syurga. Sebagaimana pemuda itu mempertahankan tauhidnya pada Allah.

2)Kita mesti mengasingkan diri dari hiruk pikuk masyarakat seperti tidak pergi kemajlis yang melalaikan atau majlis hiburan. Sebagaimana pemuda itu lari ke gua.

3)Kita mesti putuskan segala punca hiburan seperti melalui TV, majalah hiburan kerana inilah saluran besar kerosakan manusia. Sebagaimana pemuda itu memutuskan segala hiburan dgn mengasingkan diri ke gua

4)Kita mesti mohon petunjuk dari Allah atas keselamatan Iman kita sebab taufik dan hidayat hanya kepunyaan Allah seperti dalam ayat yg ke-10.

Itulah maksud menghafal 10 ayat pertama boleh menghindar dari fitnah dajjal.

:: baiknya dari Allah, Kurangnya dari saya ::

No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...