.:: Followers ::.

.:: Jaga Aib ::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih L agi Maha Penyayang ♥

Facebook ibarat diari, suka duka riang tawa cinta sayang benci semua kita update.

orang selalu cakap, "alahai, mende remeh pun nak update ka?".

Sebenarnya itulah realiti,sebab kita dah anggap fesbuk macam diari. Tapi sayangnya, samaada kata-kata itu di zahirkan melaui diari dalam telefon, atas kertas,buku dan sebagainya, ia tetap tidak amanah. Sejauh mana pun diari itu di sorokkan, pasti ada orang yang akan temuinya. Apatah lagi kalau 'diari' facebook, tak payah sorok-sorok dah, kita rasa macam kita bermonolog sendiri walhal orang lain pun dapat baca.

Kalau yang baik-baik, suka-suka itu mungkin boleh di pertimbangkan, kalau yang sampai membuka aib sendiri bagaimana ya?

Aib, aib itu ape? biskut ke? minuman ke? pakaian ke? nama orang? ada la kot nama orang.

Aib ini adalah perasaan malu yang tidak di kehendaki.

Allah dah jaga aib kita.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, “Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu”. Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah.” (Muttafaq ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).


Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui.” (Surah An-Nuur: 19)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Setiap manusia tak terlepas dari keaiban. Samada diketahui oleh orang lain mahupun menjadi rahsia diri sendiri. Namun, Allah itu berkuasa menutup keaiban hamba-hambaNya. Ia juga berkuasa membukanya.

Yang terbaiknya, tindakan membuka aib diri ini hanya untuk keperluan mendesak sahaja seperti meminta nasihat, pandangan atau bantuan penyelesaian.

Bila dah bagi nasihat ini, ada jugak yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tetap nak pertahankan diri. Manusia memang macam tu. (pengalaman)

"ah, kubur masing-masing,lantak aku lah nak update ape pun"

anda seronok ke kubur masing-masing? tak takut ke? tahu tak apa dalam kubur nanti?
nanti tiada siapa-siapa pun yang dapat tolong kamu, yelah kubur kan masing-masing, kalau di sekalikan boleh lah tolong.

Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad)

Macam besar pulak dosa orang yang membuka aib kan? tapi jika dosa itu kecil, lama-lama boleh jadi dosa besar dan boleh menghapus amalan pahala yang lain.Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya..

Renungkan.

.:: Baiknya dari ALLAh, kurangnya dari saya. Allahualam ::.

No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...