.:: Followers ::.

Sanah Helwah Sayang!



Kat fesbuk xde pun dalam list birthday budak nama hana salleh harini. tapi saya ingat, hari ni Born Day awak :) dari bulan 9 sampai bulan 11, saya mengingatkan diri, 3 haribulan besday hana, kena ingat! kena ingat! sebab hana tak state dalam fesbuk.. nanti lupe!

3 November 2012,Meningkat lagi usia sahabat ku yang dikasihi..menjengah ke usia 20 tahun.. mabruk!!!

Seiring bertambahnya usia di jala
n permusafiran ini, moga bertambah matang dalam mengenal pahit manis liku-liku hidup..

Makin tabah dalam mentafsir mehnah dan tribulasi hidup yang dikirimkan,tanda kasih nya ALLAH..agar lebih kuat hati dan jiwa untuk dibawa bertemu dengan NYA kelak.

Semoga di limpahi keberkatan pada setiap helaan nafas dan denyut nadi, keberkatan pada rezeki dan ilmu..

mohon ALLAH permudahkan segala urusan mu menuju kebaikan.

Hana..

sesungguhnya diri ini tiada yang istimewa untuk di hulurkan, hanya doa yang mampu dikirimkan dari kejauhan.. moga dirimu sentiasa di redhai ALLAH...

-jadilah hamba yang solehah buat Pencipta kita
-anak yang solehah buat kedua orang tuamu
-adik yang solehah buat kekanda-kekanda mu
-ibu saudara yang baik dimata anak-anak saudaramu
-sahabat yang setia saat suka duka temanmu
-insan yang bermanfaat buat ummah dan agamamu..

Wahai bakal bidadari penyejuk mata buat mujahid hati...^_~ (one day,insyaallah..)


TERIMA KASIH...untuk sebuah persahabatan, Tiada yang ditakdirkan ALLAH itu sia-sia, Insyaallah, banyak yang ku temui dalam tali persaudaraan ini..

hanya ALLAH yang layak menerima pujian, seinfiniti kesyukuran buat pemilik roh dan jasad kerana sudi menganugerahkan seorang SAHABAT seperti mu..ALHAMDULILLAH..

Hana..

andai satu masa nanti, tali persahabatan ini di uji, terlebih dahulu ku hulurkan salam kemaafan, tegurlah diriku yang daif ini, sedarkan aku andai langkahku tersasar..

mohon maaf untuk setiap keterlanjuran,kesilapan,kekurangan dari sahabatmu ini...

semoga ukhwah yang terjalin ini terus kekal mewangi,andai tiada lagi peluang untuk bersua muka di dunia, doaku moga ALLAH masih izinkan untuk kita bertemu di jannah NYA.. insyaallah..

Semoga hari lahir ini menjadi hari terbaik untuk mengingatkan diri bahawa usia kita di dunia ini tidak pernah bertambah, malah sentiasa berkurang. Berkurangnya usia, bermakna semakin hampir kita untuk menemui-Nya. Sekadar peringatan buat diri. Semoga bermanfaat untuk kita insyaallah ♥


Marilah kita hidup seperti orang yang menanti mati kerana ingat mati itu akan mengecilkan segala derita akan mencairkan segala alpa kiranya inilah detik terakhir marilah kita mulakan semula walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma.. itu lebih bermakna! ♥

saat aku menyampaikan suatu kebaikan kepadamu, bukannya aku hendak memberikan nasihat akan kekuranganmu sahabat, tapi aku sekadar menjadikan dirimu sebagai pengantara, agar nasihat itu sampai kepadaku :) ♥

Seperti mengarahkan wajah ke cermin, bukan beerti mancari-cari kekurangan cermin, namun hakikatnya adalah mencari kekurangan diri untuk di perbetulkan agar lebih baik.. dengan pengantaraan cermin.. ♥













2 comments:

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...