.:: Followers ::.

SELAMAT HARI LAHIR KAKAK

Assalamualaikum. Hari ini seorang lagi sahabat saya menyambut hari lahirnya. satu-satunya perkara yang takkan dilupakan adalah kehadiran kak nura ♥

Betapa ku bersyukur Ya Allah kerana dipilih untuk memiliki sahabat seperti mu. Indahnya ukhuwah kita sahabat. Walaupun ada yang kutunggu ‘tak kunjung tiba’ namun ianya bukan alasan untuk terbelahnya ukhuwah yang dibina..

Usia yang Tuhan kurniakan ini, kau hiasilah ia dengan amalan murni, semoga ia menjadi temanmu di akhirat sana..

Usiamu ibarat mutiara, Tiada berganti lagi..
Hiaskan iman bersulam taqwa agar sempat menuju.. haruman syurgawi..

semoga usiamu bertambah berkat, dirimu dilimpahi rahmat, iman dan taqwa semakin meningkat, rezeki tak tersekat-sekat, diri sentiasa sihat, bahagia dunia akhirat, moga di akhirat mendapat syafaat.

sayang awak ketat ketat!
moga persahabatan kekal hingga ke akhirat!

Sedikit perkongsian buat diri dan Kak nura tercinta ♥ ♥ ♥ (~_~)

Firman Allah :",Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. (al-muddaththir,ayat 4)

Suatu hari Syeikh Abu Al-Hasan Asy-Syadzili bercerita :

Aku pernah ditegur : Wahai ‘Ali, bersihkan bajumu dengan pertolongan Allah. Pasti ia akan sentiasa terpelihara.

Aku pun bertanya : Baju yang mana?

Ia menjawab : Allah telah memberimu pakaian Islam. Siapa yang mengesakan Allah, ia tidak akan menyekutukanNya. Siapa yang beriman kepada Allah pasti aman dari segala sesuatu serta siapa yang berserah diri pada Allah, kecil kemungkinan akan terjerumus. Sekiranya terjerumus, ia akan cepat memohon keampunan & ketika meminta keampunan, pasti akan dikabulkan.

Syeikh Abu al-Hassan lantas berkata : Darinya aku memahami firman Allah yang berbunyi :

Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. (al-muddaththir,ayat 4)




SELAMAT HARI LAHIR KAKAK.











No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...