.:: Followers ::.

.:: Grateful Is EveryThing ::.





Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur :


“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”



Yang putih tidak semestinya bersih, Yang hitam tidak semestinya kotor
Yang putih tidak semestinya indah. Yang hitam tidak semestinya buruk.

Islam is colour blind.
bak kata org tua-tua , sehitam-hitam dodol orang makan, seputih-putih hampas kelapa orang buang.. ngee~

Hati tenang melihat putih di siang hari, di bawah terik mentari, cahaya lampu, memancarkan cahaya keputihan tapi semestinya gusar bila melihat putih di malam hari, gelap gelita, di bawah cahaya bulan yang suram.. (O,0)

Kain kafan itu putih, namun menakutkan.
Ka'bah itu hitam, namun ia elok dan bersahaja.

Manusia itu dinilai kerana akhlaknya bukan kerana rupanya.
Seandainya kejantanan itu ditengok dari lantangnya suara.
Nescaya anjing adalah pemimpin para lelaki sejati.

Seandainya kecantikan itu diukur dengan ketelanjangan.
Nescaya kera adalah makhluk paling cantik.

Sebelum engkau mengangkat pandangan ke langit untuk meminta kepada Allah sesuatu yang tidak ada.
Tundukkanlah pandanganmu lalu syukurilah apa yang ada.



 
Terima Kasih! Ucapan paling mudah dan kerap kita lafazkan setiap hari apabila menerima pemberian daripada orang lain berupa hadiah, sedekah, perkhidmatan, pertolongan atau sekadar budi bahasa dan senyuman. Bayangkan sekiranya pemberian yang sekecil ini daripada hamba yang lemah seperti kita pun kita hargai, bagaimana pemberian yang lebih besar?

Sedar atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah. Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:-

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -

(Surah an-Nahl, ayat 18)


Menghitung syukur, nescaya kau tak mampu mengukur…Alhamdullillah ‘ala kulli hal


Sedari bangun pagi
Sehingga malam hari 
Tak pernah aku lupa 
Kau yang maha setia 

Semua kau beri 
Pada diri ini 
Tak kau minta ganti 
Tak perlu dibeli 

Kau memang pemurah 
Segala nikmat kau curah 
Tak pernah aku lupa 
Memujimu Ya Allah 


Subhanallah Walhamdu Lillah Wa La Ilaha Illallah 


Surah Ali Imran: 145, “Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.”

Surah Ibrahim: 7, “Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.”

Surah At-Taubah: 28, “Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dengan kurniaNya jika Ia menghendaki.”


Allah itu Maha Pemurah 


Surah Dhuha 93 : 11" Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya".




No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...