.:: Followers ::.

Please! Save Gaza & Free Palestine!



Dunia menyaksikan sekali lagi Kekejaman manusia yang tidak lagi rahsia. Bangsa dilaknat Allah dulu hingga kini, Kali ke berapa, siapa dan apa pun tak peduli. Nyawa manusia sudah tidak ditimbang atau di-kali.. Merekalah Zionis yang wajar dilaknat kerana tiada hati.


La Hawla Wala Quwwata Illa Billah..
Gambar itu berbicara ..



Tubuh kecil si anak perempuan di pangkuan ayahnya dengan seukir senyuman ayah seolah mengucapkan "tidurlah dikau wahai sayangku.." 


Nothing to say. Bertambah Sayu hati setiap kali ternampak update dari serangan ke atas mereka. Lebih-lebih lagi penderitaan si kecil dan penderitaan si ibu. Kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa perbuatan terkutuk askar Yahudi ini tanpa belas kasihan sedikit pun. Kezaliman silih berganti, anak kecil, wanita dan orang tua menjadi sasaran pembengis. Kezaliman yang tidak kenal erti kemanusiaan. Tiada langsung tolak ansur malah rasa bersalah. Rakyat Palestin terus diancam dengan rejim yang bengis. Pelbagai ragam dan tindakan yang kejam oleh zionis dalam menafikan hak rakyat Palestin di atas bumi Palestin. 


Setiap kali serangan ke atas Gaza, Palestine, pasti ada saja alasan tak masuk akal dibuat Israel bagi meng’halal’kan perbuatan mereka. Dari zaman jahiliah sehinggalah ke zaman moden kini, sikap mereka masih sama..kekal tak bertamadun seperti syaitan yang bertopengkan manusia. Niat mereka untukmenakluk seluruh palestin tetap diteruskan walaupun dikecam dan dikutuk masyarakat dunia.


Apa yang harus kita buat?

Tiada senjata yang paling mujarab selain Kuasa Tuhan dan bersatunya doa kita. Doa itu senjata mukmin. Kita hanya mampu melihat penderitaan mereka.

Rakus letupan merentap nyawa dan Tangisan si kecil tiada makna. Darah si anak, airmata si tua. Bagaikan suatu yang sia-sia. Nyawa umpama tiada harga, seperti sehelai kain buruk atau daun kering di tepi jalanan.

Rumah Allah dibinasa, Tempat berlindung menjadi tanahderita.

Tangisan mereka begitu meruntun hati-hati kami. Setiap kegigihanmu mahupun penderitaanmu,jeritan sayumu, ratapan pilumu apalagi setiap percikan darahmu, ia mampu meragut nurani kami. Mampu menjadi tamparan hebat buat kami, mampu mengundang syahdu jiwa kami.

Hadiah Doa yang tak pernah putus. Harapan yang tak pernah tandus, Impian yang kudus, medan ini jangan kau jerlus.. Biar kalahmu di dunia tak tertebus, Yang zalim pasti kan terhapus.

Bahagianya kita disini jangan dilupa pada saudara islam kita disana, mari kita sama-sama berdoa & mendoakan agar saudara kita disana selamat In Syaa Allah

Palestin, kami bersama mu dengan doa dan harapan serta sokongan ! Senjata kamu dan kami ialah ALLAH Tuhan Sekelian Alam. Yang tidak lut ditembak, tidak mampu digugat. Yang Maha Perkasa Lagi Maha Kuasa

Dialah Rabbi Dialah Hasbi. Jangan jauhkan diri dari 'tali' NYA Dialah Penentu derita Gaza terus atau henti. Sabarlah saudaraku kerana Zionis Israel akan mula hancur tidak lama lagi !!!!





"Palestine Will Be Free"
by : Maher Zain


Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free 

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt that 
Palestine tomorrow will be free 

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Takin away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life??
And all those other lies???
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive
Ooooooh ... Yeaaah
I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
Cuz no matter what they do
They can never hurt you
Cuz your soul will always be FREE

Palestine tomorrow will be free





1 comment:

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...