.:: Followers ::.

UiTM Berselawat



Jari jemari mencari arah tujunya, Menari-menari di button keyboard, kerja yang berbundle-bundle ini cukup menambahkan stress. Tangan kanan mencari tetikus dan membawa arah ke folder “SING A SONG”.. terpamparng folder “ZIKIR” . Laju sahaja tetikus ini di halakan dan mencari-cari alunan zikir yang pernah di alunkan bersama-sama dengan mahasiswa UiTM dan juga saudara-saudara dari pondok ad darain. Cukup mendamaikan. Pastinya ini petunjuk dan juga ingatan dai ALLAH untuk hambaNYA yang sentiasa alpa ini. Memori bersama AJK UItm Berselawat 2012 datang menyapa.

Suatu ketika..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Akhirnya, berkat usaha dan doa, Berjaya juga kami mengimarahkan lagi masjid dengan masjlis ilmu yang pastinya malaikat-malaikat datang bertamu di iringi dengan berkat dan rahmat dari Allah. Kami merancang, tapi Allah itu lagi merancang dan Alhamdulillah, Rancangan Allah itu sememangnya lagi baik. Tiada yang lebih baik dari ketentuanMu.

Walaupun pada dasarnya, agak sukar untuk kami menjalankan program ini dek kerana kekurangan pengalaman dan kekurangan ahli, tapi Allah itu Maha mengatahui niat kami.

“Innamal a’mal bin niyat” – setiap amal itu hendaklah di mulai dengan niat, iaitu semata- mata kerana ALLAH. Inilah ungkapan yang sering di ulang-ulang oleh projek manager kami. Ayat ini juga menjadi semangat kami untuk terus berusaha untuk teruskan perjuangan kami.

Dan tiadalah asbab lain kenapa kita di hidupkan di dunia hanyalah semata-mata untuk beribadat kepada ALLAH. Bertepatan dengan ayat Allah dalam surah Adz Dzaariyaat ayat ke 56.

(51:56) “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”
Tiada yang benar melainkan Qalam Allah yang 1. Hidup kita dan mati kita hanyalah kepada ALLAh semata-mata. Dan kami sentiasa harapkan program yang kami jalankan ini akan menjadi 1 ibadat yang akan tersemat di hati anak-anak UITM. Mungkin dengan adanya program seperti ini, anak-anak muda bersedia untuk melangkah ke dunia baru yang semestinya Indah.

UITM BERSELAWAT tahun ini, membawa imejnya sendiri dengan bertemakan “JOM CINTA RASULULLAH”. Di hadiri kira-kira 2000 orang pelajar termasuk tetamu luar yang cintakan majlis ilmu. Antara penceramah yang di jemput adalah ustaz habib Abdullah, Muhammad salim al jehaf, ustaz fadzil ismail al yamani.

Majlis di selang selikan dengan ceramah dan juga alunan qasidah dari pondok ad-darani. Merdu.Begitu mendamaikan.. Alangkah eloknya jika majlis sebegini boleh di jalankan setiap minggu.

Dan diri saya sendiri berharap agar majlis ini akan di langsungkan bagi tahun-tahun seterusnya untuk generasi akan datang demi memupuk jiwa anak muda yang ketandusan ilmu. INSYAALLAH.

Gambar di sekitar majlis.


 Syeikh Faiz, Ajk jemputan. ambik peluang berniaga plak.. hehe.


Penceramah yang di jemput.





para hadirin yang di beri hidayah ALLAH untuk datang ke majlis ALLAH :)

























Antara Ajk yang terlibat (Orang kuat)


Ajk technician.


Ajk pendaftaran.


ajk makanan


bendahari



ajk makanan.


setiausaha


Ajk Tugas-tugas Khas


Ajk pendaftaran dan Ajk Jemputan



 Ajk makanan.



Ajk keselamatan.



Ajk technician.



 Ajk jemputan.



Semoga perjuangan kami akan di teruskan oleh generasi akan datang, InsyaALLAh. ribuan terima kasih kepada semua ajak yang terlibat.





 "Eh Eh.. anti? anti? anti ajk ape?"

ana ajk pendaftaran dan juga photograper yang tak berapa nak bertauliah sangat..
ngee ~













No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...