.:: Followers ::.

Lelaki Menangis

Bismillah..

Siapa kata lelaki tak banyak menangis ?

Tahukah kamu, kaum lelaki sesungguhnya jauh lebih sering "menangis"
Namun mereka menyembunyikan tangisnya di dalam kekuatan akalnya,
Itulah mengapa Tuhan menyebutkan pada lelaki bahawa mereka memiliki dua kali ganda akal seorang wanita,Dan itulah sebabnya mengapa tiada yang kamu lihat melainkan ketabahannya.

lelaki menangis kerana tanggungjawabnya di hadapan Tuhannya,
Ia menjadi tonggak kepada rumah tangga,
Menjadi pengawal Tuhan bagi Ibu, saudara perempuan, istri dan anak-anaknya.





Maka tangisnya tak pernah nampak di bening matanya,
Tangis lelaki adalah pada keringat yang bercucuran demi menafkahi keluarganya.

Tak dapat  kamu lihat tangisnya pada keluh kesah di lisannya,
lelaki "menangis" dalam letih dan lelahnya menjaga keluarganya dari kelaparan.

Tak dapat kamu dengar tangisnya pada omelan-omelan di bibirnya,
lelaki "menangis" dalam tegak dan teguhnya dalam melindungi keluarganya dari terik matahari, deras hujan dan dinginnnya angin malam.

Tak nampak tangisnya pada peristiwa-peristiwa kecil dan remeh,
lelaki "menangis" dalam kemarahannya jika kehormatan diri dan keluarganya digugat.

lelaki "menangis" dengan semangat bangunnya di kegelapan dini hari,
lelaki "menangis" dengan bercucuran peluhnya dalam mencari rezeki,
lelaki "menangis" dengan menjaga dan melindungi orang tua, anak dan istri,
lelaki "menangis" dengan tenaga dan darahnya menjadi gadaian bagi agamanya,

Namun...lelaki pun sungguh-sungguh menangis dengan air matanya,
di kesendiriannya menyedari tanggungjawabnya yang besar di hadapan Tuhannya,
Sungguh, tiada yang layak mendampingi lelaki berharga seperti itu melainkan wanita mulia yang memahami nilainya.

Indah jalan menuju Tuhan jika wanita solehah yang menjadi teman.
Pandanglah Ayah .....
Pandanglah Suami .....
Sesungguhnya syurga Allah di dalam keredhaan mereka ..Wallahu'alam

" Semoga Artkel singkat ini memberikan manfaat untuk kita semua "


No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...