.:: Followers ::.

.::Recent Visitors::.

Dunia adalah Ladang Akhirat



adakalanya dunia di rasa seperti syurga.. sejuk, tenang, aman dan damai..
adakala dunia di rasakan seperti neraka.. panas, huru-hara dan menjengkelkan..
adakala dunia di rasa tiada erti.. kosong, kebingungan, ketandusan..

semuanya ketentuaan ALLAH,
selagimana IMANnya ada,kukuh,tetap, teguh dan istiqamah, ia bagaikan syurga illahi..
jika IMANnya naik dan turun, kadangkala beramal, bertaubat, dan kemudian ingkar lagi, ianya bagai tiada erti..

Bagaimana pula dengan yang Tiada IMANnya?

melakukan yang di larang, membiarkan kejahilan, persetankan kebaikan, maka..duniamu ibarat syurga sementara  dan neraka selamanya..
dunia dan akhirat sering di lupakan
sedangkan dunia adalah untuk akhirat

sedekah di dunia pahalanya untuk akhirat..
sabar di dunia pahalanya untuk akhirat..
cekal di dunia pahalanya untuk akhirat..
perit di dunia pahalanya untuk akhirat..
AMALAN DI DUNIA MEMBAWA KE AKHIRAT

manusia senantiasa menantikan ganjaran hebat
"durian runtuh, harga potongan, lelong"
berpusu-pusu lah kalian..
kenapa tidak kalian mengejar ganjaran 'istimewa'?
'durian runtuh' untuk ibadat..
;potongan' dosa bagi yang bertaubat..
'lelong' pahala bagi yang beribadat..
seringan-ringan ibadat,
niatlah mandi sebagai ibadat,
niatlah makan sebagai ibadat,
niatlah tidur sebagai ibadat,
PAHALA GANJARANNYA

manusia memang senantiasa menantikan ganjaran.. ganjaran dunia atau akhirat?
..lumrah dunia..lumrah manusia..lumrah kehidupan..
KETAHUILAH BAHAWA DUNIA ADALAH LADANG AKHIRAT..

2 comments:

  1. Alhamdulillah....
    hidup dan mati ku keran Allah SWT...aamiin
    t.kasih..

    ReplyDelete

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget