.:: Followers ::.

Kejamnya Manusia


Bismillah…

Entah hinaan apa yang mesti diucapkan ketika saya melihat berita penyiksaan…zalim..kejam..
Dimanakah nilai kemanusian kita?

Allah telah berfirman dalam An-Nisa ayat 93

"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja makan balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azam seksa yang besar”

Manusia makin zalim, kian hilang kewarasan. bila kita makin maju, kita akan makin hilang peradaban.

Kisah terbaru? Bayi 23 hari diliwat bapa 

Adakah harga nyawa dan maruah manusia makin hilang nilainya?..

Bagaimana seorang ayah yang sepatutnya, menyayangi anak-anak mereka dengan kasih sayang dan menjadi pelindung sehingga mereka menikah dengan seorang, sanggup meliwat zuriat mereka sendiri? Manusia ini boleh di ibaratkan lebih buas dari binatang buas, dan tidak berakal mengalahkan segala haiwan...

manusia skrg hanya memikirkan dunia sahaja.. keseronokan..kesenagan.kemewahan....
dah tak menghargai kehidupan dan diri sendiri.. kesalahan apa yang di letakkan pada bayi itu? ..

manusia itu ada kebaikan dan ada keburuknya. Semua hidupan yang bergelar manusia ini ada kelemahannya dan seperti mana yang anda ketahui hanya Nabi Muhammad S.A.W kita sahaja yang sempurna di muka bumi ini...

Cuba anda bayangkan manusia yang baik dan melakukan perkara baik bukan senang nak diingati, berbanding manusia yang melakukan kejahatan, keburukan dan kezaliman yang lebih mudah diingati dan dibenci oleh manusia sendiri walhal haiwan juga pandai untuk menyukai manusia atau tidak menyukainya...

Zalim dari segi konteks Islamnya bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya dan sudah tentu lawan kepada sifatnya ialah “adil”.

Zalim ini dibahagikan kepada 3 golongan iaitu:-

• Zalim pada diri sendiri

• Zalim kepada orang lain

• Zalim pada diri sendiri serta menzalimi orang lain

manusia makin kejam .. cinta manusia tak kenal darah daging, ..cinta manusia hanya kenal nafsu
hidup manusia tidak pernah menghargai ..hidup manusia hanya penting diri sendiri lihat sahaja kemusnahan dunia ini. Lihat dari mata hati... 

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama orang-orang yang zalim.

Ya tuhanku, jika Engkau sungguh-sungguh hendak memperlihatkan kepadaku azab yang diancamkan kepada mereka,maka janganlah Engkau jadikan aku berada diantara orang-orang yang zalim... aamiin..

No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...