.:: Followers ::.

BILA ANDA MENGHADAPI KESULITAN MOHONLAH KEPADA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

bismillah..

Apabila semua jalan terasa buntu oleh anda maka fikirkanlah janji yang ada dalam Alam Nasyrah

(surah Al-insyirah)


Ibnu al-jauzi berkata: sesuatu urusan menghimpitku membuatku cemas dan gelisah berlarut-larutan, aku terus berfikir mencari jalan penyelesaian dari kecelaruan itu dengan berbagai cara dan usaha.

Tetapi aku tidak menemukan satu penyelesaian pun untuk keluar darinya, hingga ada sebuah ayat yang menawarkan kepadaku, ayat itu adalah :

"Waman yatta killaha yaj’allahu mahraja"



“…… dan sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH ( dengan mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA), nescaya allah akan mengadakan baginya alan keluar ( dari segala perkara yang menyusahkan)

Surah ath-thalaq : ayat 2 

Setelah itu aku sedar bahawa ketaqwaan adalah jalan keluar daripada kebingungan, itu sebabnya aku berusaha meningkatkan ketaqwaanku, maka aku pun menemukan jalan keluarnya.

Menurut hemat saya, taqwa menurut orang yang berakal merupakan penyebab segala kebaikan. Tidaklah sekali-kali terjadi seksaan, melainkan kerana dosa; dan tidaklah sekali-kali seksaan di hilangkan, melainkan kerana taubat. Kekeruhan, kesedihan, dan kesengsaraan, tiada lain merupakan balasan dari pelbagai perbuatan yang telahku lakukan, seperti sambil lewa dalam mengerjakan solat, mengumpat wanita muslimah, meremehkan hijab, atau melakukan perkara yang di haramkan.

Sesungguhnya orang yang menentang jalan ALLAH mesti membayar harga penentangannya itu dan menutupi nota kealpaannya dengan melakukan ketaatan. Yang menciptakan kebahagiaan itu adalah ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bagaimana anda memohon kebahagian dari selain ALLAH? Seandainya setiap orang memiliki ketaatan, maka di bumi ini tidak akan tersisa lagi orang yang sedih dan sengsara..

Adaptasi : La tahzan. ( jangan bersedih )

1 comment:

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...