.:: Followers ::.

Perkara sunat di pagi raya

bismillah..
assalammualaikum.


Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia perayaan keagamaan.Jadi jika disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan menjadi satu ibadat. Antara perkara sunat dilakukan pada aidlfitri:


1. Mandi : salah satu dari adab yang baik sebelum keluar bersolat. Ia telah dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"Tiga perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi, dan makan sebelum keluar."


2. Menjamah makanan sebelum keluar : Adalah diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidil Fitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil".


3. Bertakbir : Ini merupakan sunnah yang terbesar pada hari tersebut. Al-Daraqutni meriwayatkan bahawa Ibnu Umar semasa keluar pada hari AidilFitr dan AidilAdha akan sedaya-upaya melakukan Takbir sehingga tiba ke tempat Solat, kemudian ia akan meneruskannya sehingga Imam tiba.


4. Mengucapkan tahniah: Orang Islam boleh mengucapkan tahniah dan ucapan yang baik dihari Aidilfitri antaranya:"Taqabbal Allahu minnaa wa minkum" - Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu.


5. Memakai baju yang baik/cantik : dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hari Jumaat".


6. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat : Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir ra (Hadis riwayat Bukhari). Tujuan beliau tentulah dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berbeza. Baginda bersalam-salaman, memohon maaf zahir dan batin.


No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...