.:: Followers ::.

Malam-Mu

Malam ku menapak mencari cinta Mu YA ALLAH..
Malam yang sunyi tiada lagi ketika manusia sedang nyenyak tidur..
Aku menghulurkan tangan menyentuh air yang sejuk mencecah ke tulang-belulangku...
Aku syukur berwudhuk menggugurkan dosa-dosa kecilku..
Aku melangkah kaki ku ke tikar solat..
Menghadap tuhan yang Esa...
Bertakbir.....
Merdu sungguh kalimah itu di telingaku...
Ketika ini betapa dekatnya aku kepada pencipta..

Aku berusaha membaiki solatku takut tiada keikhlasan hilang kekhusyukan...
Aku memberi salam..sedih sekiranya ini solat malam terakhirku..

Aku berdoa menghadap RABBIKU..
Aku mengadu meminta supaya diampunkan dosa-dosaku..
Minta dimasukkan kedalam syurganya...
Memberkati amalan kebajikanku di akhirat di mana tiada pertolongan ketika itu..
Semoga catatan amalan kebajikanku aku terima dengan tangan kananku...
Semoga aku dimatikan dengan ucapan kalimah syahadat....

Sedihnya aku memikirkan......
Bagaimana akhirnya hayatku.......



ALLLAHU AKBAR!!!!!

No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...