.:: Followers ::.

Pintu Taubat-Mu

Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai Tuhanku..
Maafkanlah dan ampunkanlah segala doasa- dosaku,
Sekalipun aku tidak pernah serik berbuat demikian,
Nikmat dunia ini sering mengaburi pandanganku..

Wahai Tuhanku..
Dunia ini sering mengajakku berpeleseran,
Dan selalu aku tewas dan hanyut di dalamnya,
Sehingga ada ketika tidak terkawalkan nafsu duniawi..

Wahai Tuhan Pemilik Seluruh Alam..
Nafsu yg kekadang menghilangkan kelazatan iman,
Mengajakku untuk telus berbuat kemungkaran,
Seringkali menitipkan titik-titik hitam pada pakaian taqwaku..

Kerana nafsu sering singgah mendatangi,
Tidak pernah jemu dan kenal putus asa,
Mendekatiku untuk memutikkan kealpaan,
Menjauhi aku mengingati-Mu..


Wahai Tuhanku..
Untuk kesekian kalinya,
Sama seperti semalam dan sebelumnya,
Aku mendatangi-Mu dalam kepayahan ini,
Bersimpuh di sejadah lusuh ini..

Aku ingin menangis di hadapan-Mu..
Mengharap segala dosaku ini, Engkau balasi dengan azab dunia,,
Kerana aku yakin bahawa, aku tidak akan tertanggung,
Pedihnya azab siksaan-Mu, di akhirat kelak..

Wahai Tuhanku..
Bersimpuh di atas sejadah lusuh ini,
Sungguh aku lebih menginginkan,
Agar Engkau melepaskan aku dari kedua-duanya,
Kerana aku yakin Engkau, tidak menutup pintu taubat untukku..

Subhanallah...

Semoga bermanfaat buat diriku dan anda semua...

1 comment:

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...