.:: Followers ::.

Perkenankan aku mencintaiMu semampuku..

Bismillah

Perkenankan aku mencintaiMu semampuku


Tuhanku,
Aku masih ingat, saat pertama dulu aku belajar mencintai-Mu..
Kajian demi kajian tarbiyah kupelajari..
Untai demi untai kata para ustadz kuresapi.
Tentang cinta para nabi..
Tentang kasih para sahabat..
Tentang muhabbah orang soleh..
Tentang kerinduan para syuhada..
Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam..
Kutumbuhkan dalam mimpi idealisme yang mengawang di awan.

Tapi Rabbi…Berbilang hari demi hari dan kemudian setahun berlalu,
Tapi aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu..
Aku makin merasakan gelisahku memadai dalam cita yang mengawang..
Sedang kakiku mengambang.
Hingga aku terhempas dalam jurang dan kegelapan.

Allahu Rahiim, Illahi Rabbii,..

Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku….
Perkenankanlah aku mencintaiMu, sebolehku.

Dengan segala kelemahanku.
Ilaahi agak sukar untuk aku mencintaiMu dengan kesabaran menanggung derita.
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Mustafa.
Kerana itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu,
Atas derita batin dan jasadku, atas sakit dan ketakutanku.

Rabbii,
agak sukar untuk mencintai-Mu seperti Abu Bakar,
Yang menyedekahkan seluruh hartanya..
Dan hanya meninggalkan Engkau dan Rasul-Mu bagi diri dan keluarganya...
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separo hartanya demi jihad...
Atau Ustman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan DienMu..


Izinkan aku mencintaiMu,
Melalui 100-500 perak yang terulur..
Pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan..
Pada wanita-wanita tua..
Yang menadahkan tangan di tepi-tepi jembatan..
Pada makanan-makanan yang terkirim ke handai taulan...

Illahi,
agak sukar untuk aku mencintaiMu
Dengan khusyuknya solat salah seorang sahabat nabiMu,..
Hingga tiada terasa anak panah musuh terhujam di kakinya..

Kerana itu Ya Allah,

Perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu,
Dalam solat yang cuba kudirikan dengan terbata-bata..
Meski ingatan kadang melayang pada permasalahan dunia..

Rabbii,
Aku tak dapat beribadah ala orang-orang soleh..
Atau bagai para al hafidz dan hafidzah..
Yang membaktikan seluruh malamnya..
Untuk bercinta denganMu dalam satu putaran malam.

Perkenankanlah aku mencintaiMu,
Melalui satu atau dua rakaat solatku..
Atau sekedar sunnah nafilahku.
Selembar dua lembar tilawah harianku..
Lewat lantunan seayat dua ayat hafalanku..

Yaa Rahiim,
Aku tak sanggup mencintaiMu seperti para syuhada..
Yang menjual dirinya dalam jihad bagiMu..

Maka perkenankanlah aku mencintai-Mu
Dengan mempersembahkan sedikit bakti..
Dan pengorbanan untuk dakwahMu..
Dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Kariim,
agak sukar untuk aku mencintaiMu di atas segalanya..
Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku..
Membawa mereka pada
Manisnya iman dan ketabahan..
Dengan mencintai sahabat-sahabatku..
Mengajak mereka untuk lebih mengenalMu..
Dengan mencintai manusia dan alam semesta.

Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku,

Yaa Allah.

Agar cinta itu mengalun dalam jiwa.
Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku.
Yang sangat perlukan pada ampunanNya

No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...