.:: Followers ::.

MUHASABAH



Usah bangga dan sombong dengan kejayaan yang kamu miliki,
Sesungguhnya ia bukan kupunyaan kamu tetapi adalah milik Nya

Bertenanglah kamu dalam sebarang hal,
Walaupun kerana mahu menunaikan kebaikan,
Sepeti solat,
Kerana bertenang itu adalah sifat mukmin.

Banyak orang boleh memberi Ilmu,
Tetapi tidak mampu memberi didikan.
Jesteru itulah di segi pelajarannya cemerlang,
Tetapi dari segi Akhlaknya malang.





Carilah Ilmu bukan untuk rezeki,
Tetapi untuk panduan dan kemajuan manusia.
Carilah pangkat itu untuk berkhidmat.
Carilah harta tapi untuk mengagih - agihkannya.

Membaikkan badan mudah,
Membaikkan akal agak susah,
Membaikkan nafsu paling susah.
Jesteru itulah badan dan akal selalu sahaja kalah.

Apabila raja di dalam diri sudah rosak,
nafsu bertindak dengan galaknya dan rakus.
Akal dan lidah serta seluruh anggota akan dialatkan untuk membantu kehendak - kehendaknya punahkan kehidupan manusia zahir dan batin... ( Subhanallah )

Kalaulah bukan dengan rahmat - Mu Tuhan.
tiada siapa yang dapat selamat.
kalaulah kami hamba - Mu tidak mendapat keredhaan - Mu
Jadilah kalau kami dapat kemaafan - Mu... ( Astaghfirullah )

Siapa yang menghina diri kepada Allah
dia akan dimuliai dan ditinggikan.
Siapa yang menghina diri kepada manusia
dia akan terhina sepanjang masa... ( Masyallah )

Merendah diri disuruh,
Menghina diri ditegah,
Mengalah tidak mengapa,
Mudah mengaku kalah tidak sayugiannya,
berani pada tempat dipuji,
Berani tidak bertempat dikeji.

Kalau miskin didunia kita sangat takuti,
Maka mengapa miskin di akhirat kita tidak takut,
Padahal miskin di akhirat tempatnya di NERAKA.
( Miskin di akhirat bermakna kurang amalannya )

Perkara yang patut dipandang besar bukan masa depan di dunia,
Tetapi masa depan selepas mati di Akhirat, Ia KEKAL ABADI....
( SYURGA ALLAH.... SUBHANALLAH )


No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...