.:: Followers ::.

.:: HUJAN.. APa Nak Buat?? ::.

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah.. Bumi shah alam di basahi hujan lagi. Hujan yang tersangat  lebat + guruh + petir + angin kuat = quite scary!.

 HUJANLAH! (Apa nak Buat ?? ). ah, tidur best nih! nyenyak-nyenyak di buai mimpi sampai terlupa Nikmat Allah yang lain. Nauzubillah, tapi inilah hakikat kita sebagai manusia, bila hujan je mesti ingat tidur..

HUJANLAH! aish..
asyik hujan je seminggu dua ni.
tiap-tiap hari hujan, susah la macam ni,
tiap-tiap ari hujan, sia-sia je basuh baju, tak kering-kering juga.
tiap-tipa hari hujan, macam mana nak keluar jenjalan ni..

Ok, Kita tukar mind Set!

HUJANLAH ( Apa nak Buat ?? )

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

insyaALLAH.. aamiin.

"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNya (hujan), sehingga apabila angin membawa awan mendung, Kami halakan ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai jenis buah-buahan. Demikianlah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran " Surah Al-A'raf :  57




Tengok betapa Maha Penyayangnya ALLAH kepada MakhlukNya, Allah turunkan hujan pada tempat yang tandus, dan kemudian hasil dari air hujan yang di terima tumbuh-tumbuhan di tanah yang tandus tadi, Allah jadikan pula pelbagai jenis buah-buahan untuk kita makan. Dan Allah juga memberi peringatan kepada kita tentang mati. Jangan terlalu leka dengan bahagia yang di miliki di dunia, kerana perhitungan di akhirat bakal dihadapi kelak.

Langit tak selalunya cerah dan mendung tak beerti hujan.  (^_^)

Nah, Allah juga jadikan hujan dari langit itu dengan sukatan. sebab itulah kadang-kadang hujan. kadang-kadang cerah. sebab ALLAH dah ada aturanNYA sendiri.

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)
 




So, bila hujan ape nak Buat??

Eh, HUJANLAH! 

Sama-sama berdoa! ( JAUHI MERUNGUT)  sebab masa ni la rahmat ALLAh melimpah-limpah seperti mana rahmat buat tumbuh-tumbuhan yang juga memerlukan air untuk hidup. So, Allah jadikan hujan membasahi bumi untuk membantu mereka membesar! Begitu juga dengan kita, Allah hadirkan hujan yang penuh rahmat untuk membantu kita "membesar" ! 

Allah bukankan pintu langit bila hujan lah! masa ni lah mustajabnya doa. InsyaALLAH. ALLAHUALAM.

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)



>> Senyum lebar-lebar (^_________________~ ) <<




No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...