.:: Followers ::.

Selesai 1 Kerja!

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga projek pengambaran untuk vedio arab. Sukur YA ALLAH.

Dari bahasa arab 1 sampailah bahasa arab 3, kami selalu ambil masa satu hari sahaja untuk shooting dek kerana kerja yang berlambak-lambak dan masa yang sentiasa mencemburui kami. Walaupun hanya 1 hari sahaja yang kami luangkan untuk shooting, tapi saya sebagai editor dan juga camera woman akan pastikan setiap video yang di rakamkan berkualiti dan senang untuk di edit.

Yang paling saya kagum dengan ahli-ahli group saya ( tiada niat mahu membanggakan mereka atau meninggikan diri ), mereka sangst memberi kerjasama dan mendengar arahan. ( Ini yang saya suka ). sangant memudahkan kerja saya.



edit by : @atikakahiruddin

mereka juga hebat dalam penghafalan skrip, mereka akan hafal bila ada scene mereka ( Ni kalau dunia perfileman dan penggambaran yang sebenar, memang awal-awal dah kena reject jadi pelakon sebab tak balik study skrip. )  dek kerana tiada masa dan bahasa arab ini hanyalah subject sampingan untuk completekan pengajian kami  ( bahasa arab bahasa syurga)

Penat seharian berada diluar, berkejar kesana kemari, cuba menyiapkan project tersebut. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami.

Selesai pengambaran belum tentu sudah selesai projectnya, sekarang ni masih lagi tinggal sisa-sisa yang perlu di bereskan. iaitu, edit video dan pembetulan skrip. ( Sisa??!! Sisa yang sangaaaat la banyak ) Pengalaman saya edit video, kalau sebelum ini, bahasa arab 1 dan 2 hanya melibatkan 6 scene, dan dapat siapkan dalam 24 jam (tanpa tidur)-- ( untuk menghasilkan video yang menarik dan real ) tapi untuk bahasa arab 3 melibatkan 10 hingga 11 scene.. agaknya berapa lama masa yang perlu saya peruntukkan untuk buat video arab 3 ni ye?? ( headache** --> 2 harikah?? Oh tidak!! )

walaubagaimanapun, Allah sentiasa akan membantu kita sekiranya kita sentiasa taat kepadanya. dan Moga ALLAH permudahkan lagi ursan saya untuk menyiapkan projek ini secepat yang mungkin tanpa mengganggu hari-hari yang telah di jadualkan untuk menyiapkan assignment yang lain. ( Presentation Estate agent masih menunggu..Ow Ow, TEST Mr. Roland Juga.. ).

InsyaALLAH.. Aamiin..





2 comments:

  1. pernah buat video arab time sem 1 and sem 2 , mmg tak tidur la...

    ReplyDelete

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...