.:: Followers ::.

Sahabat yang Baik :)


"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya."



Memiliki sahabat yang sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai sekali harganya kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita,baik disudut kebendaan ,kecenderungan mahupu
n tingkah laku samaada kita yang akan terikut-ikut dengan kecenderungannya ,ataupun sebaliknya dia akan terpengaruh dengan kita.

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

“Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?”

Jawab Rasulullah s.a.w: “Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”

Sesungguhnya saya di kalangan manusia yang bertuah, kerana dikurniakan oleh Allah, sahabat yang sentiasa membawa saya ke jalan yang diredhaiNya.. Rasa tenang dan gembira.

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Terima kasih semua.








No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...