.:: Followers ::.

Kenal AL-Quran Erat-Erat :D

Dengan Nama Allah yang Maha Penmurah lagi Maha Penyayang.

Rasanya tidak cukup dengan hanya membaca Al-Quran dan memahami sekadar beberapa kerat sahaja isi Al-Quran. Al-Quran adalah salah 1 daripada Rukun Iman.

Kita harus KENAL Al-quran. Kerana dari Al-quranlah boleh membentuk Iman Kita, dari Al-quranlah boleh membantu kita memperkukuhkan kepercayaan kepada ALLAH, Para Malaikat, Rasul, Hari Kiamat dan Qada' dan Qadar.

Bagaimana nak membentuk dan memperkukuhkan lagi Iman sekiranya Segala rukun iman itu tidak boleh di lihat dengan mata kasar,hanya dengan melihat kebesaran Allah dan mendengar kisah-kisah para malaikat dan rasul-rasul?? Cukupkah? Caranya adalah dengan mengenal Al-quran, kerana ia wujud di depan mata dan segalanya ada terkandung di dalamnya.

So, bagaimana kita menyatakan bahawa kita percaya kepada Allah, Para malaikat, Rasul, Hari Kiamat dan Qada' dan Qadar sedangkan kita tidak mengenali Al-quran??

Kembangkan minda,berfikir dengan Al-quran dan cari jawapannya. Contohnya :
---Kenapa Surah pertama adalah Al-Fatihah dan tidak surah Al-Alaq(iqra') ? Apa kaitan surah sebelumnya dan seterusnya? Kenapa Bismillah adalah ayat pertama dalam Al-quran? kenapa surah At-taubah tiada bismillah?? dan banyak lagi :)

Yang paling penting, Fiikirkan ada apa dengan "Bismillahirahmannirahim". Apa ertinya "Dengan Nama Allah".. Ini penting kerana setiap perkara dalam kehidupan kita di mulakan dengan "Bismillahirahmannirahim"...dan Kenapa di gunakan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan tidak sifat 99 yang lain? .. sayang sekali sekiranya kita tidak memahami dengan sebaik mungkin.. :)




Baiknya dari Allah,Kurangnya dari saya. sekadar memberi persoalan dan membuka minda kita agar teruskan dengan Berkenal-kenalan dengan Qalam Allah, dan berinteraksi dengannya kerana ia di ciptakan sebelum Manusia dan Alam ini wujud. Allahu'alam.












No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...