.:: Followers ::.

.:Yang tertutup itu indah,that cover is reflecting what's inside the heart of a person :. :.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, masih di beri kesempatan pada hari ini untuk menghirup udara segar. Syukur padaMu kerana masih di beri kurniaan kehidupan yang begitu berharga. Moga hari ini lebih baik dari hari semalam dan sebelumnya.

Hari meniti hari, dunia makin mencabar, pelbagai dugaan yang di uji, pelbagai pengetahuan yang di peroleh, banyak pengalaman yang di raih, Kehidupan tidak akan lekang daripada ditimpa ujian dan lakonan yang mencabar.  Sungguh, hati ini sedih melihat anak-anak muda sekarang, berpeleseran tanpa pegangan agama. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Pelbagai petunjuk dan hidayah Allah berikan untuk saya terus kuat menempuh di jalan redhaNYa. Tetapi, dalam meniti hari-hariNya, ujiaan sentiasa bertandang untuk menguji iman kita. manusia sememangnya layak di uji. Pelbagai ujian yang harus di tempoh. Ujian senang atau susah, ujian kaya atau miskin, ujian Berjaya atau gagal. Lulus ujian itu, meningkatkan darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seoang HAMBA. Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi hambanya dan sesungguhnya Allah akan memberi ujian yang mampu ditanggung oleh hambaNya..

Hati ini sentiasa di uji, itu tandanya Allah mahu menguji Iman kita. Kehidupan ini ibarat pusingan roda, kadang di atas, dan bila tiba masanya kita di bawah. Sama juga dengan iman, kadang naik dan kadang turun. “kekuatan usah di tunggu, tetapi harus di cari, dan hargailah di atas kesempatan yang ALLAh berikan”. Kata-kata yang menjadi pegangan kekuatan pada diri saya untuk terus melangkah.


“Orang bertudung tak semestinya baik, dan yang tak bertudung tak semestinya jahat”. Ye, itulah yang selalu saya baca dan juga dengar dari mereka yang takut diri mereka di label sebagai hipokrit. Mengapa isu tudung yang di bangkitkan untuk menilai hati insani. Bertudung itu WAJIB!.

Saya percaya, setiap orang atau wanita di luar sana mempunyai naluri seperti saya suatu ketika dulu, mahu menuju kearah kebaikan, tapi takut dengan pandangan luar.

“erkk.. tak nak lah bertutup bagai, rimaslah, panaslah, serabutlah, lecehlah, lambatlah, ketinggalan lah,”

 hum, banyak betul “lah” mereka kan. Tetapi saya yakin, mereka ada naluri kearah kebaikan. Ingin sekali saya bertanya kepada mereka, apa yang mereka inginkan dalam kehidupan ini?? A good education? a good job? a career? money?. Semua itu dusta, mati adalah matlamat utama bagi kehidupan. Yup, semua orang takut mati. Sebab itulah bekal kena cukup. Bekal untuk di bawa ke akhirat, ke dunia lain.

Macammana nak bawa bekal itu sedangkan perintah ALLAh yang paling mudah pun tak boleh nak buat? Kamu semua, tutuplah auratmu. Jangan kau bimbang tentang padangan luar, jangan takut jika akhlak mu tak mencerminkan dirimu,kerana akhlak itu boleh di pupuk, boleh di ubah, boleh di bina. Tutup aurat  dulu baru bentukkan hatimu.

“alaa.. buat apa? Yang bertudung tu tak semestinya baik, dan yang tak bertudung tak semestinya jahat hum.. don’t judge a book like its cover”

DON’T JUDGE A BOOK LIKE ITS COVER?? Betul ke penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)  

Adakah Allah menilai hati makhluknya sebagai baik dan suci jika kita melanggar perintahNYA?? Renungkan. Dalam islam tak de pepatah inggeris ni. Cover itu cantik atau tidak, ianya wajib ada cover.

Allah menilai sesuatu perkara itu samaada baik ataupun suci, mestilah mengikut cara ALLAH, neraca ALLAH, dan bukannya dari pemikiran kita. Kebaikan hati seseorang itu boleh di lihat dari cara perlakuannya. Kalau sentiasa menyalahi hukum Allah, itulah tanda kekotoran hati. Nauzubillah.

Kita perlu bangun dari lamunan, orang lelaki yang melihatnya akan peroleh dosa setiap kali pandang kita. Kita? Berkali ganda dosa di peroleh. Makhluk ALLAH yang bernama lelaki bukan seorang di dunia ini, malah berribu-ribu. Banyangkan berapa banyak dosa kita.

Yakinlah, Allah itu benar. Usah di ragui hukum ALLAH. Janganlah membiarkan apa yang sedang dan telah kita miliki itu membuatkan kita semakin menjauhkan diri dari Allah tapi pergunakanlah semua nikmat kurniaan-NYA itu dengan senantiasa rasa bersyukur dan semakin mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T..


Diri kita terhias sebagai sebaik-baik ciptaan, maka jadilah dirimu nisa' yang boleh jadi mujahidah jihad di jalan ALLAH. jadikan dirimu antaran Fatayat yang di julang. Biarkan  nafsumu hidup dalam tarbiyah di jalan dakwah.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Maka, apa yang kita telah lakukan berbalik padaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui…

Beruntunglah mereka yang ditegur demi kebaikan yang tidak mereka lihat. Allah telah menghantar seseorang untuk menegur, moga dengan itu jika dia menerima teguran, Allah akan lapangkan dadanya dan masukkan taufiq dan hidayahNya. Ada pun yang berpaling dari teguran dan kemudian memarahi orang yang menegurnya, dikhuatiri Allah menggelapkan hatinya yang sudah hampir mati.

No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...