.:: Followers ::.

.: ____iQra____ :.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

assalamualaikum..

Ayat pertama diturunkan
melalui Jibril untuk disampaikan
kepada Muhammad manusia pilihan
di Gua Hira tempat pertemuan
amalan tahannut akal diperjalankan
mengupayakan fikiran mencari kebenaran


Bacalah...buku-buku membangunkan kemanusiaan
Bacalah...kitab-kitab mencerminkan keimanan
bersumber dari Al-Quran
uraian ulama sasterawan
mutiara kata pemikir berjiwa seniman
sastera sufi zaman berzaman

Bahan dibaca berciri nafsu
bila pemahaman tidak bersandarkan ilmu
akal fikiran dijamah keliru
gersang minda bersemangat layu
menjadikan ummah terpaksa membisu
kini dianiya serta diburu
laluan diberi kerana tidak bersatu

Perubahan sikap mesti dimulakan
minat membaca perlu diamalkan
pembelian buku satu pelaburan
bahan dibaca mengikut kemampuan
perlunya berguru untuk pembetulan
supaya tidak dipandu syaitan


Sumber :ambikkatkalendar


mari sama-sama kita sejukkan hati yang gunda gulana, tenangkan jiwa.. Lagu yang di sampaikan oleh Ahmad bukhatir, beautiful nasyid, Suara yang merdu, memukau jiwa.  dapat membaiki hati. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...