.:: Followers ::.

.;Keindahan Ciptaan ILLahi:.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang.

Assalamulalaikum.

Allah yang Maha Besar, Allah Yang maha Berkuasa, Allah yang Maha Mengetahui setiap di langit dan di bumi. Yang menciptakan alam semesta yang penuh dengan keindahan.

“Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.” Surah Luqman : Ayat 26

Lumrah manusia memang di jadikan untuk menyukai, mencintai dan menginginkan sesuatu yang cantik. Tak kira lah apa bentuk Nikmat pun, mesti inginkan yang caantik-cantik. Pantang tengok perkara yang cantik-cantik, pasti terpegun dengan ciptaan Illahi.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

MasyaALLAH, sedang tangan saya bertinta menaip setiap butir-butir bicara dari hati, tetapi otak saya, akal saya sentiasa fikirkan perkara-perkara indah yang di ciptakan Tuhan.. Allah, aku tersenyum sendirian.

Saya teringat gambar yang saya tengok tadi, MasyaALLAH, SUbhanALLAH. Cantiknya. Tidak terungkap dengan kata-kata. Indahnya Ciptaan Allah, Hati yang gusar boleh jadi tenang. Apabila kita tengok pada keindahan Alam, maka kita akan ingat pada ALLAH S.W.T kan? Alhamdulillah..



Saya suka pada bunga juga. Kenapa? Sebab bunga ini cantik dan ia melambangkan wanita. Wanita di ibaratkan bunga mungkin kerana keindahannya. Ada juga yang bilang "hati wanita ibarat kaca" mungkin kerana kehalusan perasaannya. Itu pendapat saya. Dan manusia juga sering kaitkan wanita dengan bunga contohnya ketika mahu meminang anak dara orang, mesti orang tua-tua kata “Mahu memetik bunga di taman” yang bermaksud mahu meminang anak gadis jagaan mereka lah.

Ada juga pepatah lain yang mengibaratkan wanita ini sebagai bunga contohnya, kumbang bukan seekor dan bunga bukannya sekuntum. Maksudnya,lelaki bukan seorang, dan wanita pun bukan 1 di dunia ni. :D


Dalam isu keagamaan pun ada yang mengibaratkan wanita seperti bunga.

“Ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya. Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan. Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar. Tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.”

Tiba-tiba teringat bunga yang baru dilihat tadi Cantik, tapi ada duri.

Aku bermonolog sendirian “ish, bunga ini ada duri, bahaya kalau pegang ni”.

Orang pun tak nak pegang bunga yang ada duri, kalau macam ni nak jadi mawar berduri lah.



Ada lagi satu benda yang suka saya pandang. Apa? Binatang berbulu yang manja, kucing!.

Sahabat nabi, Abu hurairah seorang yang sukakan kucing. Seingat saya saya ada baca satu cerita yang mengatakan nabi pun ada bela kucing, namanya Mueza. Nabi pun ada berpesan supaya sayangkan kucing seperti sayangkan keluarga sendiri. Ada lagi 1 cerita yang saya baca, cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita yang menzalimi kucing. Dan nabi menjelaskan bahawa nerakalah tempat wanita tersebut.

Al-imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar ra dari Nabi S.A.W bersabda, "Seorang wanita memasuki neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi." Dalam riwayat di dalam sahih al-Bukhari, "Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang dia kurung sehingga mati. Dia masuk neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi."


Saya sangat sukakan kucing, mereka menceriakan kita. memelihara haiwan adalah suatu amal soleh yang sangat besar pahalanya di sisi Allah, setiap makanan yang diberi dan setiap tanaman yang dimakan olehnya pasti ada pahalanya. Kasihanlah kepada haiwan, jangan menzaliminya, jangan khianati pergerakan dan kehidupannya. Haiwan juga makhluk Allah yang ingin hidup bersama-sama manusia di bumi ini.

No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...