.:: Followers ::.

.:Tasbih Mutiara kasih:.

Dengan nama ALLAH yang maha Pengasih lagi Maha penyayang

Tiaza Azam yang tercatat untuk tahun 2012 di benakku, kerana azam ku untuk tahun 1433H sudah pun tersusun rapi. Satu demi satu akan ku kecapi dan laksanakan. InsyaALLAh.

Buat Sahabat fillahku, Semoga kalian sentiasa Di dibawah rahmatNYA

Di saat ini hatiku berbicara, di waktu ini hatiku bertinta, buat sahabatku bahawa aku masih seorang saudara yang amat menyayangi saudaranya,

Atas nama kasihNya, doaku agar kalian sentiasa bahagia di bawah rahmat cintaNYa.
 :)

Tenang berdiri dan terus menanti..
Subur bersama harapan.. mekar bersama kejayaan..
Sebarkanlah wangian doa, agar tetap teguh di jalan perjuangan..
Biar luka di tiup pepuing duka, biar nestapa di ulit pusaran noda..
Kerana.. Dari kenangan itu berbunga derita, kita lurutkan dengan tasbih cinta..
Dari jejaring besi dunia, kita terpenjara.. lalu kita seru  redha, kita seru NamaNya..

Pada dinding pesan, aku lakarkan cinta tuhan..
Pada cermin taulat, aku lorekkan pengaduan hamba,..
Pada hamparan nasuha, aku rapatkan debu-debu dosa..
Pada angin yang berhembus, aku alorkan wangian doa,..
Pada tali janji, aku ikatkan rantaian setia..
Hanya padamu teman aku jalinkan mutiara kasih berbau syurga..

Sesungguhnya cinta nan abadi adalah cinta ALLAHURABBI..
Itulah nikmat yang hakiki.. Hadirnya indah penuh bererti
Syahidit suci tidak di sakiti ..Tiada rasa di permainkan lagi.


perjuangan tak pernah putus kerana di ikat rantai iman,
mujahid tak keseorangan kerana di ikat dengan rantai ukhwah.
istiqamah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan..
semoga ikatan ukhwah ini terbina untuk selamanya..

wassalamu bilkhoir aj ma'in.
uhibbukum fillah

No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...