.:: Followers ::.

kematian tak mengenal usia, tika dan tempat.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ♥

warkah ini saya kongsikan dan dapatkan dari seorang Akhy yang sedang mentarbiyah dirinya dan mempunyai naluri untuk menyampaikan dakwah dan ilmunya melalui penulisannya.

Assalamualaikum sahabat…

Pohonlah agar kite dikembalikan kepada Zat yang Agung dengan sebaik-baik kembali kepadanya, iaitu mati dalam sebaik-baik kesudahan. Kematian bakal menjemput kita tidak mengenal usia, tika dan tempat. Cuba kita renungkan dan perbandingkan dua kisah ini.

Seorang pemuda mati di dalam sebuah masjid, ketika bulan ramadhan, dimalam Jumaat pula dan seorang pemuda lagi mati di sebuah pusat peranginan di Genting Highland di dalam sebuah pusat perjudian. Jika difikirkan dengan akal yang normal, berlandaskan keimanan sudah tentu kite berkata,

“Wah, bertuah betul dapat mati di dalam masjid. Untungnya kedua ibu bapa pemuda ini”.

Manakala bagi pemuda yang mati di Genting Highland pasti terdetik kata-kata ini. “Nauzubillah, moga dijauhkan daripada aku, malang sungguh nasibnya”.

Itulah hakikat yang dizahirkan tanpa mengetahui apakah asbab sebena kematian kedua-dua pemuda tersebut. Walhal, yang sebenarnya si pemuda yang meninggal di dalam masjid itu merupakan seorang pencuri yang cuba mencukil tabung masjid tetapi malang tidak berbau, alat yang digunakannya untuk mencukil tabung masjid itu membunuh dirinya. Manakala si pemuda yang mati di Genting Highland pula terbunuh kerana cuba menghalang saudara seagamanya daripada terjerumus dalam perjudian.

Renungkanlah, manakah keadaan yang kita harapkan? Tempat dan ketika bukanlah jaminan untuk kita kembali dalam sebaik-baik kesudahan untuk menghadap Ilahi, tetapi niat kerana Allah dan amalan mulia sahaja yang menjamin seseorang hamba untuk kembali kepada Pencipta dalam kesudahan yang baik.
Meskipun kehidupan seorang itu dikerumungi dengan dosa dan maksiat kepada Allah, tiba-tiba terdetik dihatinya untuk menginsafi kekhilafan diri. Dalam usahanya untuk bertaubat, kematian terlebih dahulu menjemputnya. Tidak sempat untuk berubah menjadi lebih baik. Tetapi, Maha Suci Allah yang Maha Pengampun, Allah telah menerima taubatnya.

Konklusinya, marilah sama-sama kita perbetulkan niat di hati ini dan juga amalan kita agar melakukan sesuatu semata-mata mengharapkan redhaNya. Mohonlah agar kita dikembalikan kepada Yang Maha Esa dengan sebaik-baik kesudahan sebagaimana kite diciptakanNya dalam sebaik-baik kejadian. Allahua’lam.



No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...