Salah satu cara untuk merawat hati ialah dengan mengingati mati....Mati itu tidak mampu dijangka.Bila-bila masa sahaja diri boleh dipanggil pergi.Pagi, petang, siang dan malam.Masa berjalan, memandu dan tidur.Tua, muda, tidak kenal usia dan bila-bila masa..
Sabda Rasulullah SAW:
" Orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak mengingat mati" (Riwayat al-baihaqi)
" Orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak mengingat mati" (Riwayat al-baihaqi)
Cuba anda memandang ke belakang dan membayangkan jika salah satu dari tidur anda itu, anda tidak dipilih untuk bangun dan mencapai hari ini. Apa agaknya yang akan berlaku?Adakah anda dapat membayangkan?Bukankah mati itu bila-bila masa?
Tetapi anda masih hidup sampai hari ini. Melepasi hari-hari lalu.
Jika anda menyedari akan hakikat kematian, pastinya hari ini tidak akan anda lepaskan.Jika perkara mati pun belum mampu mengingatkan kita, Berdoalah kepada Allah supaya diberikan hati yang baru, kerana secara lahiriah nya, kita tidak lagi mempunyai hati lagi...Mengingati mati adalah cara terbaik manusia menasihati diri sendiri
No comments:
Post a Comment
kata-kata anda amat berharga. :)