.:: Followers ::.

Hujan Ribut Petir..Amaran dan Rahmat Allah

bismillah..

Hujan ribut Petir di shah Alam..

Petir kuat,kilat sabung menyabung. Semua itu amaran dan rahmat Allah. Nasib Baik tak ada masalh jantung. Alhamdulillah,di beri kesihatan yang baik. Memang tidak di nafikan, Petir memang di takuti orang ramai. Dari sudut agama, kejadian petir mempunyai peranan tersendiri kepada manusia hinggakan kisah mengenainya ini termaktub di dalam Al-Quran, Dalam ayat-ayat itu Allah menceritakan tentang-Nya dengan menakutkan dan pada masa yang sama memberi harapan supaya manusia beriman. Amaran yang menakutkan manusia diperkatakan menerusi pancaran kilat dan bunyi. Pada masa yang sama, Allah juga memberi harapan dan rahmat-Nya, dengan menurunkan hujan. Petir yang ditakuti manusia itu dan juga malaikat bertasbih kepada Allah, menunjukkan kebesaran Allah. Allah mengenakan panahan petir kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, menunjukkan bahawa Allah Maha Mengetahui.

 Takut bukan? Mati itu pasti. entah hari ini, hari esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Malaikat maut pula memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari..



No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...