.:: Followers ::.

manusia lupa, leka dan alpa.


bismillah..
siapa yang sering Lupa? manusia
siapa yang sering kufur? manusia
siapa yang sering takabur? manusia.

sebab itu manusia ini paling istmewa. diberi akal dan juga nafsu. tak perlu ambil  contoh jauh-jauh. cermin diri sendiri pun sudah cukup rasanya. cukup banyak salah dan cela.
masyaALLAH...oleh kerana tiada manusia yang sempurna,pasti ada manusia yamg terlupa..ada yang terlupa makan,mandi,tidur dan macam-macam lagi lah..tapi itu kira okey lagi lah.
ada saja manusia yang lupa diri,lupa keluarga,lupa mak ayah..
almaklumlah..bila dah senang,lupa masa susah dulu ,bila dah senang lupa mak ayah kat kampung
bila dah senang,lupa yang dia ada keluarga rupanya..

hai manusia-manusia..
kenapa senang sangat anda lupa..tahu tak yang kekayaan,harta dan segala kebendaan tak dibawa mati?
tahu tak sekiranya anda melupakan mak dan ayah anda ibarat anda anak derhaka?
tahu tak di dunia hakiki kelak,keluarga yang akan membantu anda?
walau seburuk mana keluarga anda,janganlah ada sekelumit benci sekiranya mereka tidak menderhakai Allah..bawalah mereka kembali ke jalan syariat..kembali kepada LUPA
ada manusia yang lupa jalan sebenar..ini yang paling menakutkan sekali..sedih pun ada
sekali tersesat,masih ada sinar sekiranya tersedar atau disuluh dengan penyuluh..
tetapi kalau terus hanyut dibuai kegelapan siang dan malam,tak tahulah apa akan jadi kerana Allah sahaja yang menentukan hadiahnya..sekiranya ada yang dah terlupa tu,kembalilah ke highway yang betul
jangan lagi menyimpang ke jalan semak..kalau sesat masih dekat,boleh patah balik..kalau sesat jauh ke dalam...susah nk balik..bagi kita yang dilandasan,cubalah untuk sama-sama membantu..penyakit lupa ni senang diubati dengan saling mengingati,nasihat menasihati,,insyaallah..bukan saja membantu mereka yang lupa,malah jadi dinding kepada diri sendiri..


No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...