.:: Followers ::.

.:__Anakmu___:.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil: Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." [QS. Al-Baqarah:83]

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan kepadanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.” (Al-Isra’:23)


Diterangkan Allah SWT dengan jelas di atas.. Allah SWT mengajar hambanya bagaimana cara yang sepatutnya melayan kedua ibu bapa. Allah SWT menyuruh anak-anak melayan ibu bapa dengan baik dan bukannya berkata kasar pada mereka. Renungkan..

Masa kecil, ayah dan ibu menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Menyuapkan makanan bila kita lapar, mandikan kita setiap hari, lindungi kita dengan kelambu supaya tak digigit nyamuk, lindungi kita dengan payung supaya tak terkena hujan ataupun panas, berjaga sepanjang malam menjaga kita bila kita sakit dan banyak lagi. Mampu ke kita buat benda yang sama pada ayah dan ibu kita apabila mereka dah tua nanti?



Islam adalah agama yang benar dan Allah itu benar. Islam bukan sekadar mahu menyeru agar umatnya bersolat lima waktu sehari semalam, tapi itu pun tidak mampu di tunaikan oleh segelintir umat islam. Islam bukan sahaja mewajibkan umatnya berpuasa penuh pada bulan ramadhan, tetapi ada juga ada yang tidak berpuasa, kadang ada yang berpuasa, tapi solatnya?? Nauzubillah.. islam juga bukan sekadar menunaikan zakat, bukan sekadar menunaikan haji, bukan sekadar bersedekah, bukan sekadar berbuat baik sesama umat Islam, bukan sekadar amar mahruf nahi mungkar, tetapi islam adalah salah satu agama yang sempurna, yang menliputi setiap aspek kehidupan bermula dari kita bangun dari tidur hinggalah kita terjaga kembali dari tidur keesokannya. Islam pun turut memerintahkan umatnya untuk menjaga kedua ibu bapa.

Pernah tak kita terfikir betapa besarnya pengorbanan insan yang bergelar ayah dan ibu kepada kita? Pengorbanan dari kita kecil seperti tapak tangan hingga lah kita dewasa, sehingga dapat berdiri dengan kedua kaki kita? jarang sekali. Kenapa? Kerana kita tak dapat merasai pengorbanan mereka, yang kita tahu pengorbanan kita dan bagaimana mahu mengharungi hari-hari seterusnya untuk memebentuk kehidupan yang baik. Bagaimana dengan ibu bapa? Adakah mereka meniti hari-hari sehingga mereka tua dengan baik sebagaimana yang kita impikan?


Allah SWT turut berfirman di dalam Surah Luqman ayat ke-14;

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.” (Luqman:14

Sepotong ayat yang cukup baik untuk di fahami oleh sesiapa ahaja, tidak kira setinggi mana darjat kita, tidak kira sejauh mana kita merantau, tidak kira setinggi mana pelajaran kalian, ayat ini masih sama dan boleh di fahami oleh sesiapa sahaja. Allahuakhbar.. masih adakah orang yang begitu sukar untuk memahami hadis tersebut?? Allahualam

Dalam ayat Al-quran di atas Allah menyuruh kita agar kita bersyukur kepada ALLAH dan kepada kedua ibu bapa kita. terlalu banyak pengorbanan mereka untuk membesarkan kita. Kadang-kadang kita tak sedar yang perbuatan dan perkataan kita mengguris hati mereka. Kadang-kadang kita tak sedar yang perbuatan dan perkataan kita buat mereka menangis. Allahuakhbar, banyaknya dosa kita pada kedua ibu bapa kita.


Teringat pula saya pada lagu nasyid dari kumpulan raihan.


Tanyalah... pada ayah ibu...

Bila kau tidak tahu...

Tanya pada ayah
Mengapakah kita
Mesti mentaati
Allah yang maha esa

Tanya pada ibu
Mengapa kita mesti menjadi
Seorang anak yang sholeh

Oh adik tanya-tanyalah
Tentu kata ayah kerana Allahlah
Yang menciptakan kita
Dan alam ini

Tentu kata ibu
Hanya anak yang sholeh
Penyejuk hati ayah dan ibu

Taatlah kepada Allah
Amalkan segala hukum perintah-Nya
Jaga hubungan sesama kita
Berakhlak mulia di mana jua

Taat pada ayah ibu
Jagalah hatinya
Hiburkanlah mereka
Ingatlah susah payahnya
Balas semua jasa mereka

Redha Allah
Redha ayah ibu
Kebahagiaan dunia akhirat 

Redha ALLAH, redha ayah dan ibu, kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dan bagaimana mahu mendapatkan redha Allah? Maka taatlah kepada Allah, ingat rukun iman dan rukun islam, dan jangan tinggal solat kerana solat itu tiang agama, tanpa solat maka runtuhlah pegangan agamanya. Amalkan segala hukum Allah, amar makruf nahi mungkar, lakukan kebaikan dan tinggalkan laranganNya. InsyaALLAH Allah memberkati kita. Dan jaga hubungan sesame makhluk Allah iaitu manusia, tumbuhan dan haiwan.

Bagaimana mahu mendapatkan redha ayah ibu? Maka taatlah kepada ayah dan ibu, jagalah hati mereka dan jangan biarkan merek terguris, hiburkanlah mereka di saat mereka kesunyian, temani mereka saat mereka bersendirian, ingatlah segala susah payah mereka pada kita semata-mata mahu melihat kita membesar dengan baik.

Masa kecil, ayah dan ibu menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Menyuapkan makanan bila kita lapar, mandikan kita setiap hari, lindungi kita dengan kelambu supaya tak digigit nyamuk, lindungi kita dengan payung supaya tak terkena hujan ataupun panas, berjaga sepanjang malam menjaga kita bila kita sakit dan banyak lagi. Mampu ke kita buat benda yang sama pada ayah dan ibu kita apabila mereka dah tua nanti?



Balaslah jasa mereka, walaupun dengan secebis doa..

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua mendidik aku pada waktu kecil.” (Al-Isra’:24)

Dan Rasulullah SAW turut menuntut umatnya agar sentiasa berlaku baik terhadap kedua ibu bapa;

Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW bersabda: “Sungguh kecewa, sungguh kecewa dan hina, sungguh kecewa, siapa yang mendapatkan kedua ayah ibunya atau salah satunya sampai tua, kemudian ia tidak masuk syurga” (Hadith riwayat Muslim).

Hadis di atas telah membuktikan bahawa, seseorang itu boleh masuk syurga tetapi hendaklah taat kepada ibu bapa.

Redha dari kedua ibu bapa hanyalah boleh kita kecapi jika mereka merasa puas dan seronok dengan layanan yang kita berikan semasa hayat mereka. Bagaimanakah nasib kita di akhirat kelak jika kedua ibu bapa tidak meredhai layanan yang kita berikan semasa hayat mereka di dunia? Marilah sama-sama kita renungkan.


Tanpa mereka, siapalah kita. Sementara mereka masih hidup di dunia ini, berbaktilah sebaik mungkin. Mereka bersama kita hanya untuk sekali. Seperginya mereka, akan terus pergi, tanpa kembali lagi. Jangan biarkan penyesalan itu terlambat. Jangan biarkan mereka kesediahan kerana suatu hari nanti kita akan merasa bagaimana menjadi ibu dan bapa pada anak-anak dan merasai perkara yang sama.

Ibu,
Maafkan aku ketika aku malas membantumu,
Maafkan aku ketika aku merisaukan hatimu,
Maafkan aku ketika aku bukan anak yang baik,
Kerana sungguh, aku berusaha menjadi yang terbaik.

Ayah,
Maafkan aku ketika aku bermasam muka,
Maafkan aku ketika muncungku panjang sedepa,
Maafkan aku ketika aku mengecewakanmu,
Kerana sungguh, aku masih mencari makna anak yang baik.
( puisi dari iluvislam)


No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...