Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu sebahagian daripada kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita
Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terperuk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari ...
Bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat
Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita boleh membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri
Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu sebahagian daripada penyucian diri ...
Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi
Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang di dalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita
Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk memulakan kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya
Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari ...
Bahawa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat
Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika mewujudkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyedari itu sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya ...
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya
By : Kata-kata Hikmah
No comments:
Post a Comment
kata-kata anda amat berharga. :)