.:: Followers ::.

kesedaran..

bismillah..
Kesedaran menyebabkan kita bangkit dari kelalaian..
Kesedaran itu sangat mahal harganya,dan sangat
tinggi nilainya..Kesedaranlah yang menumbuhkan
semangat dalam diri kita,untuk melangkah lebih maju

Tatkala kesedaran telah timbul,itulah puncak dari
kemenangan...Kerana kita tidak akan ragu-ragu
untuk meneruskan perjalanan menuju tujuan yang
nyata..Tidak lagi meraba-raba,kuatkan hati,segala
rintangan dan halangan gapat kita atasi....


Apabila telah sedar,kita akan terus berfikir,dimana aku,
dari mana aku,akan kemana aku,sampai dimana perjalanan
ku,serta apa yang aku peroleh...

Hati pun membulat teringat hanya kepada suatu tujuan
yang dituju,memberi sinar kepada fikiran,memberi pandangan
yang jauh,pandangan mata dan bathin...

Bertambah dalamnya makriffat kepada Allah dan tekunny ibadah,
bertambah teranglah sinar,yang dimaksudkan dengan cahaya iman..
Kekuatan ibadah kepada Allah laksana penggosok,sehingga
sinar itu lebih bersih dan lebih cemerlang...

No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...