.:: Followers ::.

Lirik Yg Mendamaikan



bismillah..

alhamdulillah.. hari ini di beri nikmat oleh Allah s.w.t untuk hidup lagi. Syukur Alhamdulillah.

Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah. Hari ini di beri kelapangan waktu untuk rehatkan minda yang tengah berserabut. Tetiba terdengar sayup-sayup lagu 'BILA DIRI DI SAYANGI' dari ukays..

lagu ini sangat best sehinggakan saya mengulang lagu ini berkali-kali dari pc saya. tahu kenapa? kerana lagu ini ada terselit mesej yang tidak semua orang yang tahu. setiap kali mendengar mana-mana lagu, saya akan cuba kaitkan lagu tersebut dengan ALLAH, agak sukar untuk jumpa lagu-lagu sebegini. dan Alhamdulillah, lagu ini memang buat insan-insan kerdil yang kadang-kadang terleka seketika. Percaya atau tidak, hakikatnya memang lagu ini untuk ALLAH..
 

hayati sendiri..


LIRIK BILA DIRI DI SAYANGI.

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

betul bukan?
dan ada lagi lagu lain yang begitu mendekatkan diri kepada ALLAH, iaitu IZINKANLAH dari QFACE.
sangat best..


LIRIK IZINKANLAH


Bila berlabuh tabir malam indah
Cakerawala pun turut melambai gundah
Pecah duka berganti
Rasa merindu kepadamu

Telah lama diriku dalam leka
Cuba menyintaimu sepenuh jiwa
Sedangkan itu satu
Kewajipanku terhadapmu

Indah mahligai yang menanti
Semakin jauh di jangkauan
Dapatkah aku pulang
Berjiwa suci
Bagai kekasih... dinanti

Masihkah diri ini
Ada ruang beradu
Dalam mahligai
Sedangkan diri
Telah tercemar
Debu dunia

Izinkanlah diriku... izinkan aku
Dekat denganmu kasih... dekat denganmu
Izinkanlah diri... kekasih sejati
Dekat denganmu kasih... kasih...

renung-renungkan dan selamat beramal. :)

No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...